Assalamualaikum...
Aku dah mula konfius pasal pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ni..Macam-macam fatwa dah keluar pasal hukum pelaburannya..Kejap kata harus kejap kata haram..Yang mana satu betul pun aku tak pasti..Baru-baru ni bos kecik aku ada email satu artikel yang mengatakan hukum pelaburan ASB adalah haram...Cer baca artikel kat bawah ni:-
Assalamualaikum. Wmt. Wbt.
Untuk makluman anda, Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 yang bersidang pada 21 April 2011 telah
membincangkan berkenaan status Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham
Bumiputera (ASB) seperti berikut:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat
dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8
Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham
Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak
halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
a.Skim
Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
secara jelas terlibat dalam aktiviti
pelaburan yang bercampur-campur antara
patuh syariah dan tidak patuh syariah
sebahagian besarnya adalah daripada
sektor kewangan konvensional. Ini
berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi
daripada Ibnu Mas’ud:
ما
اجتمع الحلال والحرام الاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang
haram, melainkan mengalahkan yang haram
atas yang halal.”
b. Skim
Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB)
diklasifikasikan sebagai dana unit amanah
tidak patuh syariah oleh Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
kerana terlibat dalam pelaburan tidak
lulus syariah iaitu pelaburan dalam
kaunter perbankan konvensional ber-
teraskan faedah melalui Maybank dan
pasaran wang.
c.
Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak ber-
tepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang
berubah-ubah ini men-
yukarkan pelabur untuk membuat pembersihan
terhadap hasil dividen.
Bagi mendapatkan keputusan berkenaan fatwa tersebut
bolehlah layari laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti berikut: (www.muftiselangor.gov.my)
Bagi keputusan di atas hanya termaktub di dalam Negeri
Selangor sahaja dan tidak melibatkan negeri-negeri lain adalah termaktub di
bawah negeri itu sendiri untuk memutuskan berkenaan kedudukan ASN dan ASB
tersebut.
Wallahu
Ta’ala A’lam
Sekian,
terima kasih.
Macam dah konfem je hukumnya haram..tapi bila aku baca kat sini dan sini, aku dah mula konfius..Apakah hukum yang sebenarnya??Perlukah aku menutup akaun ASB aku atau teruskan melabur di situ??Aku dah jadi was-was..So,keputusannya apa???
More info : pakdi.net & chulax12.blogspot
Aku pernah baca gak pasal ni.. Pastu aku cakap kat mak aku nak close acc ASB... Then mak aku cakap
ReplyDelete"Simpan duit kerana ALLAH, pikir itu je... Yang lain takyah pikir.."
Terus aku tak jadik close.. Sebabnya, ikut mak aku cakap tu la... Kalau kita simpan duit cara apa sekalipun, dengan niat simpan untuk kebaikan, bukan untuk buat jahat ke apa ke... InsyaALLAH terpelihara kita dari semua semua yang haram tu.... =)
anna,
ReplyDeleteyani pun mula2 ragu2 pasal isu halal haram pelaburan simpanan ASB ni.
so, bila fikir2 dan bila dah rujuk dua tiga artikel mengenai hukum melabur dlm ASB, yani simpan duit kwsp pada 2 sumber; satu pd tabung haji untuk urusan gi haji, satu lagi pd ASB untuk tujuan pelaburan dan tak dicampur dengan duit tabung haji.
betul kata ieda tu, semua bergantung pd niat kita. kalau niat dan tujuan kita baik, insyaAllah tak de masalah.
hukum menyimpan dalam asb adalah harus...
ReplyDeletekalau namanya adalah harus...maka ia lebih menjerumus kepada haram
terpulang kepada individu masing2...
sebelum ni aku ada menyimpan jugak dalam asb...tapi sekarang aku nak keluarkan sebab aku ada rasa was2...maka lebih elok kalau dikeluarkan sahaja....
hukum menyimpan dalam asb adalah harus...
ReplyDeletekalau namanya adalah harus...maka ia lebih menjerumus kepada haram
terpulang kepada individu masing2...
sebelum ni aku ada menyimpan jugak dalam asb...tapi sekarang aku nak keluarkan sebab aku ada rasa was2...maka lebih elok kalau dikeluarkan sahaja....
Harus maksudnya buat tak dapat apa.tinggal pn tak dapat apa..tp tinggal lebih baik.....
ReplyDeletebenda ni sebab ekonomi sekrang dipenuhi riba. even perbankan islam pun ada riba kerana bayar lebih dalam hutang kepada bank. tunjukkan kepada saya pembiayaan islamik yang tiada lebihan atau %. saya tak labur UT sebab syarikat induk adalah dari riba. contoh public bank dan cimb. jadi dah jadi gharar dan syubhah.
ReplyDelete