Friday 13 February 2015

Perginya Seorang Murobbi

Assalamualaikum.....



Emosi sangat terganggu sejak semalam....Allahurobbi..


Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali....Semoga roh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dicucuri rahmat...terasa janggal dan sedih untuk menyebut Allahyarham TGNA...;'(




Pergimu tiada pengganti...



Antara kenangan ku bersama TGNA....


1) Sekitar tahun 1998-2001
- Pertama kali melihat wajah bersih dan susuk tubuh beliau di sekolahku Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu..Ketika itu beliau hadir untuk merasmikan sebuah majlis anjuran sekolah tapi aku lupa majlis apa..
- Beberapa kali ke rumah beliau untuk bertemu sahabatku Nik Farhana yang juga cucu perempuan sulung TGNA..tapi tiada rezeki untuk bertemu dengan beliau...seorang pemimpin yang sangat zuhud...rumah sederhana, tiada pengawal dan sesiapun bebas keluar masuk di perkarangan rumahnya....
- Pernah menelefon Nik Farhana untuk bertanyakan homework, tapi TGNA yang jawab panggilan aku...MashaAllah berderau rasa seluruh tubuh dan terus terdiam terdengar suara TGNA yang sangat tenang..sangat tak sangka seorang ulama' hebat dan seorang Menteri Besar Kelantan pada ketika itu menjawab panggilan aku....   (ada ke MB lain jawab call telefon rumah??) 




2001




2) November 2011
- rezeki aku bersahabat dengan cucunya memudahkan aku bertemu lagi dengan insan hebat ini...Di majlis perkahwinan Nik Farhana, TGNA menjadi jurunikahnya...sangat2 bertuah...proses pernikahan yang paling simple pernah aku tengok sepanjang hidupku...tanpa menghulurkan tangan dan tanpa menyebut jumlah maharnya..hanya dengan satu akad sahaja..






 untungnya sang suami...








3) Januari 2013
- hanya sempat melihat kelibatnya semasa aku datang ke kediaman beliau untuk menziarahi sahabatku Nik Farhana semasa dia dalam tempoh berpantang...Sayu hati melihat beliau bertongkat tapi gagahkan juga untuk ke masjid...








Cicit Kembar TGNA






4) Februari 2014
-Kali terakhir bertemu TGNA pada 22 Februari tahun lepas..sebelum Subuh dah beratur di kediamannya untuk mentahnikkan anak buah aku, Amna Safiyya...Beruntungnya Amna..TGNA sempat mengusap rambut dan membacakan doa untuk Amna...Semoga Amna menjadi anak yang solehah berkat doa TGNA...



TGNA sangat uzur masa ni..





 Januari 2015 - majlis perkahwinan Nik Maulidil Huda...adik kpd Nik Farhana..(TGNA sakit dan ditahan wad ketika ini)


pewaris TGNA...generasi ke 4..semoga menjadi anak solehah...





Semoga syurga tempat mu ya Murobbi..........Al Fatihah..:'(


Jika begini sakitnya kehilangan seorang Murobbi, bagaimana para sahabat tika kehilangan mu Ya Rasulullah??? Rindu Kekasih Allah...Rindu padamu Tok Guru...


p/s : Salam takziah untuk sahabatku dan keluarga.....



Wednesday 28 January 2015

Goodbye 2014..Welcome 2015..

Assalamualaikum.....



Selamat tinggal 2014...


Walaupun 2014 sudah lama melabuhkan tirainya dan Januari 2015 dah nak sampai ke penghujung, tapi rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kat semua...Semoga tahun ini LEBIH baik dari sebelumnya dan semoga kita semua menjadi hamba Allah yang LEBIH taat pada perintahNya..


Tahun 2014 banyak memberi aku pengalaman dan kenangan yang terindah yang tak mungkin aku lupakan...Aku nak throwback kenangan aku sepanjang tahun 2014...Cekidauttt....





Januari 2014


Semestinya bulan kesedihan kami sekeluarga...


01 Januari 2012 - Genap 2 tahun Atuk kesayangan pulang ke rahmatullah
20 Januari 2011 - Genap 3 tahun Abang kesayangan pergi buat selamanya..

Al Fatihah.....





Februari & Mac 2014




19 Februari 2014 

- Kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami..Alhamdulillah cucu pertama keluarga Haji Alaui dan Hajjah Ramlah selamat di lahirkan..Seminggu sebelum kami suami isteri berangkat ke Istanbul...=)



Assalamualaikum....Amna Safiyya Binti Muhammad Sharif




26 Februari 2014 - 12 Mac 2014 (Turkey-Madinah-Mekah)

Kenangan paling terindah buat kami suami isteri kerana di jemput menjadi tetamuNYA...Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar...Syukur padaMu Ya Allah..Perasaan yang tak dapat digambarkan sehingga sekarang...Rindu Haramain Dia saja yang tahu..Dapat pula ziarah negara Islam yang penuh dengan sejarah pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah iaitu Turkey,...MashaAllah...Pengalaman yang sangat sangat berharga yang tak akan dilupakan dalam hidup....Pertama kali menjejakkan kaki ke rumahNYA....Semoga kami diberi peluang kedua dan seterusnya...


 27 Februari 2014 - 04 Mac 2014 (6 hari 5 malam di Turkey)


 04 Mac 2014 - 07 Mac 2014 (4 hari 3 malam di Madinah)


07 Mac 2014 - 12 Mac 2014 (6 hari 5 malam di Mekah)




17 Mac 2014

Beberapa hari selepas kami pulang dari menunaikan umrah, di sambut pula dengan kelahiran anak saudara ku yang kedua...MashaAllah...Double double happiness...Seolah olah kami diraikan oleh mereka...before and after our Umrah...:)


  Ahlan Wasahlan Fiddunya....Nuh Muhammad Huzaifah Binti Khafidz






April 2014 (Surabaya,Indonesia)


Sebulan selepas pulang dari Umrah, kami terbang ke Surabaya..Tiket yang telah ditempah berbulan bulan lamanya...Teringin untuk melihat kebesaran ciptaan Allah SWT dan keindahan serta kecantikan Gunung Bormo di Surabaya, Indonesia...



4 hari 3 malam di Surabaya..





Jun 2014


Bulan Jun adalah bulan kelahiran kami berdua...Makanya kami celebrate di Bora Ombak sahaja...Alhamdulillah suprise aku menjadikk...hehe...


06 Jun 2014




Julai & Ogos 2014 


Menyambut Ramadhan dan Syawal bersama orang baru...Alhamdulillah bertambah ahli keluarga...

Terasa masih tidak lengkap...;'(






September 2014 (Guangzhou,China)


Buat pertama kalinya, aku ke luar negara tanpa sang suami di sisi...Kena tinggal sebab payah sangat nak mintak cuti...huhu..Banyak knowledge baru yang aku dapat sepanjang trip memborong ke China ni..Aku bersama ex classmate Cik Shafina Shaari..Thank you for accompanying me,Pina...:)

14 September 2014 - 18 September 2014  (5 hari 4 malam di Guangzhou)





Oktober 2014 


Anniversary 


Oktober adalah bulan cinta kami...ewaahh...101010 adalah tarikh kami diijabkabulkan....Genap 4 tahun usia perkahwinan kami...Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati hubungan ini hingga akhirnya....Semoga kami diberi peluang untuk merasai nikmat untuk bergelar ibu dan ayah suatu hari nanti...Ameen...


Love is Beautifull...





Krabi, Thailand


Sambutan untuk ulang tahun yang ke empat ini dah lama di rancangkan...Rasanya 9 bulan sebelum tarikh, kami dah book tiket untuk ke Krabi...Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk ke sana...Pergi sekadar untuk merehatkan mental dan fizikal...


10 Oktober 2014 - 13 Oktober 2014 (4 hari 3 malam di Krabi)






November 2014 



Melaka  


Trip bersama ex classmate di Melaka Bandaraya Bersejarah...Walaupun hanya di Melaka, tetapi kami tetap enjoy!!! terima kasih kawan kawan...



01 - 02 November 2014 (2 hari 1 malam)




Millionaire Marketing Mastery


Menghadiri kursus Dr.Azizan Osman di Shah Alam Convention Centre..Banyak ilmu yang aku pelajari di sini...InshaAllah akan di manfaatkan..


28 November 2014 - 30 November 2014 (3 hari 2 malam)





Disember 2014 



Pengedar  Dalan D'Olive


Alhamdulillah secara rasmi aku menjadi pengedar produk Dalan D'Olive yang di import dari Turkey...Sungguh tak sangka beberapa bulan selepas ke Turkey, kini menjadi salah seorang pengedar produk dari negara itu..Sangat kagum dengan hasil tanaman buah zaitun di sana..Semoga produk ini juga mendapat sambutan di negara kita...InshaAllah..



                               klik : http://dalandolive.blogspot.com/




Banjir di Pantai Timur


Aku berpeluang pulang ke kampung untuk melihat sendiri kesan banjir di sekitar Kuala Krai dan Tanah Merah...MashaAllah...besar sungguh dugaanMu...Alhamdulillah keluarga ku di Pasir Puteh dan Kota Bharu tidak terlibat dengan banjir besar ini...Sama sama kita doakan semoga mereka yang ditimpa ujian ini diberi kekuatan iman, mental dan fizikal...



Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita...Ameen..




Semoga tahun 2015 ini akan lebih indah buat aku dan keluarga....Semoga impian aku yang belum tercapai, akan menjadi kenyataan pada tahun ini, IshaAllah....dan semoga aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya......








p/s : Kemana percutian kita pada tahun ini agaknya??.....:)





Tuesday 23 December 2014

Produk Dalan D'Olive dari Turkey

Assalamualaikum.....




Dah lama tak berbloging....Harini update pun sebab ada tujuan...Alhamdulilllah aku dah jadi salah seorang pengedar produk Dalan D'Olive dari Turkey...So, ramai yang suruh aku pm dorang apa kegunaan setiap satu produk dan harganya berapa...so, aku gunakan medium personal blog aku ni sebagai perantara sementara aku create blog khas untuk Dalan D' Olive...InshaAllah...






Sepertimana yg kita tahu, buah zaitun mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihannya yg tersendiri..Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun...
InshaAllah dengan produk yang kami bekalkan berasaskan buah zaitun 100% tulen yang di import dari Turki ini dapat membantu masalah kulit anda..






Try D'Olive 100% pure Olive Oil Soap Bar, Liquid Soap, Body & Hand Cream and Intensive Cream to feel the benefits of Olive Oil on your skin. 
Dalan d’Olive Products :

• For normal to dry skin
• Safe on sensitive skin
• Quickly absorbed formula
• Vitamin E & Antioxidants
• Made with pure olive oil
• Paraben Free
• ISO Certified year 2003
Dalan D’Olive the BEST Solution for your skin & hair Place your order with Dalan D’Olive today and we will be delighted to send it to your doorstep.




1.Dalan Olive Intensive Cream

RM15.00 / 20gm


Berfungsi sebagai rawatan rapi dan krim badan yang dirumus khas untuk kulit kering. Keajaiban minyak zaitun, sumber kecantikan dan kesihatan, mencergaskan dan menyuburkan kulit kering anda dengan vitamin E yang tinggi dan ciri-ciri anti-oksida. Diperkayakan pelembap tambahan yang menjadikan kulit anda lembut, licin dan cerah.Kelebihannya tidak berminyak dan mudah menyerap ke kulit

Kegunaan :
  • Kulit kering/bersisik
  • Tumit merekah/kasar
  • Eczema
  • Luka luka kecil di jari
  • Gatal gatal
  • Ruam
  • Alergik




2. Dalan Olive Oil Soap 100%



RM8.00/150gm



 100% Olive Oil Soap ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah radang kulit dan juga kulit sensitif terhadap sabun biasa.Doktor juga mengesyorkan penggunaan sabun ini kerana kelebihannya dalam penjagaan kulit sensitif.Ia kurang buih, sesuai untuk mereka yang mengalami Ekzema sebagai contoh. Bagi mereka yang mempunyai kulit sihat, ia melembabkan dan melindungi kulit dari cahaya sinaran matahari.Ia juga digunakan sebagai cucian rambut bagi merawat rambut gugur dan menguatkan akar rambut.

Kelebihan :
  • kegunaan 2 dalam 1 (badan dan rambut)
  • boleh digunakan pada rambut yg kering dan gugur
  • menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
  • Tidak wangi dan kurang berbuih kerana tiada campuran bahan kimia (paraben)
  • Bebas paraben
  • Sesuai digunakan pada bayi




3. Dalan Olive Shower Gel




RM15.00/250ml


Diperbuat daripada Minyak Zaitun Aegean,menjadikan kulit selembut sutera. Minyak zaitun yang kaya dengan vitamin E dapat melembutkan kulit dan menjaga keseimbangan kelembapan sehingga 24 jam.Dan yang pasti tanpa bahan kimia (paraben) dan pewangi yang mengakibatkan kanser kulit..

Kelebihan :

  • Melembapkan kulit yang kering
  • Menghilangkan bau badan
  • Mengurangkan kesan parut yang ada di badan
  • Menghaluskan dan menggebukan kulit



4. Dalan Olive Shampoo




RM29.00/400ml



Diperbuat daripada Minyak Zaitun Aegean dan Protein Gandum. Syampu ini memulihkan kesihatan semulajadi untuk rambut anda.. Di uji kebekersanannya oleh Internationally Accredited Laboratory..Digunakan 3 kali seminggu selama 4 minggu...InshaAllah akan nampak hasilnya..


Kelebihan :
  • Menguatkan dan menyuburkan dari akar hingga hujung rambut
  • Mengatasi masalah rambut gugur
  • Memulihkan rambut rosak dan kering
  • Mengatasi masalah rambut bercabang
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Melindungi rambut dari bercabang
  • Melembapkan dan melebatkan rambut




5. Dalan Olive Hair Conditioner




RM23.00/200ml




Diperbuat daripada Minyak Zaitun Aegean dan Protein Gandum.Olive Oil Conditioner menyuburkan,menguatkan dan membaiki kerosakan rambut.Membersihkan dan melembapkan dari akar hingga ke hujung rambut serta memberi kelembutan semulajadi dan sinar pada rambut anda.


Kelebihan :

  • Menjadikan rambut lebih bersinar dan berkilat
  • Tidak kusut dan lebih mudah diuruskan
  • Mengekalkan kesegaran rambut




6. Dalan Olive Body Oil



RM39.00/250ml



Minyak badan zaitun dengan kandungan  vitamin A, D, K dan E yang tinggi dan antioksidan, menyuburkan dan melindungi kulit anda terhadap faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan penuaan..Diuji di Instistut German Dermanconsult GMHB, ia boleh digunakan untuk mengurut dan selamat untuk kulit sensitif..Kombinasi minyak zaitun Mediterranean dan minyak bijan dalam “dOlive Body oil” dapat menyubur dan melembabkan kulit, mengembalikan kelembutan dan sinar semulajadi. Ia mengekalkan kelembapan lebih dari 24 jam dan dapat melindungi kulit dari faktor luaran. “Body Oil” yang mudah serap ke kulit ini rasa tidak berminyak. Lebih penting ia BEBAS dari bahan pengawet iaitu “PARABEN”.Rasailah aroma segar dan sihat serta keajaiban alam semulajadi yang diberikan kepada kulit anda.


Kelebihan : 

  • Boleh terus di sapu pada kulit kering
  • Sangat sesuai untuk mereka yang berumur
  • Boleh dijadikan minyak urut badan
  • Melembapkan kulit
  • Menghilangkan parut dan regangan kulit (stretch mark) untuk para ibu
  • Sesuai digunakan untuk bayi
  • Juga sesuai digunakan untuk rambur kering dan bercabang



7. Dalan Olive Hand & Body Cream (Lotion)



RM13.00/75ml

RM23.00/250ml



Kelebihan :

  •  Mengandungi vitamin E yang tinggi dan antioksidan
  • Melembutkan dan melindungi kulit anda daripada faktor-
    faktor luaran yang boleh menyebabkan kekeringan.
  • Boleh digunakan untuk kulit sensitif.
  • Melembapkan kulit dan memberikan kelegaan kepada kulit
    kering.
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Mengandungi vitamin E yang tinggi dan antioksidan
8. Dalan Olive Glycerine Soap

RM5.00/100g



Kelebihan : 
  • Membantu untuk memulihkan semula struktur kulit
  • Kaya dengan vitamin E dan aktioksidan 
  • Menyuburkan kulit
  • Kandungan glycerine berfungsi untuk mendapatkan semula kelembapan kulit anda yang hilang semasa pembersihan
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit anda 
  • Membersihkan kulit anda dengan sempurna





9. Dalan Bath Theraphy Olive Oil & Rosemary


RM8.00/200g



Sabun yang dicampurkan minyak zaitun dan wangian rosemary digunakan untuk menghaluskan kulit dan memberi kesegaran dan keharuman pada kulit..


Kelebihan :
  • Mengandungi Vitamin E yang tinggi
  • Antioksidan
  • Menyegarkan kulit agar lebih bermaya
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit
  • Dapat menghaluskan dan melembapkan kulit




10. Haccer Facial Cleanser


RM49.00/150ml




Kelebihan :

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Anti penuaan
  • Menghilangkan dan mengurangkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan bintik putih
  • Menghilangkan kedutan
  • Sesuai untuk kulit kering dan berkedut
  • Menghilangkan hitam di bawah mata
  • Memulihkan kulit muka yang terkena sunburn
  • Menghilangkan dark spot
  • Mengatasi masalah kulit berminyak




11. Haccer Face Care Cream



RM49.00


Mereka yang mengalami kulit kering perlulah menggunakan produk yang mempunyai kandungan pelembap yang tinggi..Krim Haccer dapat membantu kulit anda kekal lembap sepanjang hari dengan kandungan estrak buah zaitun dan estrak herba.


Kelebihan :

  • Dapat menyuburkan dan memudakan kulit 
  • Dapat menyeimbangkan kelembapan dan melegakan kulit 
  • Mencegah kekeringan pada kulit muka 
  • Menjadikan kulit muka lebih sihat dan segar
  • Membantu sekatakan kulit wajah
  • 100% semulajadi
  • Krim Haccer tidak mempunyai pewarna tambahan dan bebas paraben




12. Al-Ilaj Olive Capsule (Produk Rasmi Dato’ Ustaz Ismail Kamus)




RM36.00/60 biji



    SANGAT BAGUS untuk MERAWAT :

√ Migrain
√ Resdung
√ Gout
√ Kolestrol Tinggi
√ Batu Karang
√ Lawas
√ Kulit bermasalah
√ Keputihan
√ Luka/parut
√ Sukar tidur malam
√ Cepat letih




 KEISTIMEWAAN Kapsul Minyak Zaitun Al Ilaj 



  • Organik, ditanam secara organic dari pokok tertua di bumi Palestine.



  • Minyak Zaitun dari Palestin, dikapsulkan di Malaysia.

  • RM1 setiap botol jualan didermakan kepada NGO Palestin.
  • Dibaca ayat syifa' oleh Ust Ismail Kamus sbg ikhtiar Islami.
  • Perahan sejuk, Pemprosesan perahan sejuk dapat mengekalkan khasiat minyak zaitun 100%
  • Botol gelap, Terhindar dari kesan cahaya yg mengurangkan zat buah zaitun.





13.Haccer Olive Oil




RM25.00/250ml



Kelebihan : 

  • Halal Certified By Eurocert Eqc
  • 100% Extra Virgin Olive Oil Cold Pressed
  • Low Acidity Free From Additives And Preservative
  • Mild Taste
  • Protect From Sunlight & Heat
  • Origin From TURKEY




ANTARA KHASIAT MINYAK ZAITUN



1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu system penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan
kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam,
boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan
organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan arthritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser
lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan
arteriosclerosis (pengerasan saluran arteri).
15. Membantu mengelakkan pembetukan batu hempedu
(gallstone), melalui penghasilan air hempedu yang
banyak.
16. Membantu system penghadaman dan mengurangkan
ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan anti kanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metabolism tubuh,
pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik.
19. Membekalkan vitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikkan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilkan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk anti penuaan.
24. Jenis polyphenols (antioksidan).
23. Sebagai kegunaan masa terapi.
24. Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan.
25. Mengubati penyakit resdung.
26. Mampu menghindari risiko kolon kanser, breast kanser.
27. Mengurangkan frekuensi hot flashes bagi wanita pre
menopause.
28. Bertindak sebagai natural painkiller.
29. Sebagai ubat sakit telinga.
30. Mengubati demam panas dengan berkesan tanpa
mengambil antibiotic.
31. Bertindak sebagai kolagen asli semulajadi yang
bersumberkan tumbuh- tumbuhan.
32. Membantu memecahkan batu karang.
33. Memelihara organ hati dengan baik dari radang dan
serangan penyakit hepar.
34. Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit
(psoriasis).
35. Merawat penyakit kencing tak lawas (taktus).
36. Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi
(diabetes).
37. Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah
tinggi dan jantung.
38. Sebagai rawatan penyakit ulser dalam mulut.
39. Rawatan bagi penyakit sendi dan tulang.
40. Rawatan bagi penyakit asthma, bronkiolitis.
41. Rawatan bagi penyakit angin ahmar/stroke.
42. Rawatan penyakit kusta / sopak.
43. Bertindak sebagai anti viral, anti bacterial, anti fungal.
44. Bertindak menghasilkan hormone pancreatic diorgan
pancreas dengan optimum.
45. Sangat baik dari segi kognitif iaitu memberi kekuatan
ingatan dan pertuturan yang lancar.
46. Mampu memberhentikan pendarahan yang kronik..
47. Mampu mengurangkan berat badan dengan
mengurangkan nafsu/selera makan.
48. Meningkatkan kadar metabolisme ke paras yang
optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.
49. Bertindak memperbaharui sel-sel mati.
50. Bertindak sebagai penapis ultra violet
pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit
dari kekeringan.
51. Mampu mengelakkan penyakit kanser kulit.
52. Membantu meninggikan tahap system immunisasi badan.
53. Mengurangkan rasa kelesuan/keletihan, memberi
kekuatan tenaga.
54. Mampu mengurangkan symptom post menopause.




Jom kita amalkan pemakanan sunnah dan masukkan unsur-unsur sunnah dalam kesihatan dan kehidupan kita...Tinggalkan barangan Israel dan barangan US....:) 




Jika berminat dengan produk-produk kami sila whatsapp 0166722863 (Anna)




p/s : Semua item tidak termasuk kos penghantaran...COD boleh di buat di Seri Kembangan




untuk keterangan lanjut sila ke  http://dalandolive.blogspot.com/




Nota Tambahan : Perubahan harga bermula 1/1/2016 inc GST