Monday, 23 July 2012

Roh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Al-Mubarak...


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber : Amieynna



Al-Fatihah...Semoga Abeja 'dibenarkan pulang' ke bumi atas izin-NYA..Ameen Ya Rabb..



p/s : Semoga aku diberi kesempatan untuk menziarahi pusara Abeja sekerap mungkin di bulan Ramadhan ni...Ameen...


4 comments:

  1. Bila aku baca post ko ni, rindu rasanya kat arwah adik aku.. Selalunya memang aku lah yang akan beli baju/tudung apa apa jela untuk dia sempena raya.. hurm.. tahun ni tidak lagi..sedihnya...

    Tapi moga moga aku dapat bekalkan dia bekalan untuk pulang nnti... =)


    AlFatihah

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah abeja....semoga dikau tenang di alam sana...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan ini. Setidak-tidaknya mengingatkan saya kepada insan yang telah kembali menemuinya... dan mengingatkan saya utk menjadi insan yang lebih baik dan mendoakan mereka2 yang telah tiada...

    Moga roh Abeja diberkati. Amin... ^___^

    ReplyDelete
  4. dayah : xpe dayah, sume tu dah tak beharga..doa dan sedekahkan utk arwah adalah hadiah yg paling berharga utknya..Al-fatihah..

    Ain : mudah2an..ameen..

    Semut senyum : most welcome dear..ameen ya rabb..

    ReplyDelete