Friday, 29 August 2014

Thymes Cafe at The Atmosphere (Hafiz Awan Nano)

Assalamualaikum.....




Dah kemaruk apa aku ni asik nak update pasal makanan?Entri Istanbul tak habis habis lagi....adoiii....bila mood Istanbul nak datang ni? kena pegi lagi sekali baru mood mariii kott...muahaahaa...



Ok, tutup cerita pasal Istanbul...Semalam lepas balik dari Giant Taman Equine, kami pusing pusing kat shop lot baru area situ..aku tau Hafiz AF ada buka western restaurant kat area rumah aku...tapi tak pernah jumpa pulak kedai dia..semalam masuk kat bangunan The Atmosphere tu barulah jumpa....mana nak jumpanya, tempat terceruk kat hujung pastu kawasan pun gelap...tempat tu belum naik sepenuhnya...ada 2,3 kedai je...tapi kalau dah namanya artis, kat ceruk hutan pun orang tau kan kedai die...hehehe.....


Kebetulan belum dinner lagi, sang suami ajak makan kat situ..aku macam taknak sebab dah bosan makan western..tapi takpelah..ikut je kehendak suami..tak baik durhaka...lagipun apa salahnya kita try boleh 'pegi' ke tak rasa dia...kalau ok, boleh hebahkan kat kawan kawan...huhuhu...



 ni signboard Thymes Cafe...tak berapa nampak sangat actually...golap n kocik..



Thymes Cafe
No.16-G Block C
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Jalan Atmosphere 6
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Operation Hour : 12pm-11pm
Closed on Thursday


Disebabkan aku taktau nak makan apa, so aku order telur dadar...hehe..lupa nama dish ni...mushroom chicken omelette..haa camtulah lebih kurang..sedap jugakk..



 ni menu special kat sini...Hafiz kan orang Sarawak, jadinya laksa Sarawak wajiblah ada...tak pernah makan sebelum ni...tak sangka, sedap rupanya....RM7.50   *highly recommended*




Yang bestnya kan, tak sangka pulak Hafiz awan nano ada time kitorang datang...dia tengah kemas kemas meja angkat pinggan semua...humble je dia...walaupun tangan patah sebelah, still buat kerja and jaga kaunter..tak sempat nak tanya kenapa dengan tangan dia...rileks je tak nampak macam artis ataupun tokey kedai....dia yang serve laksa sarawak tu untuk kitorang....dia siap say sorry kat kitorang sebab sambal dah habis... actually laksa tu kena makan dengan sambal apa ntah...kami takpe je takde sambal sebab first time makan..tak tau rasa sebenar macam mana...tapi walaupun without sambal, rasanya memang meletop letop dalam mulut...hehehe...



Walaupun aku tak berapa minat dengan si Hafiz ni,(aku minat lagu dia je) tapi aku puji dia sebab dia memang jenis friendly and very soft spoken..dia layan je peminat nak ambik gambar...aku tak rasa nak ambik gambar dengan dia sebab dah pernah borak and ambik gambar masa aku meniaga kat Bukit Jalil dulu...aku syak rumah dia area rumah aku je kot sebab selalu jumpa dia.....cuma dulu dia berisi sikit tapi sekarang dah kurus sangat...eh, dah dah la cite pasal die...kata tak minat kannn.....hahaha....



Watermelon juice & Apple juice with Asam Boi...RM 7.50...Juice kt sini kurenggg......Ais je lebih...


Cer tengok colour watermelon juice tu?macam kedekut melon je...:P



belakang tu kaunter



 yang ada opening tu, kitchen...almari kaca tu anugerah yg dia dapat...ada piala AF...cantekk...


 ada gambar besar Hafiz kat dinding luar




time ni kedai dah nak tutup...dah takde customer sangat...






Kalau korang datang area Seri Kembangan, bolehlah try laksa sarawak Hafiz Suip ni kat Thymes Cafe...:)






p/s : nak pergi lagi makan laksa sarawak....yummyy!!!






2 comments:

  1. dah bertukar ke blogger makanan dahh ko ehh hehehhehe.. aku dulu pergi Kuching, Laksa dia memang sedap ! kalau ko dapat makan sambal die perghh lagi sedapppppp ahhh!

    ReplyDelete