Tuesday, 1 April 2014

Kembara Sirah dan Ibadah - Day 1 (part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....



Alhamdulillah masanya telah tiba...macam macam perasaan dalam hati aku...teruja, takut, tak percaya...sama macam perasaan sebelum sambut Ramadhan tahun lepas...plan asal kami akan menyambut Awal Ramadhan di Tanah Suci pada tahun lepas...tapi rezeki belum berpihak pada kami suami isteri...Jadinya kami bercadang untuk mengerjakan umrah pada Februari tahun ni...Alhamdulillah Allah nak bagi peluang yang lagi hebat rupanya...Rezeki kami untuk ke Turki sebelum mengerjakan umrah...Subhanallah terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini..Andalusia Tour and Travel menjadi pilihan kami..Pakej yang kami ambil ialah Umrah Ziarah Istanbul RM6890/person..(harga mengikut pakej yang anda ambil)...harga sebenar pakej boleh mencecah RM7700++ sehingga RM8300+++...(kami dapat murah sebab Andalusia buat promotion hujung tahun..Alhamdulillah..) Pendapat aku, kalau nak pergi umrah ziarah better ambik pakej andalusia tapi kalau nak pergi umrah biasa, cari pakej yg lagi murah n hotel yg dekat...



Perjalanan kami dimulakan dari KLIA ke Istanbul Ataturk Airport..Kami menaiki pesawat Turkish Airlines pada jam 11pm 26/2/2014...tapi tepat jam 7pm kami dah kena berkumpul di KLIA untuk penyerahan pas,pasport dan visa...sebelum memulakan perjalanan kami dibacakan doa oleh Mutawif (Ustaz Muadz) agar segala urusan kami selamat dan dipermudahkan...InshaAllah...Oh ya, jemaah kami seramai 26 orang termasuk seorang Mutawif..


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 jam..tidur, bangun, makan, sambung tidur balik, bangun, makan lagi, pun tak sampai sampai...perjalanan yang sangat lama yang pertama kali kami rasa...sangat excited!!


souvenier dari Turkish Airlines..toilettries n pashmina


peneman ketika bosan


stewardess Turki tengah bagi demo


map


sejam after berlepas


menu first dalam Turkish Airlines..daging tu mmg meletop!


mengisi masa lapang :P



breakfast


Kami tiba di Airport Istanbul tepat jam 4:41am waktu Turki iaitu 10:30am waktu di Malaysia (27/2)..Kami di sambut oleh tourist guide yang di booking khas oleh Andalusia, Ali bin Abdullah seorang warga Turki yang beragama Islam dan boleh berbahasa Melayu dan Inggeris...Mudah untuk kami berinteraksi dan bertanyakan apa saja kemusykilan..then, bermulalah episod perjalanan kami bersama Ali Baba dan 26 orang penyamun...:)





Ali tengah bagi taklimat

 baru lepas solat Subuh

Perjalanan kami di mulakan dengan menaiki bas menuju ke Bursa..mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Airport Artartuk ke jeti...Untuk ke Bursa, perkhidmatan feri digunakan..ini kerana kita akan merentasi Laut Marmara yang mengambil masa lebih kurang 70 minit untuk sampai ke Bursa...(lebih kurang feri macam kat Penang)


Masa 2 jam di isi dengan mengambil gambar sepanjang perjalanan ke jeti dari dalam bas...Sudi sudilah anda melihat kecantikan negara Turki yer...:)








 Selat Bosphorus yang memisahkan antara Asia dan Eropah



Boarder antara Asia dan Europe...Welcome to Asia...:)






























Bosphorus Bridge yang menghubungkan antara Istanbul bahagian Eropah dengan Istanbul bahagian Asia











seboleh2nya aku nak snap semua masjid di Turki ni...Subhanallah cantik sangat reka bentuk binaannya..





penjual roti di tengah jalan :)




orang sibuk snap gambar sana sini, dia boleh buat taik mata..hehe










Sedikit Info Tentang Turki :

- Jarak waktu Turki dengan Malaysia lebih kurang 6 jam
- Mata wang yang digunakan Turki ialah Turki Lira, USD dan Euro.
- Turkish panggil surau tu masjid..Masjid tu Jami'
- 1 liter minyak = RM8.50 (Negara no.2 minyak paling mahal di dunia)
- Penduduk di Istanbul lebih kurang 17juta (bandar yang paling besar dan     ramai penduduk) 
- Ankara ialah ibu negara Turki..5juta penduduk..keluasan lebih kurang Ipoh Ke Johor Bharu.. 
- Turkish people can't survive without bread..sepanjang kami di Turki memang hidangan roti tu wajib...:)
- Majoriti orang Turki tak boleh bertutur bahasa Inggeris..a little bit problem kalau nk shopping n tawar menawar..:)
- Festival Tulip akan diadakan pada bulan April setiap tahun..terdapat 112       jenis tulip.
- Harga kereta di Istanbul adalah yang paling rendah berbanding di daerah     lain di Turki.
- Signboard di Turki semuanya dalam bahasa Turki..susah sikit nak faham :)
- Terdapat 3,190 buah masjid, 1,900 buah church dan 21 buah signagog         (Yahudi) di Istanbul. 



                                         Matawang Turkish Lira





Rasa macam dah panjang sangat entri hari pertama ni...kita sambung next entri la...


Next entri : 

- Laut Marmara
- Green Mosque
- Makam Sultan Mehmet
- Bazar Bursa



p/s : Suhu di Istanbul pada hari ini ialah 6 - 7 darjah celcius...Rindu Turki..:'(




2 comments:

  1. bestnye bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. next entry ples! hehe

    ReplyDelete