Friday 24 February 2012

Kematian Pasti Akan Tiba

Assalamualaikum....




Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai oleh hawa nafsu dan hidup dibelenggu dengan perbuatan maksiat amat sikit bahkan mungkin juga sama sekali tidak mengingati bahawa malaikat maut pasti akan datang membawa perintah Allah S.W.T untuk meragut nyawanya. 


Ketahuilah bahawa kematian pasti akan tiba terhadap seluruh umat manusia tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan dalam masyarakat, kekayaan harta benda mahupun golongan yang dilihat gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri dari menghadapi maut. Apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.



Firman Allah S.W.T.: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185 

Firman Allah S.W.T.: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8


"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)". – Nuh (71) : 4



Menyedari bahawa mengingati kematian ini dapat membawa nilai-nilai yang positif terhadap setiap insan maka terdapat banyak dalil yang menganjurkan manusia agar selalu ingat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4248



…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, hadis no: 976.





p/s: Selagi aku ada kesempatan, setiap hari Jumaat aku akan menziarah kubur Abeja...

Miss Abeja

Assalamualaikum...




Salam Jumaat...Sebak setiap kali tgk gambar Abeja...Air mata pasti mengalir bila teringatkan Abeja..Ya Allah betapa aku merinduinya Kau saja yg tahu...Begitu cepat Abeja tinggalkan kami semua..Sekelip mata kami kehilangannya..Namun kami semua redha dgn ketentuanMu Ya Allah...Semoga Abeja tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh..


Abeja tetap ada dalam hati kami sampai bila-bila....Kami semua rindukan Abeja;'(



Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185



Monday 20 February 2012

Perhiasan Wanita


Assalamualaikum.....







Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]



Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]
Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R. Muslim)


P/s : Peringatan untuk diri sendiri dan semua wanita di luar sana...Semoga kita semua berubah ke arah yg lebih baik..Amin...

Tuesday 14 February 2012

Percutian Yang Tidak Dirancang Part III

Assalamualaikum...


Pekan Lumut..


Seperti yg dijanjikan aku nk smbung entri aku yg sebelom ni...agak bz lately sbb nk setelkan byk bnda terutama kedai baruku...Lagi Pulak ma n abah ada kt umah..so,kena buat kerja apa yg patut..hehe..


Ok,4 the next entry aku nk cite pasal Pekan Lumut.....




Sampainya di Pekan Lumut pada pukul 8.00 malam, kami terus cari hotel untuk merehatkan badan dan bontot yg dh kebas akibat berjam2 duduk di seat kereta..rasa dh xlarat nk jalan2 kt Lumut ni..So,kami pusing 1 pekan nk cari hotel yg murah dan selesa...Agak susah nk check in sbb kami pergi time peak season..so,ramai yg dh booking hotel awal2..Cari punya cari kami dapat hotel yg paling murah dan selesa..Cuma RM60.00 je utk 1 malam..Tapi nama hotel ni aku dh lupa..hehe..kalo aku ingat nti aku update..


Lepas je check in kami terus merebahkan badan kami di katil yg xberapa nk empuk tu..Bila dh lepak2 dlm bilik dh mula terasa malas nk keluar jalan2..alangkah ruginya bila kita pegi holiday tapi hanya terperap dlm bilik hotel je..apa boleh buat,..penat mengatasi segalanya..;)


Lepas rehat n mandi, abang pegi beli makanan utk dinner..Abg beli nasik n paprik utk sorang mkn je sbb aku just nk share..xbrapa nk ada selera sbb kepala aku tersgt pning time tu..lpas mkn n makan ubat kami terus tdo lena dibuai mimpi...;)


Jom kite layan gambar2 di Pekan Lumut...




Aku jadi rambang mata bila masuk kedai ni..;)



 Salah seorang peniaga yg sedang mengopek ikan bilis..Ikan bilis kt lumut mmg segar2 xmcm kt KL..;)


Kat sini la kami park keta..Murah je..0.30 sen je utk 1 jam..Kami kena RM2.70 je..

 Ni terminal jeti utk ke Pulau Pangkor..


Deretan kedai yg byk menjual hasil2 laut..Kena pandai pilih kedai yg murah..


p/s: Best jgk Pekan Lumut ni...Kalau ada rezeki nk pegi lagi beli sotong kering byk2..;)


Next Entry...Pulau Pangkor..

Wednesday 8 February 2012

Salam Maulidur Rasul...

 Assalamualaikum...






Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh dunia...Marilah kita menambahkan kecintaan pada Rasullullah SAW dengan mengamalkan segala sunnahnya..


7 SUNNAH RASULULLAH SAW


1. Tahajjud.. Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari..Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknyamembaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid...Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha..Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari...Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus...Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat...Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah




LAIN2 SUNNAH RASULULLAH SAW


1) Berenang
Kenapa Rasulullah anjurkan supaya kita belajar berenang?Sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya..Antaranya ialah:
    -Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
    -Melatih pernafasan
    -Membentuk otot
    -Membakar kalori lebih banyak

    -Menghilangkan stres.


    -Self safety








Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Memanah
Kebaikannya ialah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.





Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

3) Menunggang Kuda



Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)


p/s: marilah sama2 kita amalkan sunnah Rasullullah SAW utk mendapat keberkatan dariNYA..Banyak lagi sunnah2 yg bleh kita jadikan amalan dan ikutan..kita jmpe next entri..

Thursday 2 February 2012

Tahukah Anda??

Assalamualaikum...




Tahukah Anda??


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Jom kita sama2 baca apa yg aku nk share kt sini..Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada diri aku sendiri sendiri. huhu..
Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH. 




1) Tahukah anda Allah TIDAK SUKA orang yg sengaja melewat2kan solat..Melainkan tertidur..


2) Tahukah anda kita diharuskan memakai selipar di dalam tandas kerana bimbang ada sisa2 najis dibawa keluar dan mengotori seluruh kawasan rumah..


3) Tahukah anda bahawasanya makruh kita makan atau minum di dalam bekas yg sumbing kerana ia membahayakan.



4) Tahukah anda kita dilarang dan makruh membiarkan pinggan yg telah digunakan  tidak   berbasuh.Ini kerana akan mewarisi kepapaan.


5) Tahukan anda sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jadi 
Jangan bakhil untuk bersedekah.






6) Tahukan anda kita dilarang banyak ketawa kerana nanti mati jiwa. 



7) Tahukah anda kenapa kita ditegah tidur selepas solat Subuh? nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 




8) Tahukah anda makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan rezeki kita di kongsi syaitan. 


9) Tahukah anda jika kita  biasakan berbohong, kita adalah ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 






10) Tahukan anda kenapa kita dilarang menganiaya manusia atau haiwan? Sesungguhnya doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 




Oleh itu marilah kita sama2 mengubah diri kita...Jangan terlalu memikirkan urusan di dunia tanpa memikirkan urusan Akhirat yang lebih kekal dan lama..



p/s : Renung2kan dan selamat beramal...;)