Thursday, 18 October 2012

Langkawi Day 2 (Cable Car Langkawi)

Assalamualaikum....


Lepas selesai aku buat parasailing, kami bersiap siap untuk ke Cable Car pulak..Dari Sandy Beach Resort ke Jalan Telaga Tujuh tu ambil masa dalam 15 minit jugak..The base station cable car ni kat Gunung Machincang..Semua orang kena naik kat sini..Cable Car Langkawi ni tempat wajib bila datang Langkawi..Rugi sangat kalau tak sampai sini..;) 


Ramai jugak yang beratur nak naik time tu..Kami tunggu lebih kurang 15 minit jugak..satu cable car tu boleh muat maksimum enam orang..so, kami naik bersama dua pasangan lagi..



Second time aku naik ni..1st time masa tahun 2004


Harga 1 Malaysia - Untuk yang ada Mykad/Mykid dapat half price..Senang citer Malaysian je dapat special price tu..:)




Nampak tak waterfall tu?


View dari dalam cable car 1


View dari dalam cable car 2




Dalam cable car tu, kita dapat tengok pelbagai flora dan fauna serta geologi Gunung Machincang yang dah lama terbentuk sejak 450 juta tahun dulu dari dekat  (aku baca sejarah tau) ..Subhanallah..Sangat sangat menakjubkan..

Cable car ni akan berhenti di middle station dan kita boleh berjalan di platform untuk bergambar dan menikmati keindahan panorama sekitar Langkawi dari atas..Jarak dari base station ke middle station ialah 1700 meter..jauh kan? dan ketinggiannya pula ialah 650meter dari aras laut..Tingginya...gayattt!!!






Me at middle station..Nampak yang atas tu? one more station....


Dah puas kami bergambar di middle station, kami ke stesen paling tinggi iaitu Top Station..Kat sini kita boleh nampak dengan jelas 360 darjah pemandangan Pulau Langkawi dan Selatan Thailand..boleh nampak puncak terpencil, pulau, dan sesetengah gua..Monumen semulajadi macam ni susah kita nak tengok kecuali kat sini je..Rasa best dan tenang sangat...

Psst..psst..Kat top station ni ada stall burger tau..Sebijik burger RM6.50..Mahal ke murah korang rasa? bagi aku tak mahal tak murah sebab bukan senang nak buat naik stok burger dengan cable car..:P


** Jangan boring yer tengok gambar kami...Kami memang hantu posing..;-P




ketinggian di Top Station














Pose wajib! hahaha cam bagus jerk!




sempat lagi jadi fotographer seksi yer bang..hihi..


eh, macam malam la pulok..btw, ni effect camera setting..:)


i like this picture very much..like burung tu sekali..tq the cute burung..;)



Time untuk turun...Memang gayat sangat..rasa kecut perut..:P


ni berlakon je lebih..hahaha..


haa ni betul betul takut...hihi..



p/s : Suami aku cakap lepas ni dah taknak naik cable car kat Langkawi dah..:P




Next Entry : Lepak di D' Grill Restaurant





4 comments:

  1. Andi masa naik pun pakai cermin mata hitam nak cover takut! HAHHAHAHHAA.. Aku rileks jee... ;p

    ReplyDelete
  2. eeee akak tgok terus kaki merenyam2 *geng2 gayat.

    ReplyDelete
  3. Eida : hahaha..kebanyakkan org laki mmg gayat..:)

    Baby sokmo : boleh geng dgn suami sy la kak..hihi..

    ReplyDelete
  4. wey juna sama cam aku...
    klo dtg langkawi lg xmo nek kabel car dh...
    zakri geng ko la na rileks je..
    aku spnjg nek ats tu mmg kecut perut...
    tobat xnk nek dh...
    hahahaha

    ReplyDelete