Thursday 26 April 2012

Doa Ketika Sedih

Assalamualaikum...




Surah Al-Baqarah Ayat 250


Maksudnya: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."









La tahzan..Innallah ha ma ana

Janganlah menangis jika tidak tercapai  cita-cita. Bukankah Allah yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang Allah tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan.Mungkin kita kurang membuat persediaan.

Janganlah menangis kalo wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan buat amalan.

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” (Surah Yusuf Ayat 87)


Wednesday 25 April 2012

Wordless Wednesday # 17

Assalamualaikum....


Subhanallah...

Makhluk yang menakutkan ini wujud di bawah lautan dikenali sebagai 'perokok' atau cacing skala..







Ingin tahu lebih lanjut  tentang makhluk ini sila baca SINI



Friday 20 April 2012

Alhamdulillah..Syukur..

Assalamualaikum.....


Aku tak punya masa untuk meng'upadate' blog ni lately..Nak kata bz banyak kerja tak jugak tapi tengah berserabut dan hormon tak berapa nak stabil minggu ni..Macam-macam benda aku fikir!

Bisnes??Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami kali ini...Booth ku di UPM mendapat sambutan yang hangat..Thanks Allah kerana memberi rezeki ini..Kami sangat-sangat bersyukur atas pemberianMU ini..

Thanks juga kepada sahabatku Hanum kerana memberi peluang ini kepada kami..TQ so much...







Sabda Rasulullah SAW: ” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu’azbin Jabal: Maj’ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)

Tuesday 17 April 2012

Burger Bakar KAW KAW

Assalamualaikum...




Dah kecoh 1 Malaya kot pasal Burger Bakar KAW KAW ni..Aku dapat tau pun sebab aku terbaca sini..Sejak tu aku tak sabar-sabar nak try sejauh mana kelazatan yang selalu diwarwarkan oleh semua orang (cheewaah...ayat tak leh bla)..Dan tibalah masanya kami ke sana..jeng..jeng..jeng..




Kami dah decide nak ke Burger Bakar KAW KAW Lokas Makana di Puchong Utama pada hari selasa (10 April 2012) yang mana esoknya cuti sempena Hari Pertabalan Agung..Kami pergi ber-7 termasuk si kecil Keisha..Lokasi berkumpul adalah selepas Tol LDP..Konon2 janji kat situ sebelum pukul 8:00 malam tapi si GEDIK lambat la plak..Sangkut jem katanya..si Mamadebot pulak sampai tepat pada masanya..Kitorang gerak dalam pukul 8:30 malam dan sampai dalam pukul 9:00 lebih gitu..Agak lambat sebab kitorang sesat pusing2 cari tempat tak jumpa..hihi..Sekali orang yang bawak jalan terlupa daa....


Setibanya disana.........


Memang dijangka mesti kena q untuk ambil nombor giliran..Nampak macam tak ramai orang tapi agak terkejut bila nombor bertuah kami adalah nombor 71..Mak aii banyaknya nombor..(takde yang banyak lagi ke..huhu..)Time kami datang tu dorang tengah serve nombor 30...Hahaha..Hamekk ko!


So,sementara menunggu turn, kami gosip sana sini+minum+makan otak2+tengok gelagat orang+makan tauhu bakar+dengar karaoke+jalan2+snap pic dan macam2 lagi la..


 Lakonan yang mantap..hehe..(konon2 bosan sebab kena tunggu lama sangat)

 Sorang 3 sorang tu 5..apa yg 3 apa yg 5 beb?..Aku je maintain senyum..hehe..

 Price of KAW KAW BURGER...From RM7.50 until RM22.50..korang berminat yang mana??pilih jangan tak pilih...


sementara menunggu...........kami klik.klik..

..Ensem kan brader tu?hehe....

After 3 hours...


Tadaaaa..................................
-
-
-
-
Layankan saja gambar2 dibawah...;P
-
-
-


 Double Cheezy Beef - RM 16.00 

 Single Cheezy Beef - RM 10.50

Basic Double Beef - RM13.00


Lama giler kot kami menunggu..Tapi memang berbaloi-baloi penantian kami selama 3 jam..Sebab Burger KAW KAW ni tersangat-sangatlah sedap dan sememangnya KAW sehingga mereka2 jadi BEGINI....hahaha....
-
-
-
-
-
-
 sampai terkeluar lidah..hehe..

nganga haruslah besar okay..;)






Lokasi Burger Bakar KAW KAW


Kalau korang dari putrajaya, lepas tol RM1.60 (LDP) tu korang terus je, korang akan lepas 2 jalan flyover, lepas tu korang terus masuk susur ke kiri tak silap ade signage Puchong Utama, lepas tu korang akan nampak carefour sebelah kiri, depan tu ade traffic light korang terus lagi, terus je pastu korang akan nampak LOKAS MAKANA MEDAN SELERA tu berada di sebelah kanan korang, haaaa kat situ la lokasi BURGER BAKAR...(Kalau tak paham boleh search google okay)


Operation hour start pukul 7:45pm sampai burger tu habis.
Tutup setiap hari Khamis eh...
GPS : 2.983927,101.609201

Saturday 14 April 2012

Mesej Menyayat Hati

Assalamualaikum...


Dah setahun lebih Abeja pergi..Dah lama aku nak deactive kan FB Abeja tapi baru hari ni niat aku tu tercapai..Sebabnya?Sebab aku tak tahu pasword Abeja..Orang yang tahu pasword tak nak pulak tolong deactive kan..Aku pun tak tahu kenapa..Mungkin dia ada sebabnya sendiri..


Tapi bagi aku, bila seseorang tu dah takde, lebih elok FB nye pun takde..Bukan nak lupakan terus tapi biarlah arwah pergi dengan tenang..Mana lah tahu ada gambar2 yang kurang sopan atau komen2 yang tak berapa nak elok..So, kita tak nak benda2 mcm ni menambahkan dosa arwah bila orang tengok atau baca balik FB mereka..


Lagi satu aku cukup tak suka bila kawan-kawan Abeja meluahkan perasaan yang bukan2 kat wall dia..Cukup2 lah la tu..Kami as a adik, lagi sedih jika nak dibandingkan dengan mereka2 tu..That's why la aku nak tutup terus akaun FB Abeja..


Sebelum aku deactive FB Abeja, aku godek2 dulu inbox dia..dan aku terjumpa 1 mesej yang sangat menyayat hati aku yang bertarikh 26 Jun 2009..sedih sangat2..Aku nangis baca mesej ni..Abeja macam dah tau dia nak pergi..;'(
-
-
-
-
-
-
-



Ya Abeja..apa yang Abeja cakap tu betul sangat..Sampai sekarang kami tak boleh terima kenyataan yang Abeja dah takde dalam hidup kami..Sampai sekarang kami masih bersedih sebab kehilangan abang yang baik macam Abeja..Kami dah takde abang sebaik Abeja..Abang kami hanya sorang kat dunia ni..Abeja abang kami dunia dan akhirat..


Betul cakap Abeja..Sekiranya kita tak boleh terima kenyataan dan masih rindu dengan orang yang dah takde maknanya orang tu baik sangat..Tapi kami kena terima setiap yang hidup tu pasti menemui Allah kembali...KepadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...Kami redha Ya Allah..


Kami sentiasa merinduimu Abang..
Abeja sentiasa di hati kami semua..Segala nasihat dan segala kenangan kami tak pernah lupa..Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Abeja..Semoga Abeja tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Amin..Jumpa kita di akhirat kelak..InsyaAllah..Kami akan menyusul nanti...


Al-Fatihah untuk Abeja...

Wednesday 11 April 2012

Friday 6 April 2012

Moh Kita Follow..

Assalamualaikum....




Tak tahu nak update apa harini sebab aku sangat2 M.E.N.G.A.N.T.U.K sekarang ni..Just nak share adik aku punye blog yang baru..Lebih Islamic dan banyak info yang sangat berguna untuk dikongsi bersama...Jom, kita muhasabah diri kita di wujuhun yau ma izin nadhirah...Jangan lupa follow and Enjoy reading yaww...









Benda ni buat aku mengantuk...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Dominos Pizza

p/s: banyak gilo aku makang...bukan selalu dapat makan free..;)

Proses Kejadian Manusia





“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

Wednesday 4 April 2012

Wordless Wednesday # 15



Assalamualaikum...





p/s: ADAKAH KITA HIDUP UNTUK BERPASANGAN/BERKAHWIN SEMATA-MATA?
SIANG PEGI KERJA,MALAM DUDUK RUMAH,BERSENANG2 BERSAMA ISTERI/SUAMI?

Renungkan...

Wordless Wednesday # 14

Assalamualaikum...



My Booba & Momot.. 
(Kucing terbuang yg kini dh jadi kesayangan kami











p/s: Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

Tuesday 3 April 2012

K.O.M.A





Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)











p/s: Semoga zaim kembali sihat...Al-Fatihah...

Monday 2 April 2012

Solat Sunat Taubat


Dah lama aku ada niat nak buat solat sunat taubat secara bersendirian..Sepanjang hidup tak pernah buat sendiri..Teruk betul aku ni..Tapi aku pernah buat beberapa kali sebelum ni masa kat asrama Maahad dulu..bukan tak pernah buat langsung..Kalau tak silap aku, solat sunat taubat ni orang Islam wajib kena buat even sekali seumur hidup kerana setiap manusia tak akan terlepas dari melakukan dosa..







ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba




Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
* Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadrat Allah.

p/s: MasyaAllah...tak susah dan sangat ringkas rupanya solat sunat taubat ni..aku baru tahu caranya harini setelah 27tahun hidup di bumi Allah..ceteknya ilmu agama aku..;'(


Copy from : Ohislam.com

Syarat Bersahabat





1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.

10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.


11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.








Sumber : Susahnya Mencari Sahabat