Tuesday 31 January 2012

Mertua vs Menantu..

Assalamualaikum....


Ibu mertua vs anak menantu? Bunyi cm pelik je entri aku kali ni..Tapi begitulah hakikatnya..jarang kita dengar anak menantu lelaki problem ngn mak mertua (walaupun ada jgk) atau anak menantu perempuan clash dengan bapak mertua. Kenapa yer?


Tapi ni mungkin sebab expectation pada anak perempuan. Pandai masak, rajin kemas rumah,pndai amek hati org tua dll. Bayangkan kalau menantu perempuan balik kerja terus tidur sebab penat, bangun tidur terus makan? Mesti mak mertua meluat kan? Tapi tulah cabaran menantu moden masa kini yang kebanyakannya berkarier..( termasuk aku ..hehe)


Konflik antara mertua dan menantu sering menjadi topik hangat di kalangan masyarakat, baik di timur mahupun di barat. Pendek kata sedangkan dengan ibu sendiri pun kita tersentuh hati inikan pula dengan ibu mertua. Dengan adik beradik pun kita bertengkar apalagi dengan ipar duai. Orang yang kita baru kenal tentulah sukar untuk kita suka.”


Tapi kenapa mertua dan menantu perempuan je sering 'x ngam'??adakah menantu itu seorang yg sgt sensitif?adakah menantu itu seorang yg tidak boleh ditegur?adakah menantu itu seorang pemalas?adakah menantu itu anak raja??ataupn adakah menantu itu sbenarnya hantu?;)...Apapun alasan kita tapi itulah hakikatnya seorang PEREMPUAN....



Kenapa dgn perempuan??Kaum hawa je ke yg sering mengalami keadaan seperti ini?Mungkin ya mungkin juga tidak...Banyak faktor yg menyebabkan menantu perempuan dan mertua susah nk serasi..kt bawah ni diantara sebabnya..:


1) Mungkin cara mertua kita masak xsama mcm kita masak..Ini aku akui sbb dh byk berlaku kt aku sndiri dan kwn aku yg lain...kdg2 kita dengar, "eh ecah, ko masak gulai bubuh tu ke?kalau mak, mak guna ni..lg sedap..lagipun laki ko suke yg mcm ni.."..see,bnda2 mcm ni buat menantu angin..btul x?hehe..


2) Mungkin juga mertua kita banyak sgt pantang larang..dlm erti kata lain cerewet kot..Tapi biasala org tua kn..ini xboleh itu xboleh..tapi sesetengah orang zaman sekarang ni dh malas nk ikut pantang larang org dulu2..bagi dorang sume tu mengarut dan xboleh pcaya sgt..Ada sesetengah bnda je kita boleh pcaya dan kdang2 pantang larang ni utk kebaikan kita jgk...Tapi kalau sume bnda xboleh sape2 pn bengang kn?hehe..Contohnya, "La..kenapa ko potong kuku malam2 ecah oi..nanti ko banyak bawak sial"..Pergh, kalo kena mcm ni dgn mertua mau bernanah telinga..huhu..Klik sini.


3) Mungkin jugak mertua kita tu seorang yg sgt sayangkan anak lelakinya iaitu suami kita...Rasanya bab ni yg paling para isteri xsuka..(aku pn xsuka..hehe..) senang cite anak mak..Sepatutnya mertua kita kena paham bahawasanya anak lelakinya dh pn berkahwin n ada isteri..so,layanan manja dulu2 tu haruslah dikurangkan..(tu bg aku la)..sbb isteri sgt2 la sensitif bila mak mertua tunjukkan sikap yg mengambil berat yg terlampau2 kt anak lelakinya..bukan apa, kita sebagai isteri rasa kecik ati bila kena cmtu..terasa sgt2 yg kita ni xreti jaga laki..Contoh??..hmm...situasi mcm ni.."Mat,ko dh mkn ke?Mak harap bila ko dh kawen ni ko pandai la jga makan minum ko..mcm mana mak jaga ko dlu..ko ada gastrik, kalo ko xmakan, sakit ko dtg lg..nti mak risau"..mcm mana prasaan kite kalo mak mertua ckp cmtu depan kite??apa yg kite rasa?dh tentu terasa diri mcm xreti jaga laki kn?Sepatutnya mertua kita kena terima hakikat yg anaknya telah diambil oleh sang isteri..(hehehe kejam gile ayat)..
*Tapi 1 bnda buat aku terdiam dan kena terima hakikat sbgai seorg isteri..tgk kt bwh ni..


Rasullulah bersabda:Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.





4) Mungkin mak mertua kita seorang yg 'demand'..maksud demand di sini ialah seorang yg suka memanggil anaknya balik..hehe..kalau boleh setiap hari nk tgk anak kesayangannya di depan mata mereka..Oh tidak..sgt2la aku tidak suka kalau ada mak mertua mcm ni...Tak ada masalah kalo nk jmpe anaknya tapi biarlah kena pada masa dan harinya..Jangan la smpai setiap hari dan secara tidak langsung  mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa...Mereka seharusnya paham situasi dan keadaan ini...Contoh, " Salam Mat, esok ko balik kampung x?jangan lupa balik jmpe mak..dh 3hari ko xjmpe mak ni..lagipun esok ada kenduri kt kg..anak pkcik leman ko kawen"...hahaha...(alasan nk suruh anak die balik)..


5) Dan yg terakhir mungkin juga mertua kita seorang yang suka memuji2 anaknya sendiri..Puji tu xsalah tapi jangan sampai kite termuntah hijau dengar bnda yg kita dh tau byk kali...kita dh kawin dan kita mesti dh tau apa yg bak dan buruk yg ada pd suami kita..Tapi xdinafikan la yg mertua kita lebih tau dan lebih paham akan anaknya..sebab mereka yg melahirkan dan membesarkan anaknya..cuma bagi aku seorang ibu xperlu memuji2 anaknya di depan menantunya sendiri...sebagai contoh: "laki ko ni mmg anak yg baik..selama arini dia xpernah menyakitkan hati mak..ko beruntungla sbb kawen dgn anak mak"..(yup,mmg beruntung sgt..;)




Begitulah cerita sang mertua dgn sang menantu...Apapun yg aku tulis ni sbnrnya tiada kaitan dgn mana2 pihak mahupun aku sendiri..Cuma sblm aku post entri ni aku dh pun baca mcm2 blog pasal menantu dan mertua..kebanyakannya semua perkara yg sama je yg menyebabkan tiada keserasian antara ibu mertua dan menantu perempuan..Akan tetapi, pada pendapat aku dalam hal ni bukan mertua sahaja yg buat salah malah menantu pun kena nilai kesalahan diri sendiri..kita kena ingat bahawasanya SYURGA SUAMI TERLETAK DIBAWAH KAKI IBUNYA DAN SYURGA ISTERI TERLETAK DI BAWAH KAKI SUAMI...So, siapa kita sbgai seorang isteri??




p/s: Islam meletakkan ‘kuasa mengurus rumahtangga’ di tangan isteri, bukan ibu atau ibu mertua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday 25 January 2012

Khasiat Madu...

Assalamualaikum...




Actually aku baru je blaja2 mnum madu ni.. dh lama nk amalkan tp baru skrg dpt buat..tu pn sbb yg 'satu' tu..selain tu aku mmg nk ikut sunnah Nabi..Nabi Muhammad mmg suka minum madu..so,apa salahnya kita ikut sunnahnya kn?xrugi pn malah kita dapat pahala..bila aku dapat tau khasiat madu ni terus aku ajak abang pegi beli...Ikhtiar Madu ni aku jmpe dlm fb...aku berminat nk beli madu ni sbb madu ni madu tualang asli yg dh dbcakan dgn ayat suci al quran..Apapun kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar...selebihnya kita serahkan kpd Yg Maha Esa...



Banyak khasiat minum madu ni..kalau nk cerita kt sini mmg pjg lebar..so, kita ke Ikhtiar Madu...
Aku suka sgt baca khasiat meminum madu ni..Tapi mcm aku ckp td la..Kita hanya mampu ikhtiar..Apapun kita kena yakin bahawasanya madu ni adalah ubat segala penyakit..


Madu Menurut Al-Quran dan Hadith

1).....Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia....(Surah An-Nahl Ayat :69)


2)... "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."  ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)


3).. "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


4)..Adalah minuman yang paling digemari oleh  Rasullullah adalah madu..
     (Hadis Riwayat Bukhari)


5)..Hadits sahih Rasulullah S.A.W yang mengungkapkan madu sebagai ubat adalah sebagai berikut: Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. 




6)..Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Nikmat yang pertama-tama kali akan  diangkat dari bumi ialah madu"
( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)


7)..Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muahammad s.a.w.  katanya: " Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t. sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah" (Dinukilkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).


8)..Ibnu Juraih berkata," Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan)."


9.)..Ibnu sina menjelaskan, "Sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan".


10)..Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara     disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.




p/s ; InsyaAllah aku akan amalkan meminum madu setiap pg...xnk ter'miss' lg..;)

Nasi Goreng Abang

Assalamualaikum...

Malam ni aku rasa malas nk masak...so, suamiku la yg jd mangsa..die offer nk masak nasik goreng..aku apa lg..setuju je la sbb tgh malas kn..untung jgk aku sbb abg pndai n rajin nk masak..hehe...ini la hasilnya...




                                               sepinggan utk aku dan sepinggan utk nya...




npk mnyelerakan bukan?mmg sedap tp pedas gilo..hehe..


p/s: abg,len kali masak lg tau..tp kena kurangkan pedas tu..;)...anyway, tq for the nasik goreng abg..

Friday 20 January 2012

20.01.2012 Genap Setahun ;'(

Assalamualaikum...


Cuaca pagi ni seakan mengerti perasaanku...Mendung dan hujan yg lebat di awal pagi Jumaat..Begitu jugalah perasaanku..Sedih dan pilu mengenangkan satu2nya abang yg aku ada di muka bumi ini..Tapi kini telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya...;'(..Betapa aku merinduinya Allah saja yg mengetahui..


Sungguh ku xsangka Abeja pergi meninggalkan kami secepat ini..Sewaktu kami semua masih memerlukan belaian dan kasih sygnya sbgai seorang abg dan kasih syg seorang anak..Sumpah, aku belum puas untuk bermanja dengannya..Kenapa Allah ambil abang aku secepat ini?Aku sgt sayangkan nya.Aku amat memerlukannya di saat ini.. Tetapi aku juga lupa bahawasanya Allah juga lebih menyayanginya..Aku redha Ya Allah...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui..


Ya, kehilangan itu amat menyakitkan..amat menyedihkan..Aku pernah melalui dan sedang melaluinya skrg ini..Allah telah mengambil saudara kandungku dan darah dagingku..Sudah pasti aku dan keluargaku merasakan kehilangan yg cukup besar..Namun, kami redha dan pcaya dengan janji Allah..Ya Allah ampunkan kami kerana kami masih bersedih...;'(




Masa berganti masa, hari berganti hari...Harini 20 Januari 2012 genap setahun Abeja pergi mengadap Ilahi..Namun aku masih merasakan baru semalam Abeja pergi..Sedih dan luka dihati belum pulih sepenuhnya..Sesungguhnya tiada ubat atau penawar selain berdoa dan bersedekah utknya..Aku sememangnya takut utk bertemu dgn tarikh ini..Byk persoalan yg timbul dlm fikiranku..Adakah aku masih bersedih?Adakah aku sudah redha dgn pemergiannya?adakah aku sudah melupakan perkara yg amat mnyedihkan itu?atau adakah aku belum boleh menerimanya?Apa pun soalannya, aku harus akur bahawa masanya akan tiba..


Ya Allah, terima kasih kerana kuatkan iman aku sebagai seorang Muslim...Aku tidak dapat bayangkan kalau iman aku tidak sekuat skrg..Aku masih ada ahli keluargaku yg lain..Abah, Ma, K.ayu dan Ain..Aku masih ada suami yg sgt penyayang dan sgt memahami..dan yg paling penting aku masih ada Allah SWT..Bagi aku, Abeja adalah pinjaman sementara yg paling berharga dlm hidup aku yg diberikan olehNYA...Bila tiba masanya, 'pinjaman' itu akan 'diambil' oleh yang Maha Berkuasa...Aku redha Ya Allah..Aku redha...;'(




Aku sentiasa doakan ketenangan dan kejahteraan Abeja di sana..Semoga Abeja ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan bersama para solihin..Ya Allah ya tuhanku, Kau perkenankanlah doa kami semua ya Allah.."Kau ampunkanlah segala dosa2 Abeja semasa di dunia Ya Allah..Kau berkati dan halalkan lah segala rezekinya Ya Allah, Kau terimalah segala ibadah dan segala kebaikannya semasa dia hidup  Ya Allah, Kau kurangkanlah azab kubur utknya Ya Allah, Kau permudahkanlah titian sirat kpdnya kelak Ya Allah..Kau masukkanlah Abeja ke dalam syurgaMu Ya Allah..Sudilah kiranya Engkau temukan kami kembali di Akhirat kelak Ya Allah.."...Makbulkan lah doa kami ini Ya Allah...Sesungguhnya Kau lah Yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani..




Firman Allah S.W.T.: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185




p/s: Ana syg Abeja...Abeja tiada pengganti...




                                                             -Aku sayang mereka-

Wednesday 18 January 2012

Kenapa x se'best' dulu?

Assalamualaikum...


Harini aku konfius n pelik sikit...xtau knapa sambal udang yg aku masak x sesedap dulu..dh byk kali aku buat tp still kurang sdap..x mcm dulu masa aku masak sblm aku kwen..xtau kt mana silapnye...



Tp abang ckp ok je..mungkin die nk jaga hati aku...sape tau kn...die mmg xpernah sekali pn ckp xsdap mkanan yg aku masak..;). aku beruntung sgt2 sbb dpat suami mcm die..xprnah merungut pn kalo aku masak xsdap...sdap ke xsdap ke msti mintak nasik tmbah..hehe...(ni kalo die baca msti kembang bontot die)...sbaik die xtau pn aku ada blog ni..hehe...


Hadith Nabi


Dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah mencela setiap makanan (yang dihidangkan kepadanya), tetapi jika ia menyukainya akan dimakannya. Sebaliknya, jika tidak, Nabi s.a.w. akan meninggalkannya (tanpa memperlihatkan ketidaksukaannya).


Suatu ketika, Nabi s.a.w. meminta lauk kepada salah seorang isterinya, lalu si isteri mengatakan, “Kami tidak punya lauk kecuali cuka.” Nabi s.a.w. lantas minta diambilkan cuka tersebut. Nabi mengatakan sambil memulai memakan dengan lauk cuka, “Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka”.
 (HR. Muslim)




 See, kita sepatutnye mengikut contoh Nabi Muhammad SAW..xbaik mencaci atau mencela makanan sbb makanan tu kan rezeki dr Allah Taala..sepatutnye kite bersyukur kerana Allah masih sygkan kita dgn memberikan kita rezeki yg besar nikmatnya..Bygkan kalo kita xdpt mkn 1 hari..apa rasa?..dh tentu kebulur x hengat...







p/s: sambal udangku yg aku xtau apa yg kurang.....

Wordless Wednesday



Assalamualaikum....


Apakah Wordless Wednesday ??

 Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata..









p/s: Aku happy sbb Abg dh mula sayang kt Bobo n Comel....;)

Kisah Hurairah...

Assalamualaikum...


Today, i just nk share story psl kucing...layannnnnn.............









Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.
“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.
“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.
“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.
“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.
“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.
“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.
“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.




Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”
Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.
Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.
Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.



Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.
Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.
Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.


Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.
Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.
Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”
Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.
“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”
Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.
Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.
Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.
Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.




Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

Sumber: 
http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/akibat-buruk-sangka/#ixzz1jlxcby3H