Friday, 20 January 2012

20.01.2012 Genap Setahun ;'(

Assalamualaikum...


Cuaca pagi ni seakan mengerti perasaanku...Mendung dan hujan yg lebat di awal pagi Jumaat..Begitu jugalah perasaanku..Sedih dan pilu mengenangkan satu2nya abang yg aku ada di muka bumi ini..Tapi kini telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya...;'(..Betapa aku merinduinya Allah saja yg mengetahui..


Sungguh ku xsangka Abeja pergi meninggalkan kami secepat ini..Sewaktu kami semua masih memerlukan belaian dan kasih sygnya sbgai seorang abg dan kasih syg seorang anak..Sumpah, aku belum puas untuk bermanja dengannya..Kenapa Allah ambil abang aku secepat ini?Aku sgt sayangkan nya.Aku amat memerlukannya di saat ini.. Tetapi aku juga lupa bahawasanya Allah juga lebih menyayanginya..Aku redha Ya Allah...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui..


Ya, kehilangan itu amat menyakitkan..amat menyedihkan..Aku pernah melalui dan sedang melaluinya skrg ini..Allah telah mengambil saudara kandungku dan darah dagingku..Sudah pasti aku dan keluargaku merasakan kehilangan yg cukup besar..Namun, kami redha dan pcaya dengan janji Allah..Ya Allah ampunkan kami kerana kami masih bersedih...;'(




Masa berganti masa, hari berganti hari...Harini 20 Januari 2012 genap setahun Abeja pergi mengadap Ilahi..Namun aku masih merasakan baru semalam Abeja pergi..Sedih dan luka dihati belum pulih sepenuhnya..Sesungguhnya tiada ubat atau penawar selain berdoa dan bersedekah utknya..Aku sememangnya takut utk bertemu dgn tarikh ini..Byk persoalan yg timbul dlm fikiranku..Adakah aku masih bersedih?Adakah aku sudah redha dgn pemergiannya?adakah aku sudah melupakan perkara yg amat mnyedihkan itu?atau adakah aku belum boleh menerimanya?Apa pun soalannya, aku harus akur bahawa masanya akan tiba..


Ya Allah, terima kasih kerana kuatkan iman aku sebagai seorang Muslim...Aku tidak dapat bayangkan kalau iman aku tidak sekuat skrg..Aku masih ada ahli keluargaku yg lain..Abah, Ma, K.ayu dan Ain..Aku masih ada suami yg sgt penyayang dan sgt memahami..dan yg paling penting aku masih ada Allah SWT..Bagi aku, Abeja adalah pinjaman sementara yg paling berharga dlm hidup aku yg diberikan olehNYA...Bila tiba masanya, 'pinjaman' itu akan 'diambil' oleh yang Maha Berkuasa...Aku redha Ya Allah..Aku redha...;'(




Aku sentiasa doakan ketenangan dan kejahteraan Abeja di sana..Semoga Abeja ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan bersama para solihin..Ya Allah ya tuhanku, Kau perkenankanlah doa kami semua ya Allah.."Kau ampunkanlah segala dosa2 Abeja semasa di dunia Ya Allah..Kau berkati dan halalkan lah segala rezekinya Ya Allah, Kau terimalah segala ibadah dan segala kebaikannya semasa dia hidup  Ya Allah, Kau kurangkanlah azab kubur utknya Ya Allah, Kau permudahkanlah titian sirat kpdnya kelak Ya Allah..Kau masukkanlah Abeja ke dalam syurgaMu Ya Allah..Sudilah kiranya Engkau temukan kami kembali di Akhirat kelak Ya Allah.."...Makbulkan lah doa kami ini Ya Allah...Sesungguhnya Kau lah Yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani..




Firman Allah S.W.T.: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185




p/s: Ana syg Abeja...Abeja tiada pengganti...




                                                             -Aku sayang mereka-

No comments:

Post a Comment