Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan. hmmm..itulah lelaki..
Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Cer tengok kat bawah ni..Beberapa sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.. (Para suami yang patut baca sebenarnya bukan para isteri)
1. Waktu merajuk
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
1
| Tiba-tiba tak mahu bercakap | Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu | Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf |
2
| Tiba-tiba marahkan suami | Dia cemburu dengan tindakan suami | Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu |
3
| Tiba-tiba menangis | Dia sakit hati dengan tindakan suami | Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang. |
4
| Tidak mahu memberi khidmat | Dia sungguh kecewa dengan sikap suami | Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir |
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
1
| Dia sudah rajin masak | Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya | Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya |
2
| Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami | Dia puas hati dengan tindakan suami | Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu |
3
| Dia siap untuk tidur awal | Dia sudah akur dengan kehendak suami | Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri |
4
| Dia bercakap dengan nada manja | Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga | Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra |
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
3. Waktu benci
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
1
| Kehendak suami tidak dilayan | Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk | Baiki kesilapan bukan mempertahankannya |
2
| Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik | Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik | Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan |
3
| Makan tidak selera | Dia mahu simpati daripada suaminya | Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat |
4
| Tidur seorang diri | Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya | Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang |
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
1
| Muka masam | Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan | Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya |
2
| Meminta maaf sambil menangis | Dia benar-benar insaf | Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu |
3
|
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya | Dia hendak meminta suami membelinya | Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak |
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.
p/s : Korang pernah buat tak sikap-sikap kat atas tu..?Aku..??hmm..semestinya pernah! ;)
|
Mestilah pernah! hihihi
ReplyDelete