Kita sambung cerita.........
Bila dah konfem furniture set tu, kami pun membayar deposit sebanyak RM600.00...Dorang ambik masa sebulan nak uruskan pasal delivery tu...Mak aihh lama betul..Ada masalah kat kilang katanya..Layan je la labu..
After 1 month.........
Kami dah dapat furniture tu..Lama giler kot kami tunggu.Tapi sebaik bukan nak guna cepat..Abang terpaksa 'ngular' balik kampung jap..(pagi pegi ofis just thumbprint pastu hilang..petang dtg thumbprint n terus balik umah..hehe...jahat tau) Cuti tak diluluskan terpaksalah buat macam tu..ye dakk?..;p..Orang perabot ni pun satu hal, janji hari sabtu tapi delay ke hari isnin..Memang tak la kan nak mintak cuti..
* Kali ni servisnya kurang bagus..tapi takpela ,asalkan murah! Jimat tu penting!*
pekerja perabot tu tengah pasang almari dan katil
- kedudukan almari dan dressing table (1) -
*kalau macam ni dah sama macam bilik kat rumah aku..bosan!nak kan kelainan*
- kedudukan almari dan dressing table (1) -
*macam ni ok kot..nak bukak almari pun lepas*
Korang rasa ok tak?;)
- kedudukan katil -
sebelah kanan katil tu nak letak apa yer?any idea??
*abaikan langsir biru tu*
Sedikit Info Yang Perlu Anda Tahu:
- Anda perlu ketahui bahawa setiap bilik perlukan titik tumpu begitu juga bilik tidur. Untuk bilik tidur katil adalah titik tumpu. Untuk bilik yang luas letakkan katil di tengah-tengah
- Letakkan katil supaya ia tidak menghalang pintu masuk, almari atau bilik mandi.
- Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik. Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih katil bujang daripada katil saiz besar atau ‘king size’
- Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu saja meja sisi dan sebelah lagi letakkan lampu lantai.
- Jika ruang bilik anda tidak bersegi empat sama sisi atau mempunyai dinding yang panjang, gunakan almari pakaian pasang siap ‘built-in’ tinggi hingga siling bilik. Ini memberikan lebih ruang penyimpanan.
- Buang perabot atau aksesori dekorasi yang tidak membantu anda mendapatkan ruang yang nampak kemas, luas dan teratur.
- Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
- Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.
- Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.
- Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar.
Sumber : SINI
p/s: Banyak lagi penambahan deco2 eric leong yang kena buat!!...;P
aku tgk bilik ko dh mcm puding castard...mybe sbb effect aku puasa kot.
ReplyDelete*sila rply komen ini*hahaha
ReplyDeletehahahahaha...ko sume bnda npk makanan..batal pose ko weh..terliur puding kastad..hihi
ReplyDelete