Wednesday, 25 January 2012

Khasiat Madu...

Assalamualaikum...




Actually aku baru je blaja2 mnum madu ni.. dh lama nk amalkan tp baru skrg dpt buat..tu pn sbb yg 'satu' tu..selain tu aku mmg nk ikut sunnah Nabi..Nabi Muhammad mmg suka minum madu..so,apa salahnya kita ikut sunnahnya kn?xrugi pn malah kita dapat pahala..bila aku dapat tau khasiat madu ni terus aku ajak abang pegi beli...Ikhtiar Madu ni aku jmpe dlm fb...aku berminat nk beli madu ni sbb madu ni madu tualang asli yg dh dbcakan dgn ayat suci al quran..Apapun kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar...selebihnya kita serahkan kpd Yg Maha Esa...



Banyak khasiat minum madu ni..kalau nk cerita kt sini mmg pjg lebar..so, kita ke Ikhtiar Madu...
Aku suka sgt baca khasiat meminum madu ni..Tapi mcm aku ckp td la..Kita hanya mampu ikhtiar..Apapun kita kena yakin bahawasanya madu ni adalah ubat segala penyakit..


Madu Menurut Al-Quran dan Hadith

1).....Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia....(Surah An-Nahl Ayat :69)


2)... "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."  ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)


3).. "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


4)..Adalah minuman yang paling digemari oleh  Rasullullah adalah madu..
     (Hadis Riwayat Bukhari)


5)..Hadits sahih Rasulullah S.A.W yang mengungkapkan madu sebagai ubat adalah sebagai berikut: Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. 




6)..Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Nikmat yang pertama-tama kali akan  diangkat dari bumi ialah madu"
( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)


7)..Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muahammad s.a.w.  katanya: " Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t. sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah" (Dinukilkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).


8)..Ibnu Juraih berkata," Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan)."


9.)..Ibnu sina menjelaskan, "Sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan".


10)..Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara     disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.




p/s ; InsyaAllah aku akan amalkan meminum madu setiap pg...xnk ter'miss' lg..;)

2 comments:

  1. Walaupun pos ni dah lama dah, 2012 lg.. tp nak bgtw yg madu xboleh diambil menggunakan sudu besi. Kalau saudari masih ambil madu ni, gunakan sudu plastik/kayu ye*..

    ReplyDelete
  2. trima kasih atas nasihat...skrg mmg sy pkai susu plastik...dulu sy xtau...:)

    ReplyDelete