Ramadhan lepas (tak ingat Ramadhan ke berapa) kami suami isteri sibuk menyediakan juadah untuk berbuka..Minggu tu kami bercadang nak balik berbuka di Beranang (kampung suami)..So, kami decide nak masak sesuatu untuk berbuka kat sana nanti..(bajet nak jadi anak dan menantu yang baik..kena pandai bodek..hihi..)
Kami bersetuju nak buat Puding Roti Arjuna dan Laksam Anna Alaui..hehehe...Now, aku nak kasik tunjuk Puding Roti yang suami aku buat dulu..Next entry baru aku share resipi laksam aku tu...*Tak sangka suami aku pandai buat puding roti*
Bahan I
- Ofkos la roti 1 bungkus (roti apa pun boleh..nak sedap guna roti butterscotch)
- Planta
- 3 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar tepung jagung
- Susu full cream (300ml)
- Whipping cream (300ml)
Bahan II (Untuk sos/kuah)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- Buang kerak atau kulit roti.Sapukan planta dibahagian depan dan belakang roti..Susun di dalam loyang mengikut citarasa..;)
- Pukul telur, gula, esen vanila dan tepung jagung hingga adunan sebati
- Sukat susu full cream dan whipping cream dan masukkan kedalam bancuhan di atas.
- Jiruskan semua bahan tadi di dalam loyang yang berisi roti tadi
- Untuk topping suka hati korang la nak letak apa..Suami aku tabur kurma dan cornflakes ajer..sebab tu je yang ada kat rumah time tu..huhu..selalunya orang letak kismis..
- Biarkan roti tu selama 30 minit supaya ianya kembang
- Panaskan oven selama 10 minit pastu bolehlah bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit
- Sementara tunggu tu, bolehlah buat kuah atau sosnya..
- Kacau semua bahan II dengan api yang sederhana
- Bila dah sejuk, masukkan kuah tadi dalam peti ais..
- Makan puding roti tadi dengan sos yang sejuk...barulah mantop..hihi..
Kurma dan cornflakes dijadikan topping..
See? jadi kembang semangkuk bila dalam oven..Penangan 3 biji telur tadi..hihi..
Hasilnya selepas dibakar...Kurma jadi hitam tapi still sedap..haha..
Jgn lupa makan bersama sos sejuk tadi yer..Selamat mencuba kawan kawan...
Actually, kami ambik resipi ni kat blog Cik Epal..Aku baru je mintak izin kat dia tadi nak share link ni kat korang..hihi..Tapi dia punya puding roti lagi gebu dan fluffy..Tak boleh lawan dia..Nampak pun dah tau sedap..Puding Roti Arjuna ni tak berapa nak gebu sebab dia terlupa nak biarkan 30minit sebelum masuk oven..hehe..Apapun rasanya tetap sedap dan mantop...Kira ok la sebab first time cuba kan? Tak gitu Abang? Kembang jugak la hidung suami aku sebab family dia puji SEDAP!...;) Good Job Abang!
p/s : Sebenarnya suami aku buat puding roti ni sebab dah nak expired date esoknya..;)
nampak sedapppppp.. tq share resepi tu...
ReplyDeletedap..dap...
ReplyDeleterajinnn nye incik arjuna hehe. tenkiu share, nnti kalau rajin leh try ;)
ReplyDeleteAku peminat puding roti! Tapi sebab ape aku tak pernah buat?? Sebabnya aku takde oven! HAHAHAHAHHAH
ReplyDelete*nak kenyit mata kat andi suh beli oven lahhhhhh*
mari follow sy kak...kongsi cerita,,:)
ReplyDeletehttp://akupaie.blogspot.com/