Assalamualaikum....
Manusia yang tenggelam
dalam kemewahan dunia, dikuasai oleh hawa nafsu dan hidup dibelenggu dengan
perbuatan maksiat amat sikit bahkan mungkin juga sama sekali tidak mengingati
bahawa malaikat maut pasti akan datang membawa perintah Allah S.W.T untuk
meragut nyawanya.
Ketahuilah bahawa kematian
pasti akan tiba terhadap seluruh umat manusia tanpa mengenal erti bangsa,
kedudukan dalam masyarakat, kekayaan harta benda mahupun golongan yang dilihat
gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri dari menghadapi
maut. Apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak
akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Firman Allah S.W.T.:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan
dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185
Firman Allah S.W.T.:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri
daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan
kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ".
- Al-Jumu’ah (62) : 8
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu,
dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang
tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal
(yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat
ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera
beriman)". – Nuh (71) : 4
Menyedari bahawa mengingati
kematian ini dapat membawa nilai-nilai yang positif terhadap setiap insan maka
terdapat banyak dalil yang menganjurkan manusia agar selalu ingat bahawa
kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian – Hadis riwayat
Imam Ibnu Majah, no: 4248
…maka berziarah kuburlah
kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam
Muslim, hadis no: 976.
p/s: Selagi aku ada kesempatan, setiap hari Jumaat aku akan menziarah kubur Abeja...
No comments:
Post a Comment