Sabda
Rasulullah saw : Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan
puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?
Berkata
Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat
kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:
1- Apabila masuk sahaja awal bulan
Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua
Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang
amat sangat.
2- Bagi orang-orang Islam yang
berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan
dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan
dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang
dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan
aku berduka cita yang amat sangat!
3- Yang paling menyakitkan hati
aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan
didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa
akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada
orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
4- Satu lagi yang paling
menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang
berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan
Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka
dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin
yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
5- Ketahuilah dihari umat Islam
berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt
untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelenggu
dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu
dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan
di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan
berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua
dibebaskan kembali.
Iblis
dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi
paling bawah sekali (inner core) ketika bulan Ramadhan
|
6- Semua ini dilakukan oleh Allah
swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka
sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan
ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk
makan sahur di waktu tengah malam (pagi), mereka akan merasa senang dan ringan
dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.
p/s: Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, segala dosa-dosa kita yang lalu akan dihapuskan oleh Allah swt (insyallah). Jangan lupa untuk melipat kali gandakan ibadah kita terhadap Allah swt. Solat terawih jangan ditinggal ok. Kalau rasa tidak larat untuk bersolat di masjid maka lakukannya di rumah. Kejarlah malam lailatulqadar kerana malam lailatulqadar itu adalah malam yang paling mustajab untuk kita semua memohon doa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Jom berhijrah ke arah yang lebih baik!
No comments:
Post a Comment