Thursday, 3 April 2014

Kembara Sirah dan Ibadah - Day 1 (Part 2) - Bursa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....



.......Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami sampai di Jeti untuk ke Bursa..(lupa jeti tu nama apa)..Sebelum berlepas, kami dihidangkan teh dan roti Turki di cafe berhampiran jeti..Time ni memang sejuk sangat sangat..menggigil seluruh badan..memang patut lah pekena teh panas dulu..kami diberi masa lebih kurang 20 minit untuk minum dan mengambil gambar..then, kami menaiki bas terus ke jeti..sebelum tu nak bagitahu, seriously gambar memang terlampau lampau banyak...almaklumlah first time ke negara musim sejuk...cantik pulak tu :)




Cafe yang kami singgah...betul betul sebelum jeti..


Jeti ke Bursa


tepat jam 8:20am kami tiba di jeti



roti turki...memang tak sah kalau takde..Auntie Anne tiru roti Turki rupanya..:)


Turkish Tea...memang menjadi minuman wajib orang Turki bila musim sejuk..


Sejuk giler time ni..nak makan pun menggeletar..



budak tak tahan sejuk..



 Time ni memang tak percaya diri ini berada di negara Turki...:)



Ali Baba...nampak macam dah tua tapi tua setahun je dari aku...hehehe..



 Bas yang bawak kami jalan jalan sepanjang di Turki 6 hari 5 malam..fyi, aku pakai baju 4 lapis..hehe..


feri kat belakang tu tengah tunggu kami...di tingkat atas terdapat cafe yang menjual teh dan roti...eh, budak kecik tu namanya Naseem..group Andalusia jugak..:)



Dah setel makan minum and bergambar, kami terus menaiki feri kat belakang tu...Rugi kalau kita hanya melepak di dalam bas..Ali pesan, bawak lebihan roti untuk bagi makan pada burung camar di tepi feri..Untuk ke Bursa, kita akan merentasi Laut Marmara..Laut Marmara adalah laut pedalaman yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Aegea dan memisahkan Turkia Asia dan Turki Eropah...Marmara berasal dari perkataan marmar yang suatu ketika dahulu pulau ini kaya dengan batuan marmar...


Selama 70 minit perjalanan ke Bursa, kami ditemani dengan sekumpulan burung camar..MashaAllah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan..seronok dan terujanya aku dengan burung camar tu sampaikan dah tak peduli suhu di luar mencecah 6 darjah celcius..Ya Allah sejuk hingga ke tulang..tapi burung burung tu memang membuatkan aku hilang kawalan..tak percaya, moh tengok gambar kami kat bawah ni...


 see, sama macam feri kat penang kan?


time ni mmg kena pakai glove..angin sepoi2 yang tak tahan tu..











 seronok sangat tu bang...:P


 budak ni tak lekang kat mulut dia...best la, best la, best la yang...yer bang, yer, memang best sangat2..:P





 semangat tak hengat aku ni..





 dah kenapa muka sy mcm tu???


merenung keindahanNya....rasa tak nak berkelip mata ni..Subhanallah..


Bersama Mutawif Ustaz Muadz..Single and avalaible...baru 24 tahun tu...:)


 semangatnya budak ni...jemaah lain semua dah masuk bas sebab tak tahan sejuk...tinggal aku je..:)


cheewahh...



70 minit berlalu.....Kami di bawa ke Bursa..mengambil masa almost 1 hour..sepanjang perjalanan ke Kota Bursa, kami dapat melihat banyak pokok pokok zaitun yang tumbuh segar di tepi tepi jalan..pada bulan September, pokok2 zaitun di sini akan mengeluarkan buah yang bewarna hijau (green olive) manakala pada bulan Disember pokok zaitun akan mengeluarkan black olive..



Info tentang Bursa :

Bursa bermaksud sutera (silk)..ya, memang tak dinafikan kualiti silk di Bursa memang tersangat cantik dan very high quality..Bursa merupakan kota keempat terbesar di Turki selepas Istanbul, Ankara dan Izmir..Bursa terletak di puncak dan dikelilingi oleh kawasan pergunungan...lebih sejuk berbanding Istanbul..Istanbul dan Bursa dipisahkan oleh Laut Marmara dan terletak di bahagian Barat Turki..Bursa ialah sebuah ibu negeri semasa pemerintahan Empayar Ottoman..So, banyaklah bangunan dan tempat sejarah yang dijadikan pusat pelancongan..Antaranya, Ulu Cami (Masjid Besar), Green Mosque, Green Tomb, Makam Sultan Mehmet, Kapali Carsi dan banyak lagi..Disebabkan kami hanya ada masa 1 hari di Bursa, tempat2 di atas sajalah yang sempat kami lawati..dari pemerhatian aku, wanita di Bursa lebih cantik dan lebih ramai yang memakai hijab berbanding di Istanbul..dan perkara penting yang anda perlu tahu ialah, kualiti barangan di Bursa lebih bermutu tinggi berbanding di Istanbul..so, nasihat aku kalau nak shopping pelbagai jenis pashmina, scarf satin atau silk, tshirt, fridge magnet dan sebagainya, shopping lah di Bursa..harganya sedikit mahal tapi kualitinya memang tak sama macam di Grand Bazar Istanbul....barangan yang korang beli di Bursa memang tidak terdapat di Istanbul,..please take note...kalau tak, menyesal tak sudah macam aku....:P




Tiba di Kota Bursa, kami terus di bawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari..macam mana lah agaknya makanan orang Turki ya...Jom lah intai kami makan di Kofteci Yusof..kat sini tandas percuma...hehehe...oh ya, lupa nak cerita pasal Ali..setiap destinasi yang kami singgah, ayat yang selalu keluar dari mulut dia ialah 'TANDAS PERCUMEEEE......' katanya orang Malaysia memang akan kerap cari tandas bila datang ke Turki...Sebab tu Ali selalu tunjukkan tandas percuma kat kami...dia taknak kami pergi tandas yang berbayar...thanks Ali...:)



Sebelum sampai ke Kota Bursa, kita cuci mata lagi...



 kat seberang jalan tu pokok zaitun



 ladang zaitun



 polis trafik


 ikea



shell pun ado



ayran ialah susu yogurt..sour n creamy..i like..:)






our meals for lunch


salad...hidangan wajib orang Turki...makan dgn olive oil dan diperah lemon..


roti bakar terbaeekkk..


cili jeruk



haaa....ni memang sedap giler hingga menjilat pinggan....


Turkish Tea...my feveret sepanjang di Turki...hilang rasa sejuk..:)


cer teka amende tu??


fresh meat..


macam geli je kan?hehe..


nampak botol ayran tu? hehe siap tapau wat balik hotel...:)



Lepas dah kenyang, kami dibawa ke Green Mosque (Yesil Camii) dan Makam Sultan Muhammad 1 atau Green Tomb (Yesil Tomb)..




Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? 


Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 



Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. 



Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. 

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. 

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. 

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. 

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. 

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. 

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. 

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. 

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. 

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. 

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.






Aku tak tahulah korang suka ke tak baca sejarah Islam zaman Uthmaniyyah ni..tapi aku betul betul kagum dengan sistem pemerintahan Sultan Mehmet ni..rasa ingin tahu tu tetiba berkobar kobar bila aku pijak di bumi Turki..segala apa yang Ali ceritakan, aku catit satu persatu dalam buku kecik aku..Ali explain dalam bahasa Inggeris..so, sang suami banyak membantu aku..:) tak rugi rasanya aku datang ke sini..bukan saja dapat melihat kecantikan dan kesenian bangunan di negara Turki, malah dapat tahu dengan lebih mendalam bagaimana sejarah Islam pada zaman Uthmaniyyah...Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang ini...



 pintu masuk Green Tomb..difahamkan terdapat 8 entrance di Green Tomb ni..kenapa 8? sebab syurga mempunyai 8 pintu..





 Ali tengah explain tentang sejarah Sultan Mehmet dan kesenian rekabentuk masjid..aku kagum gile dengan hiasan dinding kat belakang tu..bayangkan..pada zaman tu dah ada tile secantik ni...kehalusan dan keunikan ukirannya kekal hinnga sekarang.. kebanyakan hiasan dinding bertemakan bunga tulip..

Tulip is symbol of Allah
Asal sebenar Tulip adalah dari Turki...Sultan Turki yang memperkenalkan Tulip kepada Holland...Tapi sekarang, bila sebut Tulip mesti orang akan ingat Holland kan?Padahal Tulip asalnya dari negara Turki...boleh dikatakan ukiran atau hiasan dinding di masjid atau bangunan di Turki kebanyakan bertemakan Tulip ke bawah (down).Bunga Tulip sebenarnya melambangkan kesenian Islam..

 Makam Sultan Muhammad 1...Kedalaman sebenar makam ini ialah 2 meter ke bawah..Keranda ditinggikan kerana untuk tatapan umum...AlFatihah..


 Makam kaum keluarga Sultan Muhammad 1...Al Fatihah...


 Yesil Tomb di bina pada tahun 1421




Ali tengah bagi penerangan tentang Green Mosque and Green Tomb



Setelah selesai menziarahi Yesil Tomb, kami ke Masjid Hijau yang berhadapan dengan makam tadi...Green Mosque dibina pada tahun 1419 - 1423 oleh Sultan Mehmet..Usia Green Mosque ini sudah mencecah 600 tahun..Subhanallah masih kukuh dan still kekal dengan keaslian rekabentuknya...Dipanggil Green Mosque kerana kebanyakan tile yang digunakan di dalam masjid berwarna hijau dan biru (turqoise)..Kemasan dinding luarannya hanyalah berwarna putih..Pada tahun 1855, terjadinya gempa bumi di Bursa dan mengakibatkan struktur menara di masjid ini mengalami kerosakan..Walaupun telah dibina semula, masih terdapat sedikit kesan pembinaan semula...tapi aku memang tabik spring dengan ketelitian dan ketekunan orang zaman dulu membina struktur seumpama ini...hebat sungguh architecture nya...Subhanallah...




 view Green Mosque ( Yesil Camii )






menara yang dibina semula...warna marmar merah amat berbeza dengan marmar asal yang kebanyakan berwarna putih


kesan keretakan akibat gempa bumi masih kekal sehingga kini...




pintu masuk utama masjid


 Biasanya ruangan solat masjid adalah dibelakang tetapi berbeza dengan Green Mosque ni..tempat solatnya adalah disebelah kanan dan kiri masjid..macam stage..Asalnya kerana pada zaman Uthmaniyyah, stage kanan untuk masyarakat sebelah barat Turki dan stage kiri untuk masyarakat sebelah timur Turki..Apabila ada perbincangan antara dua belah pihak, mereka akan asingkan mengikut stage tu...


Mimbar...suka dengan lampu lama tu...masih kekal hingga kini..


cantiknya..


 Sultan akan solat di ruangan atas ni...Sultan Mehmet pernah dinasihatkan oleh ulama' Uthmaniyyah supaya solat di sini untuk keselamatan...ini kerana sahabat Rasullullah Saidina Umar dan Ali di tikam ketika sedang solat...


Kubah Masjid Hijau...Ya Allah cantiknya..


Terdapat tiang yang boleh pusing di sudut Green Mosque...tiang ini sebagai penanda masjid masih kukuh atau tidak..Alhamdulillah tiang itu masih boleh dipusingkan semasa kami di sana...:)



lampu lama yang masih kekal..bayangkan.....betapa hebatnya kualiti zaman dahulu...


 Pada zaman dulu, bilik ini dijadikan bilik pemanas...mereka akan membakar unggun api dan habanya akan dirasai keseluruhan masjid ketika musim sejuk..


 Kebanyakan hiasan dinding di dalam masjid hijau ini berwarna biru dan hijau...Hijau melambangkan Islam dan biru melambangkan Kristian..Oleh kerana kebanyakan marmar di dalam masjid ini berwarna hijau dan biru maka pemerintah Perancis pada zaman itu memberikan nama Turqoise..iaitu gabungan antara kaler hijau dan biru..Turq bermaksud orang Turki dalam bahasa Perancis..


 Fountain sebagai hiasan di dalam masjid dan sebagai penyejuk di musim panas...ia juga berfungsi sebagai perangkap habuk..


Last explanation by Ali tentang Green Mosque...Ali bagitahu, semua Sultan Empayar Uthmaniyyah tak pernah pergi mengerjakan haji atau umrah sebab dorang nak jaga negeri..sgt2 protective sultan zaman dulu kan?




Selesai melawat masjid, kami ke Silk Bazar yang berhampiran dengan masjid..dan selepas itu ke Bursa Bazar ...Tiba masanya untuk melontarkan duit duit anda....Shopping time..i like...Oh ya, kami tak solat kat masjid hijau sebab kami jamak takhir di hotel..


 Silk Bazar


 steady je nampak aku posing kan?padahal tangan dah macam air batu time ni...:)







 lampu macam ni memang tersangat banyak kat Turki...trademak dorang ni...cantik bangat..


 Pelbagai jenis tshirt...agak mahal berbanding grand bazar di Istanbul...tapi macam aku cakaplah, kualiti tak sama..TL15 = RM22.50




Turki memang terkenal dengan pelbagai jenis ceramic..rugi kalau tak beli...tapi aku tak beli pun..sebab banyak destinasi nak pergi kan lepas Turki..:)





 lampu tidur ni memang rare....rasa menyesal pulak tak rembat sebijik...hihi...tak ingat berapa harganya..


ni pun rare...aduhh, bila tengok balik gambar2 ni, rasa rugi tak beli.....cantiknyaaaa.....




Eh, nama je Silk Bazar, tapi gambar silk nya nan hado...hahaha....nampak sangat tengah sibuk duk belek belek pashmina n skaf...memang cantik2 pashmina kat sini...kualiti tak sama macam kat Istanbul dan Masjid India..hehe..




Bazar Bursa ( Kapali Carsi )


fridge magnet kat brader ni murah n cantik..




tak sempat nak merasa...















pashmina n skaf kat awek Turki ni cantik2...rugi betul tak beli banyak...kat Istanbul takde skaf..skaf tu tudung 4 segi macam bawal tapi satin silk..











barangan kulit kat Turki memang terbaek..


sweater dah tertanggal sebelah pun tak perasan...


sejuk ke bang?


berlatarbelakangkan Ulu Cami (Grand Mosque)



muka tak mandi seharian...:)








dah dah...jom balik hotel..




Sedikit Info Tentang Turki : 

- Orang Turki tak boleh pakai serban...kalau pakai jugak kena penjara dalam tempoh yang lama
- Masyarakat Bursa kebanyakan wajah mereka seperti orang Rusia kerana penduduk di Bursa kebanyakannya datang dari Rusia.
- Sutera yang berwarna putih hanya terdapat di Bursa
- The best hazelnut in the world only at Bursa
- Karpet sutera di Bursa boleh mencecah harga 200 ribu USD..
- Buah buahan di Turki sangat fresh dgn harga yang berpatutan











My expenses for today :

1) Pashmina Silk - TL 29
2) Tshirt Turkey - TL 20
3) Fridge Magnet - TL 10
4) Skaf plain - TL 5
5) Skaf corak - TL 10
6) Skaf wide - TL 20
7) Pashmina Burberry - TL 20
8) Gasing Turkey - TL1 x 2
9) Buah Delima 2 biji - TL2


Total = TL 118 (RM 177.00)





p/s : Sori entri panjang terlampau...tak tau nak cut kat mana...:)






6 comments:

  1. Masya Allah...cantiknya masjid green tu... smg ada rezeki i nk jejakkan kaki ke sana... suka nak tengok kebudayaan dan senibina masyarakat lain :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..mudah2an awk dapat jejak kaki kt sana jgk...:)

      Delete
  2. andi kalau tgok entry ko ni menangis die.. die nk sangat pergi Turki.. HAHA aku je xde duit banyak... rezeki lebih leh aa sampai Turki ni. aminnn i fine day.... xde ke FM turki tuk aku? kahkahakhakha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?ala siannya andi..takpe, inshaAllah korang pun akan sampai istanbul jgk kalo ada rezeki...FM? nanti aku check balik...hehe...sbb ada sibling yg blom dpt lg..:)

      Delete
  3. Kalau tak salah saya, "Green Tomb" tu makam Sultan Mehmet (Muhammad) I (bapa kepada Sultan Mehmet (Muhammad) II. Sultan Mehmet II penakluk Kota Konstantinople dan dimakamkan di Fatih, Istanbul. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    ni satu hari punya perjalanan ke?
    Teringin sangat nak pergi turki ...

    ReplyDelete