Wednesday 30 January 2013

Jadilah Manusia Yang Berbudi Bahasa

Assalamualaikum...



Ok, hari ni aku nak share satu benda kat korang...Pernah tak korang dengar ayat macam ni, 'berpelajaran tinggi tak menjamin budi bahasanya pun tinggi'..(eh, status fb aku haritu la.hihi..)

Memang aku hangin dengan orang yang macam ni..Belajar bukan main sampai master, phD tapi sayangnya budi bahasa mereka di tahap pra sekolah..Entah entah budak pra sekolah lagi tinggi budi bahasanya..


Begini ceritanya....


Ada satu hari tu, aku tertengok sahabat abah aku post gambar veterinar UPM kat FB dia..aku pun tergerak hati nak komen pasal veterinar tu..kan aku pernah terkena..Sape yang tak tahu boleh klik sini...Aku just drop komen, 'uncle, kitorang tak suka klinik ni..dah pernah 'terkena'..uncle tu pun reply komen aku dan aku pun terus berbalas komen..dan tetiba seorang makhluk Allah ni menyampuk dengan bahasa yang sangat kasar dan aku fikir tak sesuai dengan umurnya..Aku taknak cari pasal dan taknak hati aku sakit..so, aku suruh adik aku yang reply komen tersebut..


Segala teguran atau pendapat, aku takde hal nak terima secara terbuka, tapi biarlah kena dengan gaya dan lenggoknya..korang boleh baca komen yang aku printscreen kat bawah ni..aku tak suruh korang backup aku atau adik aku, tapi korang nilailah sendiri..mungkin kami juga ada silapnya..dan kami bukan nak mengaibkan sesiapa..cuma nak beri contoh dan pengajaran untuk kita semua supaya kita lebih berhati hati apabila melontarkan kata kata..budi bahasa melambangkan bagaimana akhlak kita..:)




Uncle Aziz Mat post gambar ni..




then, aku drop komen seperti di atas..sumpah, takde niat nak cari gaduh dgn sesiapa..just berkongsi pendapat..


ni pendapat aku..siap ada smiley sebab taknak ada pihak yang terasa hati dgn pendapat aku..kasar ke bahasa aku tu????



tiba tiba datang pakcik ni balas komen dengan bahasa yang agak kasar..aku taknak komen dan adik aku datang berbalas komen dengan pakcik tu..



terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..inilah padahnya..:P


pakcik ni sangat mempertahankan veterinar upm nya..;)



sangat sangat mempertahankan........ok,pakcik menang;)


last but not least....








Aku terima SEMUA pendapat orang...

......tapi pakcik, ayat pakcik sangat sangat kasar..Pakcik as a lecturer tak patut menggunakan bahasa sebegitu..Bukankah pakcik juga seorang pendidik anak anak bangsa?mana mungkin pakcik mengajar anak bangsa pakcik dengan ayat sedemikian rupa?Mungkinkah pakcik guna ayat begitu kepada anak anak pakcik juga? kepada isteri atau ibu pakcik?saya sangat kasihankan pakcik..Belajarlah jadi manusia yang berbudi bahasa pakcik..tidak rugi dan tidak susah untuk menggunakan bahasa yang sopan dan menegur dengan cara yang berhemah..tapi saya akan ingat pesan pakcik tu, BELAJARLAH JADI CERDIK...ya, saya akan belajar...dan sayangnya pakcik sendiri tidak lakukan apa yang pakcik katakan itu...:)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





saya kagum dengan pakcik..belajar sampai obersi gittew...:)





p/s : Adik aku cakap kita kena hormat orang tua sebab ILMU dan PENGALAMAN nya...dan orang tua kena hormat orang muda sebab DOSA nya KURANG berbanding orang tua...:)



Ada logiknya!!!



Tuesday 29 January 2013

Cicit Kembar TGNA

Assalamualaikum....



Sahabat baik aku, Nik Farhana telah selamat melahirkan baby kembarnya pada 21 Januari 2013 iaitu sehari selepas tarikh lahirnya..Alhamdulillah syukur semuanya dalam keadaan sihat..Aku tumpang rasa bahagia bila dapat tahu Farhana melahirkan twins princess..Ya Allah bertuah sangat dia sebab dapat dua orang baby dalam satu masa..Selama ni aku teringin nak tengok insan terdekat dapat twins baby dan tak sangka sangat aku berpeluang tengok anak kembar sahabat baik aku sendiri..Terharu dan sangat gembira untuk mereka..:)



Subhanallah...dengan kuasaMu aku dapat melihat keajaibanMu...Semoga menjadi anak yang solehah..



Kami 3 sahabat..bersama baby masing masing..aku? masih berusaha dan berdoa..:)



majlis akikah ( 27 Januari 2013) 
credit pic : FB Ustaz Nik Muhammad Abduh Bin Nik Abdul Aziz 









TGNA turut meluahkan rasa syukurnya..







                                                Doa Untuk Bayi Baru Lahir 




p/s : Kecut perut dan ketar lutut setiap kali tengok 'tok ayoh' Farhana live di rumah beliau..melihat seorang ulama' agung dah sebegitu rupa, apatah lagi jika kita dapat melihat Rasullullah...Subhanallah..





Wednesday 23 January 2013

Jom Mengayuh

Assalamualaikum...




Dulu masa kecik kecik selalu jugak naik basikal..Mana taknya, setiap petang memang wajib la naik basikal nak pergi sekolah agama..(kecik kecik dah berdikari sebab parents keje) huhu...dulu mak aku beli basikal yang ada carrier sebab senang nak bawak adik aku yang sorang tu..dia tu penakut sikit..taknak berdikari bawak basikal sendiri..bila aku ponteng sekolah, dia pun turut ponteng la..yang paling 'best' naik basikal ni, bila tengah sedap kayuh,tetiba rantai putus..itu lah saat yang paling menguji tahap kesabaran aku..putus plak dekat depan rumah cina yang ada hanjing..hadoii..baju sekolah jangan cakap la..habis hitam legam kena minyak hitam rantai..dek kerana rantai putus, sah sah la masuk kelas lambat..ustazah ngan budak budak dah tengok semacam sebab baju comot..

dan yang paling aku ingat masa tu, kat kampung setinggan yang aku duduk tu, ada bukit yang tinggi giler..mungkin masa tu aku kecik lagi sebab tu rasa macam bukit tu tinggi tak hengat..sampai je kat bukit tu, mesti aku suruh adik aku yang tolak..kadang kadang aku turun tolak sama sama, kadang kadang aku kayuh adik aku tolak..hahaha...kejam betul!! takpun dari jauh lagi aku dah kayuh laju laju supaya bila sampai kat bukit tu aku larat nak kayuh dan adik aku tak perlu nak tolak..:)


(oh sgt indah kenangan itu...RINDU!) 



***************************************************************

Dulu masa aku tadika, aku orang pertama ada basikal..aku tak ingat mak aku beli basikal brand apa time tu..tapi disebabkan basikal tu, aku bermusuhan dengan sorang makhluk Allah tu sampai sekarang..sebabnya aku tak bagi pinjam basikal baru aku tu..biasalah kan, budak budak..tapi bila mak bapak dia masuk campur, benda kecik pun jadi besau..so, aku pun tak tahu siapa yang bersalah dalam hal ni..huhuhu...time tu aku budak budak kot, benda baru yang mak bapak aku beli untuk aku, for sure tak boleh nak bagi orang pinjam..baru beli sehari kot weh..agak agak nak pinjam..hahaha..tapi kau pulak pergi mengadu kat mak bapak kau..tak pasal pasal sekarang ni dah jadi musuh...sebab basikal baru kaler merah aku je kot..hmmmm......


************************************************************

buat skill pulak..hihi..


Dan zaman sekarang ni, kayuh basikal ni dah jadi trend aku tengok..sana sini kita boleh jumpa orang mengayuh..rasa best je tengok..kat rumah aku ada basikal racing tapi sayangnya dah rosak..entah bila nak pergi repair..Atas sebab keinginan nak mengayuh basikal datang berkobar kobar secara menggila, sabtu lepas aku ajak sang suami dan adik aku pergi mengayuh basikal kat taman botani Putrajaya...fuhh, best giler kok..tapi stamina aku memang out..kayuh tak sampai sejam pun dah pancit..ada masa nak pergi lagi..tapi nak kuatkan stamina nak kayuh sampai 2 jam..hahaha..berlagak sungguh!



(pstt..pst..balik mengayuh bantai makan nasik kerabu + nasik lemak + roti canai...tak guna buang lemak sebab pastu tambah lemak berkilo kilo gak)


 terasa macam citer Sembilu pulok..



 nice view at Taman Botani






beskal ni best..



suka tempat ni..cantik!!


bergambar je lebih....



Cycling at Taman Botani Putrajaya


Operating Hour :  9:00am - 12:00pm 
                            2:00pm - 5:00pm

Weekdays
Adult      : RM2.00 (1 hour)
Children : RM??  (1 hour)      *lupa*

Weekend
Adult      : RM4.00 (1 hour)
Children : RM2.00 (1 hour)




p/s : Malam ni balik kampung...Cuti panjang wooo.....Babai..





Sunday 20 January 2013

2 Tahun Berlalu

Assalamualaikum...



Harini (20 Januari 2013) genap dua tahun pemergian abang tersayang...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..Al-Fatihah..




Kenangan bersama arwah masih segar dalam ingatan..






keluar bersama ke KLCC sebelum arwah bergelar suami (akhir 2007)









Aidilfitri 2007 (Kota Bharu)



Aidilfitri 2007 (Pasir Puteh)




Majlis konvo di Kota Bharu (2009)












Kami rindu Abeja...Kau abang dunia dan akhirat kami...:'(



Hadith Abi Ayub Al-Ansari r.a mengatakan :

Bersabda Nabi SAW : Bahawa roh orang mukmin setelah berada di Barzakh saling bertanya (satu sama lain) dari hal berita kehidupan di dunia..  
(Riwayat Muslim)




p/s : Tolong doa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abang saya..:'(







Friday 11 January 2013

Gambaran Hari Kiamat

Assalamualaikum...







Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




Info : FB





p/s : Ya Allah, takut dan gerunnya gambaran hari Kiamat...








Thursday 10 January 2013

Daging Goreng

Assalamualaikum....



Dah lama rasanya tak berkongsi resipi kat sini...Rindu nak masak..hehehe..dah lama tak masak sebab parents aku ada kat sini..Esok lusa mereka dah nak balik kampung..Lepas ni aktiviti masak aku macam biasalah..sepanjang abah dan ma ada kat sini, mereka je yang masak..tapi aku tak suruh pun..mereka yang nak masak..so, aku terpaksa akur..:)


Hari ni nak share resipi daging goreng je pun..Ni pun gambar aku cilok kat fb adik aku..Dah bosan dan rasa ketagih nak share resipi sebenarnya..sebab tu cilok gambar lama lama dia dalam album masak memasak kat fb..(=



credit pc : sini



Resipi


Bahan bahan : 


  • Daging lembu (batang pinang lagi bagus)
  • Kunyit
  • Garam
  • Bawang besar
  • Cili Merah /cili api
  • Kicap


Cara cara : 

  • Potong daging mengikut saiz yang sesuai dan digaulkan garam serta kunyit secukup rasa
  • Masukkan daging tersebut di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga air daging itu kering..
  • Bila air daging dah kering, tuangkan minyak dan goreng lagi sehingga daging bertukar warna menandakan sudah garing
  • Masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong
  • Masukkan sedikit kicap dan digaul rata (jangan terlebih kicap nanti masin pulak)
  • Boleh dihidang bersama nasi panas..memang MeleTOP..hihi..





Sebelum kahwin, suami aku cakap dia tak pernah makan daging goreng style aku ni..bila sekali aku dah buat, terus mintak berkali kali..wahh.. demand betul..hehehe..sekarang dah jadik lauk feveret dia..Alhamdulillah tekak dia boleh terima daging goreng style keluarga kami..eh, korang pernah masak/makan tak daging goreng camni? Kalau tak pernah, silalah cuba resipi ni..Jangan malu malu..:)





p/s : adik beradik aku suka sangat makan minyak daging goreng ni...kadang kadang saja letak minyak lebih sikit..nak selamat guna olive oil..boleh jilat minyak daging sampai licin pinggan...hahaha...








Wednesday 9 January 2013

Serba Salah

Assalamualaikum...


Kadang kadang rasa serba salah...serba salah dengan siapa pulak? dengan kawan tak rapat dan kawan yang rapat..bagi aku tak ada istilah bff dalam hidup aku..sebab tu aku lebih suka gunakan ayat 'bestfriend atau sahabat' daripada bff..tak tahu kenapa..mungkin dah frust untuk berkawan..sering kecewa dalam persahabatan sebenarnya..dan yang pastinya bff ku hanya seorang iaitu suamiku sahaja..:)


Berbalik kepada tajuk entri..aku serba salah sebab sering luahkan perasaan sedih dan kecil hatiku di sini..tapi ini kan blog aku..suka hati aku la kan luahkan apa saja yang terbuku di hati..tak suruh dan tak paksa untuk sesiapa follow dan baca..cuma untuk diri sendiri saja pada mulanya..tak sangka ada yang sudi follow dan sudi baca blog ni..terima kasih semua..


Tapi disebabkan aku sering mengadu dan sering bercerita tentang zuriat di sini, ada sesetengah pihak terpaksa menjaga hati aku..terpaksa menyembunyikan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup mereka..dengan cara tidak mengupdate blog/fb mahupun terus mem'block' aku dari membaca blog/fb mereka..adakah salah aku?? atau mungkin juga salah mereka?? aku kurang pasti tentang itu..bagi pihak aku, seriously aku terasa hati pada mulanya..tapi bila fikir fikir balik, tak boleh nak salahkan mereka 100%..aku juga ada silapnya..siapa tahu?? 


Salah aku sebab aku ceritakan semua perasaan aku kat sini..Sepatutnya aku hanya mengadu pada DIA dan bukannya di sini..Aku serba salah dan buat orang lain juga serba salah sebenarnya..Sebab aku, semua orang seolah olah terpaksa menjaga hati aku supaya aku tak berkecil hati..tapi mereka tak tahu yang aku sebenarnya lebih berkecil hati dengan tindakan mereka itu..tapi tak apalah, itu hak mereka..siapa aku untuk mengajar mereka bukan?? 
Cuma satu yang ingin aku katakan di sini, apalah gunanya kawan sekiranya berita gembira itu tidak dikongsi bersama..apalah gunanya sahabat jika segala luahan dan kesedihan tidak didengari..apa gunanya istilah 'bersahabat' jika ada sifat pilih kasih? soal berkecil hati atau tidak, bukanlah isunya kerana rezeki setiap manusia itu hanya di tangan Allah..Siapalah kita untuk mempersoalkannya? Mungkin rezeki kamu lebih cepat berbanding aku..so, kenapa harus aku mempersoalkan tentang itu? Alhamdulillah aku masih waras dan mampu berfikir dengan baik..Janganlah memberi seribu satu alasan yang kurang bijak untuk menyelamatkan diri..Tanpa alasan itu pun, aku redha...


Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, sahabatku..Apa pun niat kalian, hanya DIA saja yang tahu..Aku hanya bersangka baik dan cuba elakkan untuk bersangka buruk dengan kalian..Hanya doa sebagai senjata dan peneman setiaku..Mudah mudahan kalian juga dilindungi dan dirahmati olehNYA...


Wassalam...





Dua orang sahabat baikku..Almost 12 years kami bersahabat..Alhamdulillah sekali pun tak pernah bergaduh mahupun berkecil hati..mungkin susah nak percaya tapi itulah hakikatnya...Maziah dan Farhana sahabatku dunia akhirat..




p/s : Persahabatan jarak jauh lebih bermakna bagi aku...:)






Friday 4 January 2013

Nabi Muhammad SAW dan Malaikat Maut

Assalamualaikum



Malaikat Maut Meminta Izin kepada Rasullullah SAW




Malaikat Maut belum pernah meminta izin kepada para nabi sebelum ia mencabut nyawa mereka.


Dari Ibn Abbas r.a. berkata, "Malaikat Maut datang kepada Rasullulah SAW yang sedang sakit sebelum kewafatannya..Malaikat Maut meminta izin kepada baginda. Ketika itu kepala Rasulullah sedang bersandar di pangkuan Ali Bin Abi Thalib ra..Malaikat Maut berkata, "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh". Ali berkata, pulanglah sesungguhnya kami sedang sibuk dan tidak boleh diganggu.Lalu Rasullullah berkata, "Adakah engkau tahu wahai ayah Hasan, siapakah yang datang ini? Ini adalah Malaikat Maut. Masuklah"..Ketika Malaikat Maut masuk, ia berkata, " Sesungguhnya Tuhanmu mengirimkan salam untukmu"..Rasullullah bertanya, "Dimanakah Jibril, bukankah ia sentiasa dekat denganku?" Malaikat Maut mengkhabarkan bahawa Jibril akan segera datang..Malaikat Maut pun pergi hingga turunnya Malaikat Jibril..


Jibril pun datang dan bertanya kepada Malaikat Maut yang sedang berdiri di tepi pintu, "Mengapa kamu keluar wahai Malaikat Maut?" Malaikat Maut menjawab, " Muhammad mencarimu". Kedua duanya masuk dan Jibril mengucapkan salam kepada penghuni rumah " Assalamualaikum wahai Abal Qasim, ini adalah saat perpisahanku denganmu"..Aku mendengar bahawa Malaikat Maut belum pernah mengucapkan salam sebelum apa yang ia lakukan terhadap Nabi SAW, ia juga tidak akan mengucapkan salam kepada sesiapa setelah Muhammad SAW..


Berkenaan kisah ini, ada riwayat yang keliru iaitu riwayat daripada jalan Husain r.a bahawa Jibril turun kepada Nabi Muhammad SAW pada hari kewafatannya..Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, "Bagaimana keadaanmu?" Nabi menjawab, " Aku sedih dan menangis wahai Jibril"..Kemudian Malaikat Maut datang meminta izin di tepi pintu. Jibril berkata, " Wahai Muhammad, Malaikat Maut datang dan meminta izin kepadamu..Tidak ada anak adam yang diminta izin seperti ini sebelum engkau dan tidak ada anak adam yang diminta izin seperti ini setelah engkau..Apakah engkau mengizinkannya?" Muhammad SAW pun memberikan keizinan kepada Malaikat Maut untuk masuk dan berada dekat dengan tangannya..Malaikat Maut berkata, "Sesungguhnya Allah mengutuskanku kepadamu dan memerintahkan aku untuk menjemputmu dan taat akan permintaanmu..Jika engkau memintaku untuk mencabut nyawamu maka aku akan melakukannya, tapi jika engkau tidak menghendakinya maka aku tidak akan melakukannya". Muhammad SAW membalasnya, "Jadi adakah engkau akan melakukannya?"


Malaikat Maut menjawab, "Sudah tentu kerana aku diperintahkan sedemikian. Saat itu Jibril berkata, " Sesungguhnya Allah sangat rindu untuk bertemu denganmu". Kemudian, Nabi Muhammad SAW berkata kepada Malaikat Maut, " Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan Allah kepadamu"







p/s : Kekeliruan hadis ini dapat dilihat daripada hadis lain dalam sahih Bukhari (perbahasan ini akan dibahas lebih lanjut pada pelajaran yang akan datang) bahawasanya tidaklah seorang nabi dicabut rohnya kecuali dia telah diberi pilihan oleh Malaikat Maut antara terus hidup di dunia atau kembali ke rahmatullah...







Thursday 3 January 2013

Nabilah's Wedding

Assalamualaikum....



Sabtu lepas dan lepas (22/12/2012) my cousin selamat melangsungkan perkahwinannya bersama insan tersayang, Saiful..Majlis diadakan di kediaman my pakcik at Jalan Kuchai Lama..di dewan actually..majlisnya sangat meriah tapi agak kelam kelibut sikit..biasalah kan, majlis kahwin konfem ada kelam kabut sikit even dah buat preparation awal..kalau tak kelam kabut bukan kenduri namanya...hehehe jangan marah haa...apapun, majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat after pengantin berarak..




semoga korang bahagia hingga akhir hayat...cepat2 dapat baby tau..:)


Kita tengok gambar je lah yer...malas pulak nak bercerita panjang..gambar memang banyak gilo...tengok sampai muntah..taknak tengok pun takpe..tak paksa...:P



pelamin..Lisa Surihani pernah bersanding kat kerusi tu..:P


meja beradab


ruang makan untuk tetamu


gula gula untuk kids..self service


guest book


souvenier


goodies bag



ayam masak merah


rojak buah


orang kuat


Romono's Family



Mohd Nor's Family



gambar terlampau banyak, malas nak upload..:P



p/s : se 'gah' mana pun majlis kawin kita, jangan sampai membazir..kerana membazir tu amalan syaitan..ye dop?