Friday, 15 June 2012

I Am 27 Years Old..

Assalamualaikum...




Syukran Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk aku bernafas di HARI LAHIRKU YANG KE 27 pada hari ini...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung lagi Maha Besar...








Banyak perkara aku telah lalui dan pelajari sepanjang hidup aku..Segala ujian dan pelbagai dugaan aku telah tempuhi..Perjalanan hidupku masih jauh dan banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik..Semoga Allah memberi aku peluang dan kesihatan yang baik untuk menjadi hambaNYA yang taat..




Ya Allah...


Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Ampunkanlah segala dosa suamiku..
Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku..
Jadikanlah aku hambaMu yang taat pada perintahMu..
Jadikanlah aku isteri dan anak yang solehah..
Kurniakanlah zuriat yang soleh untukku..
Bukakanlah pintu rezeki untukku..
Berikanlah aku kesihatan yang baik..
Jauhilah aku dari segala penyakit dan musibah..
Lindungilah aku dari godaan syaitan..
Berilah ketenangan jiwa untukku..
Kuatkanlah dan tetapkanlah iman aku..
Hidupkanlah aku dengan iman..
Matikanlah aku dengan iman..
Masukkanlah aku ke syurgaMu dengan iman..
Jauhilah aku dari seksa nerakaMu..
Berikanlah aku rahmat dan keredhaanMu...


Ameen Ya Rabbal Alamin...








p/s : Terima kasih kepada semua teman-teman yang 'wish' dan mendoakan kesejahteraan aku...Tak lupa kepada suami dan keluarga tercinta...Semoga Allah SWT mendengar doa kalian...Ameen....



3 comments: