Friday 28 September 2012

Langkawi 's Time

Assalamualaikum....


Jom ikut kami pergi hanimun...;)


Hadiah untuk 2nd anniversary kami pada tahun ni cuma pergi bercuti di Langkawi jer..Actually bukanlah nak celebrate sangat tapi tiket memang dah booking dari awal lagi..Time tu AirAsia buat promo RM0.00...Bila dah ada promo camtu paham paham je la..siapa cepat dia dapat..apa yang aku dapat?emmm...tiket ke Langkawi one way je yang masih ada..yang return dah takde tiket murah..Jawabnya balik naik ketapi la yer..Tanpa pikir panjang aku terus book untuk 2 orang ke Langkawi pada 10 Oktober 2012 (date anniversary aku tu)..Bila tengok balik, 10hb tu hari Rabu..hahaha nasib la kena cuti panjang..aku nak apply cuti start dari 8hb sampai 12hb/10..Apply 5 hari tapi dapat 4 hari free..hehehe untung kan? nak release tension puas puas..yeeeaaaaayyyyy!


nampak tak booking date tu bila?heee...




AirASia ada hantar mesej bagtau flight kami di awalkan..jam 4:10pm ke 12.45pm


Langkawi, see you there!



p/s : Sekarang ni susah betul AirAsia nak buat promo RM0.00...




Thursday 27 September 2012

Meatball & Cikenball Belasah Aje

Assalamualaikum....


Sape suka makan meatball? Sape suka makan cikenball? Sila angkat kening anda..:P




Ok, hari ni aku nak share resipi meatball dan cikenball yang kami buat masa Ramadhan yang lepas..(ish, tak habis habis lagi resipi masa Ramadhan kan?) Disebabkan ada lebihan daging dan ayam hancur yang kami buat bergedil hari tu, so aku decide nak buat masakan western untuk berbuka..Sebenarnya aku main belasah je buat bebola ni..tak sangka pulak menjadi..kikiki...


Bahan bahan

  • Daging dan ayam hancur (aku guna Ramlee's brand)
  • Bawang putih
  • Lada hitam / lada sulah
  • Keju Mozarella
  • Garam
  • Telur
  • Tepung Magik / tepung KFC
  • Lidi

*Aku main belasah je bahan bahan ni..Ikut citarasa korang la k nak bubuh apa pun..yang penting rasanya tak pelik sangat...;)


Cara-caranya

  • Rebus daging / ayam hancur (rebus separuh masak pun takpe..taknak rebus pun takpe..tapi aku takut tak masak dalamnya)
  • Blend bawang putih, lada hitam/ lada sulah, keju mozarella dan garam
  • Bentukkan bahan tadi mengikut citarasa korang (aku suka bulat bulat macam kat kedai)

  • Celupkan ke dalam telur sebelum digolekkan ke dalam tepung (tapi kalau pakai tepung magik tak payah celup telur pun takpe)



eh 2 bijik je?:P

  • Goreng sehingga kekuningan.Dah masak, sila cucuk dengan lidi (barulah rasa macam beli kat kedai..hihi)

aku guna minyak sikit je sebab nak jimat..eh silap bukan nak jimat tapi aku tak suka makan minyak banyak



  • Hidangkan bersama fries, salad, tomato dan yang sama spesies dengannya..(jangan lupa mayo dan blackpaper sos yer..)


Hasilnya.....




 Hah?Apa rasanya?Ofkos la sedap hingga menjilat kelingking...hahaha 


Semudah ABC 123 kan?tak payah beli kat luar dah lepas ni..mudah dan sedap! tapi lagi bagus kalau dapat buat daging dan ayam hancur tu sendiri..hihi..




Selamat Mencuba!


p/s : taip entri sambil terliur..tak boleh blah..;)





Wednesday 26 September 2012

Friday 21 September 2012

Allah Makbulkan Doa Nabi Zakaria

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...

KETURUNAN Nabi Sulaiman ialah Nabi Zakaria, seorang yang cukup berpengetahuan di kalangan Bani Israel dan beliau mempunyai isteri bernama Isya.
Isterinya bersaudara dengan Hannah, yang bersuamikan Imran. Hannah terlalu berkeinginan mendapatkan anak, sehingga bernazar: “Jika Allah mengurniakan anak, maka anakku itu akan aku serahkan ke rumah suci-Mu Baitulmaqdis.”
Doa Hannah diterima Allah, tetapi suaminya meninggal dunia sebelum melihat anaknya, Maryam dilahirkan. Apabila melahirkan Maryam, Hannah meletakkannya di Baitulmaqdis, sesuai dengan nazarnya terhadap Allah sebelum ini.
Firman Allah yang bermaksud: “Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya.
Berhajat
Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria bertanya; wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini? Maryam menjawab; makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: “Ia berkata, wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku.
Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.
Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”
Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya
Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh. 


 p/s : Semoga kisah Nabi Zakaria memberi manfaat kepada kita semua...Dont ever give up yer TTCians..;)








Thursday 20 September 2012

Puding Roti Arjuna

Assalamualaikum...


Ramadhan lepas (tak ingat Ramadhan ke berapa) kami suami isteri sibuk menyediakan juadah untuk berbuka..Minggu tu kami bercadang nak balik berbuka di Beranang (kampung suami)..So, kami decide nak masak sesuatu untuk berbuka kat sana nanti..(bajet nak jadi anak dan menantu yang baik..kena pandai bodek..hihi..) 

Kami bersetuju nak buat Puding Roti Arjuna dan Laksam  Anna Alaui..hehehe...Now, aku nak kasik tunjuk Puding Roti yang suami aku buat dulu..Next entry baru aku share resipi laksam aku tu...*Tak sangka suami aku pandai buat puding roti*


Bahan I 

  • Ofkos la roti 1 bungkus (roti apa pun boleh..nak sedap guna roti butterscotch)
  • Planta
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula  
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Susu full cream (300ml)
  • Whipping cream (300ml)

Bahan II (Untuk sos/kuah)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla


Cara cara Penyediaan

  • Buang kerak atau kulit roti.Sapukan planta dibahagian depan dan belakang roti..Susun di dalam loyang mengikut citarasa..;)
  • Pukul telur, gula, esen vanila dan tepung jagung hingga adunan sebati
  • Sukat susu full cream dan whipping cream dan masukkan kedalam bancuhan di atas.
  • Jiruskan semua bahan tadi di dalam loyang yang berisi roti tadi
  • Untuk topping suka hati korang la nak letak apa..Suami aku tabur kurma dan cornflakes ajer..sebab tu je yang ada kat rumah time tu..huhu..selalunya orang letak kismis..
  • Biarkan roti tu selama 30 minit supaya ianya kembang 
  • Panaskan oven selama 10 minit pastu bolehlah bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit
  • Sementara tunggu tu, bolehlah buat kuah atau sosnya..
  • Kacau semua bahan II dengan api yang sederhana
  • Bila dah sejuk, masukkan kuah tadi dalam peti ais..
  • Makan puding roti tadi dengan sos yang sejuk...barulah mantop..hihi.. 







Kurma dan cornflakes dijadikan topping..

See? jadi kembang semangkuk bila dalam oven..Penangan 3 biji telur tadi..hihi..

Hasilnya selepas dibakar...Kurma jadi hitam tapi still sedap..haha..

Jgn lupa makan bersama sos sejuk tadi yer..Selamat mencuba kawan kawan...



Actually, kami ambik resipi ni kat blog Cik Epal..Aku baru je mintak izin kat dia tadi nak share link ni kat korang..hihi..Tapi dia punya puding roti lagi gebu dan fluffy..Tak boleh lawan dia..Nampak pun dah tau sedap..Puding Roti Arjuna ni tak berapa nak gebu sebab dia terlupa nak biarkan 30minit sebelum masuk oven..hehe..Apapun rasanya tetap sedap dan mantop...Kira ok la sebab first time cuba kan? Tak gitu Abang? Kembang jugak la hidung suami aku sebab family dia puji SEDAP!...;)  Good Job Abang!



p/s : Sebenarnya suami aku buat puding roti ni sebab dah nak expired date esoknya..;)





Wednesday 19 September 2012

R.A.Y.A K.A.M.I (Syawal Seterusnya)

Assalamualaikum.....



Entry Bergambar...banyak gilerrr....:P


Tak habis lagi ceritera raya aku deknon deknon semua..Tapi kali ni aku nak pendekkan cerita dan nak banyakkan gambar aje..Aku pun dah malas nak update pasal raya ni..Lagipun Syawal dah habis kan?..So, kita kasik habis cerita raya dalam satu entri je..Layan kan je la...

Jadual Raya 1433H 

1 - 4 Syawal : Beraya di Kelantan
5 Syawal      : Otw balik KL
6 Syawal      : Beraya di Muar dan Melaka (Husband's Family)
7 Syawal      : Attend wedding Iena di Tanjung Malim / Beraya di B.B Salak Tinggi & Bangi
8 Syawal      : Beraya di Beranang (Husband's kampung)
10 Syawal    : Melawat biras bersalin di Beranang
12 Syawal    : Beraya kat rumah Eida Baharum (GEDIK) di BTHO
13 Syawal    : Beraya kat rumah Firda di Banting
14 Syawal    : Open house kat Kajang dan Dengkil (Ofismate aku dan suami)
15 Syawal    : Aku buat Open House
20 Syawal    : Beraya kat rumah Cta di Hulu Langat
21 Syawal    : Open house di Kajang, Jalan Klang Lama, Hulu Langat, Shah Alam dan 
                    Semenyih (ada 6 open house time ni)
22 Syawal    : Jamuan raya di Surau Saidina Abu Bakar (Taman Lestari Putra)
27 Syawal    : Jamuan raya di Ofis (aku yang masak)
28 Syawal    : Open house di Kajang dan Semenyih            
29 Syawal    : Attend wedding Yana dan Adeeb



4 Syawal - Kami buat kenduri tahlil dan kenduri ma abah nak pergi haji 

ini ialah kueh lompang..aku buat sendiri..nanti di lain entry aku bagi resipi..






6 Syawal - Dari Kelantan ke Muar dan seterusnya ke Melaka..(MIL's Family)



7 Syawal - Attend classmate's wedding at Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim






7 Syawal - Beraya di Bandar Baru Salak Tinggi & Bangi (Arjuna's Pakcik )



10 Syawal - Melawat Nur Iman Dania Binti Asnizal Budiman 
                              (anak buah suami aku yang ke-6) di Beranang


12 Syawal - Beraya kat rumah Eida G.E.D.I.K (ex-classmate SUB) di BTHO
Mushang King comel bangat..




13 Syawal - Beraya kat rumah Firda (ex-classmate SUB) di Banting
Kek tu sedap gilakk..



15 Syawal - Aku buat Open House ( buat kecik kecik je..tak ajak semua pun..hihi.. )
menu kami : laksa penang, soto, rendang ayam, nasi himpit, dadih dan kek coklat














20 Syawal - Beraya rumah Cta (ex-classmate SUB) di Hulu Langat


Banana split kat umah Cta sedap sangat..;)

29 Syawal - Wedding Yana dan Adeeb (ex-classmate SUB) di Kajang


 semoga korang cepat cepat dapat cahaya mata..Ameen..

Kenapa salam 1 malaysia??sebabnya dorang kawen kn time cuti Hari Malaysia..hihi..


gelak tak hengat..


29 Syawal - Melawat baby Muammar (anak kedua Mamadebot) di Kajang



Tamat sudah cerita Syawal aku pada tahun ni...Kalau tak dipendekkan, konfem sampai raya Haji tak habis lagi aku update...InsyaAllah jika diberi kesihatan dan umur yang panjang, kita jumpa lagi Syawal tahun depan...Ameen...



p/s : Pssssttt....Nak tahu kenapa raya tahun ni story aku panjang sangat? Of course la sebab tahun ni adalah turn aku...meriah dan ada rasa nak raya..hahahaha...kite tunggu tahun depan macam mana pulak....;P