Sunday 5 May 2013

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Assalamualaikum...



Tik tok tik tok...

Rasanya semua orang tak sabar untuk keluar mengundi Ahad ni termasuk aku...lagi lagi ni my first time election...memang sangat sangat teruja...Buatlah pilihan yang bijak dan tepat..Masa depan generasi anda ada di tangan anda sendiri... Selamat mengundi semua!...Undi anda adalah rahsia...hehehe...











Jom baca artikel kat bawah ni...



Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah At-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,


"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."


Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."


"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"]





p/s : Ini kalilah! eh, bukan lagi rahsia.....:P





10 comments:

  1. Selamat mengundi ya... :D Dulu akk 1st time ngundi excited gler..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak mmg excited sgt...sy 1st time..:)

      Delete
  2. "Undi anda adalah rahsia" sokmo orang kate gitu, tapi dah terang2 kita boleh tahu die undi ape. muahhahhhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..org saja je tu..saje nk kasik tau..:P

      Delete
  3. Ko undi mana na?balik kelantan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku undi kt dun bdr tun razak..ikut ic lama..

      Delete
  4. adik akak selalu tanya akak undi ape..budak2 sekarang pon dah pandai kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tau xpe..bdk2 pn dh tau apa tu PRU..dulu sy xtau apa2 pn..

      Delete
  5. nory undiii "teettttt"...eh mana boleh bagi taw...hikhikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala bg tau la nory...PRU kn dh lepas :P

      Delete