Friday 28 December 2012

Dua Pertemuan antara Nabi Adam a.s. dengan Malaikat Maut

Assalamualaikum....





1. Pertemuan pertama iaitu setelah Adam a.s. mencapai usia 960 tahun.
2. Pertemuan kedua iaitu setelah Adam a.s. berusia 1000 tahun


Pertemuan kedua ini merupakan pertemuan terakhir di antara mereka berdua..Pertemuan kedua ini merupakan pertemuan di mana Malaikat Maut datang menjemputnya. Sebelum itu, Malaikat Maut memang telah memberitahu Adam bahawa usianya hanya mencapai 1000 tahun.Oleh itu, Adam a.s. ialah makhluk pertama yang mengetahui had usianya di dunia ketika baginda masih hidup..


Dalam sebuah riwayat diceritakan, ketika Adam melihat semakin ramai keturunannya, baginda melihat seorang lelaki yang memancarkan cahaya..Adam bertanya, siapakah dia? kemudian dijawab bahawa dia ialah Daud..Lalu Adam bertanya berapakah usianya?Kemudian dijawab: 60 tahun..Apa yang diminta Adam kepada Malaikat Maut?Berikut ini ialah penjelasan Nabi Muhammad SAW kepada kita.


Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW pernah menceritakan : 

Ketika Allah SWT menciptakan Adam a.s. kemudian meniupkan roh kepadanya..Adam bersin lalu dia berkata Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Kemudian Allah berfirman kepadanya : Yarhamukallaah, Allah memberikan rahmat kepadamu wahai Adam! Pergilah engkau menemui malaikat-malaikat di tempat mereka duduk. Kemudian ucapkanlah assalamualaikum..Kemudian para malaikat menjawab, waalaikumsalam warahmatullah..Adam pun kembali menghadap Allah dan Dia berfirman, ini adalah penghormatan untukmu dan ucapan hormatmu dan anak cucumu..Lalu Allah berfirman kepada Adam dalam keadaan kudua-dua tangannya tergenggam, pilihlah di antara keduanya sebagaimana keinginanmu..Kemudian Adam pun menyambutnya dengan berkata, aku memilih bahagian kanan ya Tuhanku dan kedua dua tangan Tuhan adalah kanan dan penuh dengan berkat..Kemudian dibuka genggaman itu ternyata isinya adalah Adam dan keturunannya..Adam pun bertanya, Wahai Tuhan siapakah mereka? Allah menjawab, mereka adalah keturunanmu..Dan ternyata setiap manusia tertulis usianya di antara kedua dua matanya.. Diantara mereka ada seseorang yang bersinar atau paling bersinar..Usianya tidak lebih daripada empat puluh tahun..Lalu Adam meminta pada Allah, wahai Tuhan tambahkanlah usianya..Allah menjawab, begitulah ketentuan-Ku untuknya..Adam berkata lagi kepada Allah, wahai Tuhan berikanlah enam puluh tahun dari usiaku untuknya..Allah berfirman, 'Aku kabulkan permintaanmu'..Kemudian Adam dimasukkan ke dalam syurga dengan kehendak Allah lalu dia dikeluarkan darinya dan Adam selalu menghitung usianya..Ketika Malaikat Maut datang kepadanya, Adam a.s. berkata: Engkau datang terlalu cepat, sesungguhnya telah ditentukan untukku seribu tahun..Malaikat Maut berkata, itu benar, tapi bukankah egkau telah memberikan sebahagian usiamu sebanyak 60 tahun kepada anakmu Daud..Maka, Adam mengingkarinya dan lupa..kedua dua sikap ini kemudian menurun kepada keturunannya..Sejak saat itu kita diperintahkan dengan tulisan dan kesaksian..



Pertanyaan Adam a.s. ketika Malaikat Maut datang kepadanya bukanlah suatu sikap mengingkari atau mendustakan, akan tetapi kerana Adam terlupa seketika...


Adam a.s. wafat pada usia 1000 tahun, baginda berkesempatan menyaksikan kehidupan anak cucunya..Kemudian, setelah cukup 1000 tahun Adam berpindah ke alam Barzakh...








p/s : sayangnya Adam a.s. kepada keturunannya...







Wednesday 26 December 2012

Demi Palestin

Assalamualaikum....


Ahad lepas, my mom ajak pergi Karnival Demi Palestin kat TV Al Hijrah..dekat dengan masjid negara tu..Katanya nak pergi booth yang ada kat situ..nak cari cd dan buku agama...Dalam pukul 3 petang macam tu kami keluar dari rumah..Jalan clear tak jem pun..Mungkin sebab hari Ahad, orang selalu lepak kat rumah je..


Apa yang ada ataupun apa tujuan program Demi Palestin ni? 

Pada pandangan aku la kan, selain untuk mengutip derma mungkin program ni nak menyuntik kesedaran kat kita semua betapa pentingnya membela nasib penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel..Segala poster dan gambar penduduk Palestin yang diserang Israel yang ada kat booth tu buat aku sedih dan insaf..dan terfikir betapa beruntungnya aku dilahirkan di negara yang aman.. 



Allahhumma ansuril muslimiina fil falasteen...Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Tuhan Kami ....




Dan semua hasil jualan pada hari itu akan disumbangkan untuk penduduk Palestin..tapi aku tak sure berapa peratus keuntungan mereka akan didermakan...apapun, semoga dengan sumbangan kita semua dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka...dan kebaikan kita diterima oleh Allah SWT....



tak sangka dapat jumpa Irma..memang tak lokek senyuman walaupun penat 'bawak perut'



Yatt yang sgt2 friendly..tak sombong langsung..









 Salima Habibi...











 program macam ni memang tak ramai sgt orang..


sejuk mata dan hati bila tengok dua orang kanak2 ni berniqab..Subhanallah..


tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri...;)



p/s : kutipan derma 1 hari di karnival Demi Palestin haritu sebanyak RM100k++....Alhamdulillah...





Wordless Wednesday 44 # Cat's House

Assalamualaikum.....



Rumah baru untuk meow meow kami...sekarang ni dah ada LEBIH 10 EKOR....................waaaaaa....................




saiz sangkar :  6' x 3' (upah orang buat..kalau beli siap mahal sangat)



kata lebih 10 ekor?mana lagi???hahaha..




p/s : Si Manja tengah pregnant lagi..'abah aku suruh jual kucing yang semakin hari semakin bertambah..tapi, ada ke orang nak beli?? yang nak FREE ramai lah....'    

:P






Friday 21 December 2012

Nabi Adam a.s. dan Malaikat Maut

Assalamualaikum...



Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah SWT secara langsung.Para malaikat diperintahkan untuk bersujud menghormatinya..Ditiupkan roh-Nya kepadanya..Dia diciptakan sebagai bapa bagi seluruh umat manusia..


Malaikat Maut sempat membuat Adam gelisah sehingga baginda meminta kepada Allah SWT agar diberikan kesempatan untuk boleh melihat kejadiannya..


Ikrimah berkata : Saya pernah melihat beberapa Suhuf Syaits yang isinya mengatakan bahawa Adam a.s. berkata : Wahai Tuhanku tunjukkanlah kepadaku Malaikat Maut sehingga aku boleh melihatnya..Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu kepadanya : "Sesungguhnya ia memiliki sifat dan rupa yang kamu tidak akan sanggup untuk melihatnya, Aku akan menurunkannya kepadamu dalam rupa semasa dia menemui para nabi"..Kemudian Allah menurunkan Jibril dan Mikail..Malaikat Maut juga mendatangi Adam dalam bentuk menyerupai seekor kambing yang cantik..Ia memiliki empat ribu sayap, salah satu sayapnya menutup langit dan bumi dan ada juga sayap sayapnya yang terbentang di permukaan bumi..Sayapnya yang lain melebar ke arah timur sedangkan sayapnya yang lain pula terbentang ke arah barat..Dan kedua-dua tangannya menggapai gunung-gunung, dataran, hutan rimba, makhluk hidup daripada golongan jin dan manusia, haiwan haiwan melata, binatang binatang di dalam dan di permukaan lautan hingga binatang binatang yang ada di daratan seperti celahan kecil di padang pasir..Matanya terpejam dan tidak akan celik kecuali pada waktu waktu tertentu..


Begitu juga dengan sayap sayapnya..Ia tidak akan membuka sayap sayapnya itu kecuali hanya apabila perlu..Sayap sayapnya itu hanya akan dibentangkan terhadap manusia manusia terpilih..Sedangkan bagi manusia yang kufur, sayapnya hanya akan menimbulkan panas yang menyengat, goncangan dan penderitaan..Ketika itu Adam a.s. pengsan selama tujuh hari..Kemudian baginda terbangun dalam keadaan berpeluh keringat yang harum bagaikan zafran (sejenis wangian)"..










p/s : " Janganlah salah seorang diantara kalian mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah SWT"   (Riwayat Muslim)





Thursday 20 December 2012

Langkawi Day 4 [ Restoran Wan Thai ]

Assalamualaikum.....



Hahahaha masih ingat percutianku di Langkawi haritu? Mesti korang lupa..Sebab aku pun lupa sebenarnya...sebab tu lah entri ni tiba tiba muncul..aku ingat dah habis dah entri pasal Langkawi..Rupanya ada lagi yang tertinggal...hehehe...Ok straight to the point. Sebelum kami balik ke KL, Roy bawak kami menjamu selera di Restoran Wan Thai kat Pekan Kuah..Hey hey hey, korang wajib try this restaurant tau...Rugi giler kalau sampai Langkawi atau Pekan Kuah tapi tak sampai kat restoran ni..makanan kat sini memang meleTOP..


Tapi korang kena pergi time lunch hour la..Kalau pergi selain dari lunch hour, takdelah menu yang meleTOP tu..Disebabkan entri ni ketinggalan zaman, so aku dah terlupa menu apa yang kami order tu..tak guna jugaklah aku update kan?hahaha..nasib korang lah..tapi yang penting kat sini, korang wajib order ikan siakap masak stim..eh lupa la siakap ke kerapu entah..tapi masak stim nya memang lah tersangat sedap..masam, pedas cukup rasa...moh kita tengok gambar...


siap ada napkin tu..:)


haa...yang ni lah korang wajib try...sedap tak hengat..cer ko tengok cili dia..memang meleTOP la kan kalau rope itu..hihi...*recommended*


 Ayam pandan...sorry wrong focus actually..camera buat hal time ni..


 ni pun sedap gilo.........tapi lupa namanya apa..tapi kat Restoran Singgah d Klasik namanya Hormuk.. *recommended*



dessert....wooaahhh...... rindu yang ni...pulut mangga...yumm..yumm...yummyyy...sedap bangat!!



Totalnya lagi sekali aku terlupa..Almaklumlah makan free...Alhamdulillah rezeki dari Allah..Semua makanan kat sini sangat sangat sedap...yang tak sedapnya sebab kami makan agak gelojoh time ni..Lagi setengah jam feri nak jalan, kami tengah bizi makan lagi tau..dengan barang barang kat rumah Roy belum packing lagi...hahahaha..penangan shopping la ni...konon konon nak shopping kejap je tapi.......bereJAM......................nasib ler labuu...





p/s : tak best makan gelojoh sebab tak rasa nikmat makanan tu....huhuhu..
        




Last Entry : Goodbye Langkawi (tahun bila nak hapdate tak tau lagi..)  ;P





Tuesday 18 December 2012

Restoran Singgah d' Klasik

Assalamualaikum...



Aku nak share dengan korang semua pasal Restoran Singgah d' Klasik ni..Aku pun first time makan kat sini..tu pun abang ipar aku yang baik hati nak belanja haritu..kalau tak, tak pernah tahu kedai makan yang super duper sedap ni..Asik duk makan tomyam kat kedai Norjinah tu je..hehehe...


Tapi aku tak berapa nak ingat la jalan nak pergi restoran ni..korang try la mintak bantuan gOOgle..sebab setahu aku restoran ni banyak branch..yang aku pergi ni kat seri kembangan..kat Selayang and Keramat pun ada jugak..Korang pegi la yang mana terdekat..sebab sebab korang kena pergi??  ofkos la sebab makan kat situ yang enakkk baaangettt..ada malaysian, thailand and western food..order je korang nak makan apa..semuanya ada...memang tak akan mengecewakan korang lah..Harganya pun berpatutan..tak mahal tak murah..yang sedang sedang saja..:P


Masa kami terjah restoran ni dah pukul 11 malam..tapi still meriah dan tempat duduk pun penuh..Macam macam menu pelik yang kami tak pernah makan and tak pernah dengar..yang paling penting kalau pergi restoran ni, korang kena la try menu special nya..apa yang special kat restoran tu korang kena tau..kalau tak, rugilah kan..:)


gambar kurang memuaskan..amek pakai phone jer..:)


with si botak..:)


abg ipar kami dan adiknya...yg kiri sekali tu adik aku..


byk menu yg kelakar...aku n adik aku gelak tak hengat tgk menu..:P


Apa yang kami order? tak banyak pun..menu biasa jer..

Nasi putih 5 set
Tomyam campur
Sup Perut
Baby kailan masak sos tiram
Kailan ikan masin
Hormuk                       *recommended*  (wajib try!!)
Telur dadar

air ni aku yg punyaa...


ada api tuuu............


 This is Hormuk!! sedap gilerrrr.......hingga menjilat pinggannnn.....tapi awas! jgn termakan aluminium foil tu..hahaha...





licinnn....



seluar dah ketat..:)




p/s : Memang puas hati makang kat sini..lain kali kami pasti datang lagi...Total?? abang ipar rahsiakan..hahaha...murah la tuuu...........kan?? sebab tu taknak kasik tau...:P




eh, jap...




























tadaaa....



ni tokey dia kot....hensem tak?hahaha...kami jadi paparazi jap..







Monday 17 December 2012

Jijah's Wedding

Assalamualaikum....



Awal bulan aritu, aku ada attend satu wedding bestfriend aku Jijah kat Rantau Negeri Sembilan..(lambat giler hapdate)..Jijah ni kawan baik aku masa form 4 dan form 5..kami duk sebelah sebelah je..aku selalu tiru test Math dia dan dia selalu tiru test Agama Islam aku..kami saling memerlukan..Kalau Jijah absent, aku macam ayam berak kapur la jawabnya..takde geng nak meniru..hahaha..


Memang menguji tahap kesabaran masa on the way ke Rantau..Jalan kat higway, makk aii jem sesangat sangat..tak tahulah kenapa..Keluar rumah pukul 11 pagi..nak dekat pukul 3 petang baru sampai..Lambat giler padahal dekat je pun..Hujan selebat lebatnya time kami sampai tu..Alhamdulillah hujan rahmat mungkin...Tapi sebaik la makanan banyak lagi time tu...kalau dah habis, mau aku nangis kat situ sebab lapar tahap gaban...


 geng tepi tingkap masa kat class 4 & 5 Prinsip Akaun 1...ada lagi 2 orang yang takde dlm pic..


 suami Jijah 2 tahun lagi muda dari dia tau...auwww very the suweet..:)


Kami..


 Jijah, abg nyanyi yer..hehehe...sy doakan semoga perkahwinan awak kekal bahagia hingga ke syurga..


 with Syafawati my bestfriend yang kepala giler giler...suka gelak sampai muka merah padam..In Sha Allah tak lama lagi turn dia plak..capa, cepat2 kawen yer..:)


Aneesa Sanaa yang berketurunan Pakistan..yg paling teror subjek BI dan Akaun dalam class..tak sangka dah ada 2orang anak yang cute miut..





p/s to Jijah : Selamat melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia, bertolak ansur dan banyakkan bersabar dalam segala hal..semoga menjadi isteri yang baik dan solehah untuk suami awak..saya doakan awak cepat cepat dikurniakan cahaya mata yang comel dan sempurna sifat..Semoga kekal bahagia hingga ke jannah..Ameen....Jijah, dah pakai ke belom baju tido seksi yang saya bagi tu?hihi...



p/s to Syafa, Jijah, Aneesa, Dayah Sururi & Azizah Zulir  : Semoga persahabatan kita kekal ke akhirnya...saya sayang korang semua...:)








Friday 14 December 2012

Detik-detik Akhir Hidup Nabi Ibrahim a.s.

Assalamualaikum...



Ahli sejarah mengatakan : Ketika Allah SWT hendak mencabut roh Ibrahim a.s., Allah mengutuskan Malaikat Maut dalm bentuk seorang lelaki yang sangat tua..


Pada suatu ketika Ibrahim memiliki banyak makanan..Baginda menjemput dan membahagi-bahagikan makanan itu kepada orang ramai..Ketika baginda membahagikan makanan, dilihat olehnya seorang lelaki tua yang sedang berjalan kaki..Ibrahim menyuruh seseorang untuk memberikan seekor keldai kepadanya dan lelaki itupun menunggangnya..Ketika lelaki itu sampai ke tempat Ibrahim, baginda memberikan lelaki itu makanannya..Lelaki itu mengambil sesuap makanan dan ingin memakannya..Namun, dia memasukkan suapannya ke matanya satu kali dan melalui telinganya satu kali sehingga makanan itu berada di dalam perutnya..Kemudian, makanan itu keluar melalui duburnya..


Ibrahim pernah meminta kepada Allah agar tidak mencabut nyawanya kecuali dia sendiri yang meminta kematian itu..Semasa melihat apa yang dilakukan lelaki tadi, Ibrahim bertanya, "Apa tujuan engkau melakukan hal itu wahai orang tua?" Lelaki tua itu menjawab, "Wahai Ibrahim, aku seperti ini kerana aku sudah sangat tua"..Ibrahim bertanya, "Berapakah usiamu?" Lelaki itu pun memberitahu usianya..Ibrahim menghitung usianya seketika..Ternyata usia lelaki itu lebih tua dua tahun daripada usianya..Ibrahim bertanya kepada lelaki itu, "Usiaku dan usiamu hanya berbeza dua tahun..Jika nanti usiaku mencapai usiamu adakah aku akan kelihatan sepertimu?" Lelaki itu menjawab, "Ya"..Ibrahim pun berkata, "Ya Allah, cabutlah nyawaku sebelum usiaku sepertimana usia lelaki itu"..


Kemudian lelaki itu berdiri dan mencabut nyawa Ibrahim..Rupa-rupanya lelaki tua itu ialah Malaikat Maut..Usia Ibrahim mencapai 200 tahun. Dalam sumber lain disebutkan bahawa usia Ibrahim 195 tahun..Ibrahim a.s. dikebumikan di tepi kubur Siti Sarah...






tengah bersihkan kubur Abang...Al-Fatihah Abeja....;(





p/s : Saudaraku, jika engkau ingin mengetahui keadaanmu setelah meninggal dunia, maka pergilah ke kubur..Lihatlah deretan demi deretannya..Bayangkan kuburmu berada di antara kubur kubur itu..Kemudian fikirkanlah apakah yang engkau perlukan di dalamnya...








Thursday 13 December 2012

Congrats my Sister!

Assalamualaikum...



Korang baca paper Utusan tak semalam?Apa??tak suka paper utusan?Same with me la..hahaha...tapi disebabkan kakak aku mencari rezeki dengan Utusan, nak tak nak aku kena la suka..tak baik kan nak menghina tempat yang kita cari rezeki..Lagipun kakak aku cakap dia menulis benda yang betul dan fakta..yang edit balik tu Editor dia..so, siapa yang bersalah dalam hal ni?? ;P......hhmmm....


Tahun ni kakak aku menang lagi..Alhamdulillah rezeki dia..makan besar la famili aku bulan ni..hehehe..Anugerah apa yang dia rembat weh??

Tempat pertama kategori Penulisan Berita Terbaik (RM1500) dan tempat ketiga kategori Berita Pendidikan Terbaik(RM750)..
Tahniah..tahniah..tahniah...Jangan lupa yer berkongsi rezeki tu dengan adik adik kesayanganmu ni..;)





Tak sangka jugak kakak aku yang huru hara tu boleh dapat wartawan terbaik kat ganung kitewww...Tak sia sia ko jadi reporter yu..(cita cita ko dari darjah 1 kan?hahaha..)



Abang ipar bangga la tu...:P





p/s : Kalau korang baca paper Utusan, tengok tengok lah nama Siti Airunnisa Alaui..Best sangat ke story dia?hahaha..








Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday # 43

Assalamualaikum....



Lucci in The House...












 time ni dia sakit..jadi manja tak hengat..:)







hahaha sian lucci..macam kena cekik!






p/s : Asal hari Rabu je, post gambar meow..:P










Friday 7 December 2012

Bagaimana Malaikat Maut Mencabut Nyawa di Barat dan Timur dalam Satu Masa?

Assalamualaikum....


Pada suatu ketika, Ibrahim a.s. bertanya kembali kepada Malaikat Maut bagaimana ia mencabut nyawa yang berada di sebelah timur dan di sebelah barat dalam masa yang sama??


Diriwayatkan daripada Asy'at bin Salim bahawa Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, apa yang akan engkau lakukan jika ada seseorang di sebelah barat dan juga di sebelah timur yang telah tiba ajalnya?"..


Malaikat Maut menjawab, "Aku memanggil roh-roh dengan izin Allah hingga ke timur dan barat di antara jari jemariku". Dikatakan : "Bumi berada di dalam dakapannya, seolah olah bumi itu adalah tempayan yang di dalamnya terdapat segala sesuatu"..


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. berkata : Ibrahim a.s ialah seorang lelaki yang pencemburu..Baginda memiliki sebuah rumah yang biasa digunakannya untuk beribadah..Jika baginda keluar rumah, baginda akan menguncinya..Suatu hari, ketika baginda kembali ke rumahnya, baginda mendapati ada seorang lelaki di dalam rumahnya. Ibrahim lantas bertanya, "Siapa yang mengizinkanmu masuk ke rumahku?" Lelaki itu menjawab, "Penghuninya yang mengizinkanku masuk ke rumah ini". Ibrahim berkata lagi, "Akulah penghuni rumah ini"..


Lelaki itu berkata, "Orang yang mengizinkan aku masuk ke rumah ini adalah yang lebih berhak atas rumah ini daripada dirimu". Lalu Ibrahim bertanya, "Malaikat apakah engkau?" Lelaki itu pun menjawab, "Aku ialah Malaikat Maut"..Setelah mendengar hal itu Ibrahim bertanya lagi, "Bolehkah engkau memperlihatkan kepadaku gambaran bagaimana engkau mencabut nyawa seorang mukmin?" Lelaki itu menjawab, "Ya"..Kemudian Ibrahim berpaling dan menoleh kembali kepada lelaki itu..Baginda mendapati seorang pemuda berparas rupa tampan dengan pakaian yang bagus dan wangi..Ibrahim berkata kepadanya, "Wahai Malaikat Maut, jika seseorang mukmin tidak mendapat balasan selain melihat wajahmu maka cukuplah itu baginya"..Setelah itu, Malaikat Maut pun mencabut nyawa Ibrahim a.s..


Dalam kesempatan yang lain, Malaikat Maut pernah berjumpa dengan Ibrahim a.s..Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar r.a. bahawa Malaikat Maut berkata: "Wahai Tuhan, hambamu Ibrahim gelisah dengan kematian"..Allah SWT membalasnya. "Katakanlah kepada Ibrahim, apabila telah sampai had usianya maka dia akan sampai kepada kematian..Malaikat Maut berkata, "Baiklah wahai Tuhanku, dia sudah rindu untuk bertemu dengan -Mu.Kemudian diberikan kepada Ibrahim a.s. wangian yang semerbak sehingga baginda mencium baunya, lalu dicabut nyawanya.."









p/s : Apakah yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kematian?








Tuesday 4 December 2012

Tercekik Bijik Manggis

Assalamualaikum....



(Tajuk takde kena mengena dengan entri) miahahaha..Setiap kali musim buah mesti aku menggila..aku gilakan manggis..korang gilakan buah apa?kalau bagi manggis kat aku, 5 kilo sekali hadap aku boleh habiskan sorang..memang aku obses dengan manggis..tapi kat kampung aku takde pokok manggis..tiap tiap tahun bila tiba musim manggis, kami melopong je..nak makan terpaksalah beli dengan harga yang sangat mahal..rasa macam tak berbaloi sebab bila timbang, kulit je yang berat..isi dalamnya belum tentu cantik dan elok..


geramnya tengok buah ni..


                       

Tapi bila dah kawin, rasa bersyukur sangat sangat sebab kampung suami aku  ada kebun manggis..nak makan banyak mana pun takpe..free je kan..tak payah keluar duit nak beli manggis kat luar tu..kalau orang lain gilakan durian, tapi aku setia dengan manggis aku...hehehehe..



Hari tu aku ada balik kampung sang suami kat Beranang..sampai je kampung, terus aku ajak dia pergi kebun manggis..sanggup redah gerimis hujan dek kerana manggis ku..(kami pergi kebun merempit jer..;P) 






alahai..boleh ke tu??..:P


 opps, terpaksa hitamkan sebab cekci..hihihi (baju hijau tu mak mertua aku)


 Bahu si baju biru menjadi mangsa..;)


Disebabkan kuantiti manggis yang aku rasa tak mencukupi, kami bawak 'geng' untuk membantu..Sang suami terpaksa memanjat pokok manggis yang tinggi tu walaupun dia adalah seorang yang sangat sangat gayat..hehehe...thank you thank you thank you ye Abang..;)

 Tinggi gile tau pokok manggis ni..tapi nasib baik pokok ni banyak dahan..


 Lepas panjat pokok ni, badan dan lutut sang suami jadi menggigil..aku kena drive balik rumah kami  di Seri Kembangan..:)
xpela drive pun, janji dapat manggis..hahaha..



satu benda yang aku tak suka masuk kebun..NYAMUKkkkk!!! besar giler!!!




pokok rambutan merah depan rumah kat kampung Beranang...*tetiba teringat pokok rambutan kuning depan rumah kat kampung Kelantan...:(


sunset yang sempat sang suami 'klik'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











siapakah mamat yang over ini??..terpaksa hitamkan memek muka beliau..;P








p/s : Aku pernah tercekik bijik manggis dek kerana TAMAK dan HALOBA...satu pengajaran buat aku okay!!hehehe...