Showing posts with label AnnArjunA. Show all posts
Showing posts with label AnnArjunA. Show all posts

Thursday, 20 September 2012

Puding Roti Arjuna

Assalamualaikum...


Ramadhan lepas (tak ingat Ramadhan ke berapa) kami suami isteri sibuk menyediakan juadah untuk berbuka..Minggu tu kami bercadang nak balik berbuka di Beranang (kampung suami)..So, kami decide nak masak sesuatu untuk berbuka kat sana nanti..(bajet nak jadi anak dan menantu yang baik..kena pandai bodek..hihi..) 

Kami bersetuju nak buat Puding Roti Arjuna dan Laksam  Anna Alaui..hehehe...Now, aku nak kasik tunjuk Puding Roti yang suami aku buat dulu..Next entry baru aku share resipi laksam aku tu...*Tak sangka suami aku pandai buat puding roti*


Bahan I 

  • Ofkos la roti 1 bungkus (roti apa pun boleh..nak sedap guna roti butterscotch)
  • Planta
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar gula  
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Susu full cream (300ml)
  • Whipping cream (300ml)

Bahan II (Untuk sos/kuah)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla


Cara cara Penyediaan

  • Buang kerak atau kulit roti.Sapukan planta dibahagian depan dan belakang roti..Susun di dalam loyang mengikut citarasa..;)
  • Pukul telur, gula, esen vanila dan tepung jagung hingga adunan sebati
  • Sukat susu full cream dan whipping cream dan masukkan kedalam bancuhan di atas.
  • Jiruskan semua bahan tadi di dalam loyang yang berisi roti tadi
  • Untuk topping suka hati korang la nak letak apa..Suami aku tabur kurma dan cornflakes ajer..sebab tu je yang ada kat rumah time tu..huhu..selalunya orang letak kismis..
  • Biarkan roti tu selama 30 minit supaya ianya kembang 
  • Panaskan oven selama 10 minit pastu bolehlah bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit
  • Sementara tunggu tu, bolehlah buat kuah atau sosnya..
  • Kacau semua bahan II dengan api yang sederhana
  • Bila dah sejuk, masukkan kuah tadi dalam peti ais..
  • Makan puding roti tadi dengan sos yang sejuk...barulah mantop..hihi.. 







Kurma dan cornflakes dijadikan topping..

See? jadi kembang semangkuk bila dalam oven..Penangan 3 biji telur tadi..hihi..

Hasilnya selepas dibakar...Kurma jadi hitam tapi still sedap..haha..

Jgn lupa makan bersama sos sejuk tadi yer..Selamat mencuba kawan kawan...



Actually, kami ambik resipi ni kat blog Cik Epal..Aku baru je mintak izin kat dia tadi nak share link ni kat korang..hihi..Tapi dia punya puding roti lagi gebu dan fluffy..Tak boleh lawan dia..Nampak pun dah tau sedap..Puding Roti Arjuna ni tak berapa nak gebu sebab dia terlupa nak biarkan 30minit sebelum masuk oven..hehe..Apapun rasanya tetap sedap dan mantop...Kira ok la sebab first time cuba kan? Tak gitu Abang? Kembang jugak la hidung suami aku sebab family dia puji SEDAP!...;)  Good Job Abang!



p/s : Sebenarnya suami aku buat puding roti ni sebab dah nak expired date esoknya..;)





Thursday, 16 August 2012

Turn Raya Kami

Assalamualaikum...





Last year Hari Raya ( 30/08/2011)   : My hubby's turn at Beranang

  • 2 hari sebelum raya baru nak gerak balik kampung ( petang baru sampai)
  • Hari raya ke 2 dah gerak balik kelantan



This Year Hari Raya ( 19/08/2012)   : My turn at Kelantan 

  • Khamis malam terus gerak balik..Jumaat pagi dah ada kat kampung..InsyaAllah..
  • Stay kampung sampai hari raya ke 4



Persoalannya?  

Aci tak?..hihi...




Friday, 13 July 2012

My Lunch Hour on Jumaat

Assalamualaikum...


Harini aku nak share dengan korang pasal aktiviti aku time lunch especially hari Jumaat..Mungkin tak samala kan dengan aktiviti korang...Mungkin time lunch ada yang ambil kesempatan pergi shopping mall, supermarket, tengok wayang, makan-makan ataupun lepak di ofis tidur sahaja..dan aku ada aktiviti aku sendiri di rumah..Masa rehat selama 2 jam (keje gomen lagi lama kan) aku lagi suka menghabiskan masa di rumah sahaja..Jom tengok!! zaaaaassssssssssss......................



1) Kadang2 aku balik masak..kadang2 tapau..kadang2 tak makan pun..



       (kalau adik aku ada kat rumah, dia yang masak)



2) Aku basuh baju then jemur..Takpun kalau aku jemur pagi, aku tinggal nak angkat je.. (sebab petang2 selalu hujan kan)


3) Aku akan mandi bila cuaca tersangat panas..memang segar!Then, baru solat..


4) Tengok tivi..(kalau hari Jumaat biasanya aku akan dengar khutbah..Takpun tengok drama)

5) Baring-baring dengan 'my baby' mucukk..;)



6) Aktiviti wajib yang paling syokk......zzzzzz....(masing-masing tidur kat port feveret)






p/s : Itu lah aktiviti aku time lunch hour pada hari Jumaat..Sekian terima kasih..~heeee.........



         


Friday, 15 June 2012

I Am 27 Years Old..

Assalamualaikum...




Syukran Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk aku bernafas di HARI LAHIRKU YANG KE 27 pada hari ini...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung lagi Maha Besar...








Banyak perkara aku telah lalui dan pelajari sepanjang hidup aku..Segala ujian dan pelbagai dugaan aku telah tempuhi..Perjalanan hidupku masih jauh dan banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik..Semoga Allah memberi aku peluang dan kesihatan yang baik untuk menjadi hambaNYA yang taat..




Ya Allah...


Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Ampunkanlah segala dosa suamiku..
Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku..
Jadikanlah aku hambaMu yang taat pada perintahMu..
Jadikanlah aku isteri dan anak yang solehah..
Kurniakanlah zuriat yang soleh untukku..
Bukakanlah pintu rezeki untukku..
Berikanlah aku kesihatan yang baik..
Jauhilah aku dari segala penyakit dan musibah..
Lindungilah aku dari godaan syaitan..
Berilah ketenangan jiwa untukku..
Kuatkanlah dan tetapkanlah iman aku..
Hidupkanlah aku dengan iman..
Matikanlah aku dengan iman..
Masukkanlah aku ke syurgaMu dengan iman..
Jauhilah aku dari seksa nerakaMu..
Berikanlah aku rahmat dan keredhaanMu...


Ameen Ya Rabbal Alamin...








p/s : Terima kasih kepada semua teman-teman yang 'wish' dan mendoakan kesejahteraan aku...Tak lupa kepada suami dan keluarga tercinta...Semoga Allah SWT mendengar doa kalian...Ameen....



Thursday, 7 June 2012

Suprise!

Assalamualaikum...




Aku just nak share something pasal birthday suami aku semalam..Korang pernah buat suprise tak?Aku rasa ni first time la aku buat suprise yang betul-betul menjadi..Sebelum ni apa yang aku buat mesti Abang dapat rasa..Intinct dia kuat katanya..Tapi kali ni dia tak dapat hidu..hehe..Ini menunjukkan istinct nya dah tak kuat kot..atau plan aku yang lagi hebat...;P


Kebetulan semalam (6/6/12), tarikh tutup tender MPKj tu..so,masa kelam kabut aku siapkan tender tu, tetiba aku terfikir something..........


'Aku belum bagi present untuk Abang'..(selalu pun mmg delay seminggu dua)..so, dah alang-alang Angah (despatch ofis) pegi hantar tender tu, aku pun mintak pertolongan die je la..Pertolongan apakah itu?..jeng...jeng..jeng...
-
-
-
-
-
-
-
-
Hantarkan 3 kuntum bunga ros pink, coklat dan kad birthday untuk Encik Arjunaizi Karyawan di Jabatan Kejuruteraan MPKj...(;



- birthday card yg simple -

3 kuntum bunga ros pink (gambar sebelum di 'wrap' kan)




Idea yang sangat bagus aku rasa untuk buat suprise..hehe..Dah dapat idea tu, aku terus berlari ke kedai florist yang tak jauh dari ofis aku..Ingat nak belikan kek, tapi motor Angah takde box la plak..kang terbalik kek tu tak memasal..lagipun kedai kek jauh plak..aku nak cepat..so,cancel je la..


-Vochelle Tiramisu jadi pilihanku- (Gambar from Google)


** Psstt....Ada orang cakap aku romantik buat macam ni..Tapi bagi aku la kan,romantik ni hanya sesuai digunakan untuk kaum lelaki atau suami je..Lagi romantik kalau suami yang buat suprise macam ni kat isteri kan?lagi rasa terharu dan disayangi..tapi tu la, susahnya lelaki nk berfikiran macam mana yang kaum wanita atau isteri fikir..(Dah lama aku teringin nak dapat bunga yang orang hantar kat ofis,tapi tak pernah dapat pun..Last2 aku yang buat kat laki aku...huhu..) 
(Kalau aku ni lelaki, aku lah pakwe atau suami yang paling romantik dalam dunia ni..konpom awek keliling pinggang..hahaha)

Tapi apa pun, bersyukurlah yer dengan suami-suami anda...Kita kena terima hakikat bahawasanya lelaki yang betul2 romantik hanya ada 40% je dalam dunia ni..Adakah suami-suami anda termasuk dalam peratus itu?hihi..
(hahaha..tetibe nak membebel pasal suami romantik plak)


Sambung cerita balik...;P


Bila Angah dah sampai MPKj, dia bagi 'suprise' tu kat budak yang jaga kaunter tender tu..then budak kaunter tu call Abang bgtau ada orang datang nak bagi barang...Abang ingatkan dorang tu main2 je..Bila tengok kad tu baru la dia percaya...Terkejut, terharu dan happy katanya aku buat suprise macam tu..Abang cakap aku pandai gunakan despatch..haha..Abang cakap, budak ofis dia suruh tanya aku berapa aku upah orang suruh hantar bunga tu..dorang nak buat camtu kat suami/isteri dorang...hehe...Upahnya??..F.O.C jer...


Abang cakap lagi, satu ofis gelakkan Angah..Nak tau kenapa??Sebabnya...........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
badan Angah macam ni......

 *ni bukan Angah*..hihi..(Gambar from Google)

tapi HANTAR BUNGA...hihi..MACHO tapi MAT BUNGA...
(sian Angah..dia pulak yang kena)
* Tapi Angah memang ahli bina badan pun..tak sesuai jadi despatch..hihi..*



p/s : Planning last minute...Banyak gambar tak sempat nak amek..Tapi yang penting aku PUAS HATI sebab SUPRISE aku MENJADIKK!!

Tuesday, 5 June 2012

Entri Untuk Abang..


Assalamualaikum...







Buat semua yang bergelar perokok..termasuk Abang :)

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn 
BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap 
ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....

(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ÚªÛ’  ..hidup lebih sihat tanpa merokok.



p/s: Abang, please stop smoking if you love me..

Monday, 4 June 2012

B.U.L.A.N K.A.M.I

Assalamualaikum...






Bila dah masuk bulan JUN ni, terasa macam tak cukup masa, tak cukup tenaga dan semestinya tak cukup ongkos..Banyak perkara yang perlu di selesaikan..Dan yang paling penting, bulan JUN ialah BULAN KELAHIRAN KAMI..


Tapi bulan JUN jugak bulan yang bizi bagi kami berdua..Sana sini ada kenduri kawen..Boring nokk asik makan nasik minyak je..huhu..Cer tengok aktiviti aku kat bawah ni...




Aktiviti KAMI


01/06/2012 (Friday)            Aku halfday sebab adik ipar NIKAH @ Bahau
02/06/2012 (Saturday)         Majlis Resepsi
03/06/2012 (Sunday)           Majlis Sambut Menantu @ Sungai Besi (kawan abah)
05/06/2012 (Tuesday)         Jumpa Shura @ Cheras (nak bagi kad kawen katanya)
08/06/2012 (Friday)            Apply cuti sebab nak tolong2 untuk kenduri
09/06/2012 ( Saturday)        Majlis sambut menantu @ Beranang
10/06/2012 (Sunday)           Hantar abah @ Bus Station Kajang
16/06/2012 ( Saturday)        Kenduri doa selamat (Pakcik naik rumah baru @ Bangi)
17/06/2012 (Sunday)           Setakat ni free
23/06/201 (Saturday)           Wedding Shura @ Gombak
24/06/2012 (Sunday)            Free kot
30/06/2012 ( Saturday)         Wedding ex-scandal..haha..(tapi takde hati nak pegi..sorry)




Birthday KAMI


06/06/2012 - Besday ABANG
08/06/2012 - Besday ABAH
10/06/2012 - Tarikh Lahir arwah ABEJA..Al-Fatihah;'(
14/06/2012 - Besday KAK IZAN (kakak ipar)
15/06/2012 - Besday AKU
20/06/2012 - Tarikh Lahir arwah ALI (sepupu)..Al-Fatihah;'(




** ..ada dalam 7,8 orang lagi sedara mara yang sambut besday bulan JUN tapi aku lupa..ramai kan??Bulan JUN sememangnya BULAN KELAHIRAN bagi KAMI sekeluarga..;)**






p/s : Tengah pikir nak bagi hadiah apa kat suami terCINTA...;)

Tuesday, 27 March 2012

Menyesal Tak Belajar Menjahit



Assalamualaikum...

Actually aku memang tak pandai langsung jahit baju..Apa punya pompuan la aku ni kan...Dah la tak pandai dah tu tak nak belajar..Bila baju koyak, butang tercabut mula la menggelabah nak kena jahit..tak kan nak hantar kedai setakat nak jahit sikit2 tu..malu lorr...Ada dua helai kemeja Abang yang butangnya tercabut..Adoyai...kenapa la senang sangat butang tu nak tanggal...Nak tak nak aku la kena jahit...

Nampak tak butang tu tanggal?sabor je la..kemeja putih tu aku tau la sbb apa tercabut..kemeja purple tu ntah kenapa..


Berpeluh-peluh aku jahit butang tu..rasa menyesal tetiba menebal sebab tak belajar jahit betul2 time kemahiran hidup form 3 dulu..hihi..Apa boleh buat...Kalau dah tak minat tu memang tak boleh nak paksa2..Satu2nya perkara yang aku memang malas nak belajar even benda tu agak penting..*penting ke?* penting bila ada kes camni...;)


cer tengok apa dah jadi..hahaha...serabai giler kot aku jahit...baju purple pun pakai benang putih..hihi..sori ye Abang..;)


JOM KITA TENGOK HASILNYA........
-
-
-
-

ok je kan aku jahit?cer teka yang mana satu jahitan aku?hihi...


p/s: Rasa macam nak belajar menjahit la pulok...hihi...

Wednesday, 25 January 2012

Nasi Goreng Abang

Assalamualaikum...

Malam ni aku rasa malas nk masak...so, suamiku la yg jd mangsa..die offer nk masak nasik goreng..aku apa lg..setuju je la sbb tgh malas kn..untung jgk aku sbb abg pndai n rajin nk masak..hehe...ini la hasilnya...




                                               sepinggan utk aku dan sepinggan utk nya...




npk mnyelerakan bukan?mmg sedap tp pedas gilo..hehe..


p/s: abg,len kali masak lg tau..tp kena kurangkan pedas tu..;)...anyway, tq for the nasik goreng abg..