Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh dunia...Marilah kita menambahkan kecintaan pada Rasullullah SAW dengan mengamalkan segala sunnahnya..
7 SUNNAH RASULULLAH SAW
1. Tahajjud.. Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari..Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknyamembaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid...Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha..Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari...Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus...Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat...Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah
LAIN2 SUNNAH RASULULLAH SAW
1) Berenang
Kenapa Rasulullah anjurkan supaya kita belajar berenang?Sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya..Antaranya ialah:
-Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
-Melatih pernafasan
-Membentuk otot
-Membakar kalori lebih banyak
-Menghilangkan stres.
-Self safety
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Memanah
Kebaikannya ialah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
3) Menunggang Kuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
p/s: marilah sama2 kita amalkan sunnah Rasullullah SAW utk mendapat keberkatan dariNYA..Banyak lagi sunnah2 yg bleh kita jadikan amalan dan ikutan..kita jmpe next entri..
No comments:
Post a Comment