Friday 30 November 2012

Nabi Ibrahim a.s dan Malaikat Maut

Assalamualaikum.....



Salam Jumaat...Aku nak share cerita yang aku baca kat korang semua...Semoga kita semua mendapat manfaat...


Baca dengan 'mata hati' pasti akan faham maksudnya..InsyaAllah..Selamat Membaca...




Nabi Ibrahim a.s ialah kekasih Allah SWT, pemimpin para pemuda dan orang yang sentiasa memuliakan tetamu..Bginda tidak pernah makan pada waktu siang dan malam melainkan bersama tetamunya...


Nabi Ibrahim a.s ialah nabi pertama yang digelar sebagai seorang muslim Hanif (lurus) oleh Allah SWT. Baginda juga dikurniakan lisan yang sentiasa sarat dengan hujah (argumentasi) dalam menyampaikan keesaan Allah (tauhid). Selain itu, Allah juga menganugerahkan kepada Ibrahim lisan yang sentiasa dipercayai oleh orang lain..


NAbi Ibrahim a.s juga manusia yang dihadapkan dengan berbagai-bagai ujian.Baginda juga dikenali sebagai bapa para nabi. Baginda sentiasa mengingati kematian dan juga sangat disayangi oleh Malaikat Maut..


Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a. bahawa Ibrahim a.s bertanya kepada Malaikat Maut bagaimana ia mencabut nyawa orang-orang beriman? Malaikat Maut menjawab : "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Lalu Ibrahim pun memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut sehingga baginda boleh melihat Malaikat Maut dalam rupa seorang pemuda tampan yang mengenakan pakaian bagus dan wangi..Ketika itu Ibrahim berkata kepada Malaikat Maut. "Demi Allah, seandainya seorang Muslim tidak mendapat kebahagian, maka cukuplah dengan melihat rupamu ini dia akan berbahagia"..Kemudian Nabi Ibrahim berkata lagi, "Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau mencabut nyawa orang kafir?" Malaikat Maut menjawab, "kamu tidak akan sanggup untuk menyaksikannya"..Nabi a.s kembali meminta, "perlihatkanlah kepadaku"..Kemudian Malaikat Maut pun berkata, "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Ibrahim memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut dan kelihatanlah susuk tubuh seseorang manusia berkulit gelap, kedua dua kakinya  berada di bumi dan kepalanya menyentuh langit..Rupanya ialah rupa terburuk yang tak pernah wujud..Di bawah setiap bulu tubuhnya ada percikan api neraka..Kemudian Ibrahim berkata, "Demi Allah, jika tidak ada balasan lain bagi seseorang kafir, maka cukuplah dengan melihat wujudmu"...





Buku yang aku baca...InsyaAllah aku akan berkongsi cerita dengan korang semua..




Kisah seterusnya : Bagaimana Malaikat Maut Mencabut Nyawa di Barat dan Timur dalam Satu Masa?






p/s : Bilakah Malaikat Maut akan 'menjemput' kita?





Thursday 29 November 2012

Gulai Ketam Ala Percik

Assalamualaikum...



Sape suka makan ketam? Sila kembangkan hidung korang...hahaha..Aku suka giler makan ketam tapi mesti orang menyirap tengok aku makan ketam..sebab apa??sebab aku suka makan isi kat perut dia je..kaki, peha, tangan semua aku tak makan..eh, ketam ada peha ke?hahaha...mengarut sudah ni..


Apa yang korang selalu masak dengan ketam ni? aku selalu goreng kunyit, goreng berlada, masak tomyam dan buat gulai ala percik tu..mesti korang tak pernah rasa kan gulai ketam ala ala percik ni? eh percik ala kelantan je kot..kalau percik korang aku tak tau lah macam mana..hihihi..sedap wooo...rugi giler kalo korang tak try resipi aku ni..ni resipi turun temurun..dari kecik kot aku makan gulai ketam mak aku ni..(dari kecik la konon.. tapi setiap kali nak masak mesti kakak aku talipon aku tanya resipi..dan setiap kali tu la aku lupa..hahaha..last2 tanya adik aku..wei yu, lepas ni ko jangan tanya2 aku dah..ko salin resipi ni..)




1 gambar ni je yg ada..tak nampak kuah sebab dah terkering...muahahaha..




Bahan bahan


  • Ketam 2 ekor ( dipotong dua)
  • Santan 1 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Cili kering 2 sudu 
  • Halia 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Garam

Cara-cara

  • Tumbuk bawang merah dan halia
  • Masukkan santan, cili kering, garam, serai yang diketuk dan bahan yang ditumbuk tadi
  • Kacau sedikit dan bolehlah masukkan ketam yang dah dipotong dan dicuci bersih
  • Biarkan mendidih sehingga ketam bertukar warna menandakan ketam dah boleh di NGAp!hehehe...Sonang jo..Cubo la yo..






p/s : Tapi kan, aku pernah makan ketam masak kari parpu kat Bamboo Beach Restaurant  kat Langkawi aritu, memang sedap giler giler..1st time tau aku makan...rasa nak gi Langkawi lagi makan ketam masak kari parpu...kuikuikui..




Wednesday 28 November 2012

Wordless Wednesday # 42

Assalamualaikum....



Jom layan gambar my meow...banyak gambar lama..dah lama tak buat photoshoot dorang ni...


















kuku tersangkut kat langsir...hahaha...










p/s : My Meow makin hari makin bertambah....beranak, beranak dan terus beranak...Aku?? belum lagi....;P





Tuesday 20 November 2012

Boikot McD dan Selamatkan Rakyat Palestin

Assalamualaikum....






Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang semata mata nak dapatkan burger percuma...Non Muslim pun boikot...tapi kita??? 



* terfikir pulak kenapa McD tetiba bagi burger free...










Apa salahnya menghulurkan sedikit bantuan untuk mereka...Selamatkan bumi Gaza..Sama sama kita menderma...






p/s : Kalau boleh nak boikot sampai bila bila...selamat tinggal my Mc Flurry..;)





Friday 16 November 2012

Rendang Ayam Kampung

Assalamualaikum....



Walaupun harini, esok atau lusa bukan lah hari raya aidilfitri mahupun hari raya aidiladha, aku nak share resipi rendang ayam kampung yang aku buat time raya hari tu..lagipun tak semstinya time raya je boleh masak rendang..ye tak?ni rendang ala kami sekeluarga..tak tahulah rendang korang macam mana kan..sudi sudilah share dengan kami yer...Now, aku share resipi aku..


Resepi untuk 1 ekor ayam kampung..


Bahan bahan 

  • Ayam (potong ikut suka)
  • Santan ( sebiji kelapa)
  • Cili kering (4 sudu)
  • Lengkuas (2 inci)
  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (2 inci)
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Serai (2/3 batang)
  • Cili Api (suka suka hati)
  • Daun Kunyit (2 helai potong kecik kecik)
  • Daun Limau Purut (3,4 helai buang batang tengah)
  • Garam (secukup rasa)


Cara cara


  • Blend kan lengkuas, halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan cili api..
  • Masukkan ayam, santan dan bahan yang di blend tadi ke dalam kuali..
  • Bubuh sedikit garam dan gaul sehingga kering dan pecah minyak..Jangan bubuh garam banyak banyak sebab bila dh kering jadi masin pulak..
  • Kacau la sampai lenguh tangan korang..hihi..
  • Bila ayam dah empuk, campakkan daun kunyit dan daun limau purut 
  • Gaul sehingga rata dan bolehlah tutup api dan hidang..
  • Boleh makan dengan nasi himpit mahupun nasi panas..
  • Selamat mencuba.. senang je tak susah mana pun..;P






hamekk ko..1 kawah aku masak..haha..



dapnyer.....:)    credit photo : http://deqain.blogspot.com/





p/s : Kalau guna ayam bandar pun boleh gak..lagi senang empuk...Aku penah buat rendang ayam belanda yang tua...keras bangat!







Wednesday 14 November 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah


Assalamualaikum.....



Esok 15/11/2012 bersamaan 1 Muharam 1434 dah masuk tahun baru Islam atau tahun baru Hijrah...So, kita diharuskan supaya membaca doa akhir tahun iaitu selepas waktu Asar dan doa awal tahun selepas waktu Maghrib...


Doa di akhir dan awal tahun merupakan perkara yang baik dan harus dilakukan oleh semua umat Islam..Namun ia bukanlah perkara yang wajib..
Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika..Setiap waktu dan ketika itu termasuklah juga doa di akhir dan awal tahun...Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima...Jua berdoalah moga di tahun baru ini, kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin...Wallahua'lam...





Info



p/s : Salam Maal Hijrah untuk semua.....






Langkawi Day 4 (Time to Shopping)

Assalamualaikum....



Dah lama tak update pasal Langkawi...Belum habis lagi tau...Hari ni (13/10/2012) adalah hari terakhir berada di Pulau Langkawi..Pagi pagi dah bangun..Pergi sarapan then jalan jalan di Pekan Kuah..Time untuk shopping sebelum balik KL...tak ada apa nak beli just cari barang yang orang pesan..Malas nak shopping banyak banyak sebab malas nak bawak..Tapi barang yang orang pesan wajiblah beli kan..nanti orang kata kita sombong pulak...:)  




tak ingat apa nama kedai ni..tapi roti canai n nasik lemak die sodap..




First, Roy bawak kami ke Rams..kat sini macam macam barang ada..pinggan mangkuk, towel, cadar, comforter, langsir, beg dan segala macam mak nenek ada kat sini..hehehe...aku beli tempat letak rempah ratus dan selimut best 
je kat sini..nak beli cadar yang lawa giler kat situ tapi tak terbeli..rugi betul la..pastu Huda ada belikan aku set senduk kayu sebagai kenangan..thanks Huda..




with Huda comey...




Coco Valley ni owner Cina..so, abaikan..:P



Then, Roy bawak kami ke Perniagaan Haji Ismail Group..Kat sini lah tempat shopping coklat yang banyakkkk tuu...Roy cakap kalau nk shopping coklat better kat sini sebab satu satunya perniagaan coklat orang melayu kat Langkawi ialah Haji Ismail ni...so, kita wajiblah support perniagaan orang Islam kan..buat apa pergi kat orang Kafir..:)

Macam macam jenis coklat ada kat sini..pilih je korang nak jenis apa..Dulu aku memang peminat coklat tegar..tapi sekarang ni dah tak lagi..nak jaga kesihatan la konon kan..kena la kurangkan..so, aku just beli kisses, toblerone, daim, kit kat dan kinder bueno untuk kami bertiga (aku, suami, adik)..Sikit je..yang lain lain tu pesanan dan souvenier untuk keluarga mertua..tak banyak pun..kami datang nak hanimun bukan shopping yer..:P






sang suami tengah pening pilih coklat..haha..


See?sikit je kan?


RM136.30 je..memang tak membazir kan?




Posing kat Jeti Pekan Kuah jap...


Dah puas shopping coklat, kami ke tempat wajib di Langawi..Tak lain tak bukan mestilah kat Idaman Mahsuri..Kat sini lagi besar dari Rams dan macam macam jenis pinggan mangkuk ada..tapi sorry lah, aku tak minat sangat pinggan mangkuk ni..hadiah kawen aritu pun tak habis bukak lagi..banyak sangat set gelas dan pinggan mangkuk yang belum guna...so, sekali lagi kami tak membazir...Apa yang aku beli kat Idaman Suri ni? cuma 2 helai towel, 2 bijik handbeg,(aku kan giler handbag..ikutkan nak beli 5 bijik..haha) 3 bijik frame (2 orang punya 1 aku punya) dan 1 bijik tempat letak kuali..tu je..beli banyak banyak susah nak naik feri nanti..:P




macam macam ado..

ramai giler orang..

macam macam jenis pinggan mangkuk...adoi fenin..


frame Eida Si GEDIK yg punya..bila mau ambik daa??:P


RM123.00...cantek angka tu kn?hahaha..




Tu je lah yang aku shopping..tak banyak macam orang lain..bukan tak nak tapi malas nak bawak beg berat berat..yang sikit tu pun dah rasa macam senget bahu..lagipun tema kami hanimun bukan shopping..kalau datang Langkawi hanya untuk shopping, mungkin 5 troli penuh aku tibai..;) tapi tak baik shopping ikut nafsu kan?membazir tu amalan syaiton..Allah tak suka orang membazir...




p/s : Alhamdulillah, bajet untuk shopping tak banyak dan masih ada duit lebih untuk berjimba di KL pulak...heeeee......




Next Entry : Lunch di Restoran Wan Thai




Monday 12 November 2012

Sambal Udang Versi Aku

Assalamualaikum....



Bosannya hari ni..sunyi sepi ofis..jalanraya pun lengang...FB pun membosankan..blog?? bosan jugak..tak tau nak hapdate apa..kawan kawan pun tak banyak yang hapdate..cuti mungkin..tak pun bizi di pagi Isnin..eh silap..tengahari...almaklumlah cuaca kat luar tu mendung je macam pagi...:P  aku dah takde kerja..semua dah setel last week...Now, nak hapdate resipi je lah..ketandusan idea sekarang ni...Gambar sambal udang ni pun aku terjumpa dalam hardisk aku..Adik aku punya gambar la kot..belasah je la..janji hilang bosan aku ni..


kalau korang nak kopek kulit pun boleh..senang nak makan..:)


Bahan bahan


  • Udang 1/2 kilo
  • Bawang putih - 3,4 ulas 
  • Bawang besar - 1/2 biji (blend atau potong aje)
  • Cili kering (blend) - 3, 4 sudu (depend kat korang)
  • Garam
  • Gula (jika perlu)

Cara cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah
  • Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing.Kalau tak garing tak sedap sebab still 'rasa' cili tu (tak masak)
  • Kalau dah garing, masukkan udang dan tambahkan sedikit air
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa..Takpun gantikan garam dan gula tu dengan kicap dan sos..sama jugak rasa dia..lagi sedap kot:)
  • Biarkan mendidih sehingga udang masak dan biarkan kering sedikit (macam dalam gambar kat atas tu)
  • Hidang bersama nasi panas..


* kalau korang ada petai, just campak je dalam kuali sebelum tutup api...jadilah sambal petai udang...eh, udang sambal petai..takpun sambal udang petai..eh mana satu betul daa...dari dulu aku konfius...takpelah, yang penting maksud dan rasanya sampai....:P






p/s : Cuba yer kawan kawan sambal udang aku ni..kalau tak sedap, salahkan diri sendiri..jangan salahkan aku...hihihihi....actually, sambal udang memang banyak versi..ada yang letak belacan, kayu manis, asam jawa dan sebagainya...terpulang pada citarasa masing masing okay...






Thursday 8 November 2012

10 Makanan Yang Menggemukkan

Assalamualaikum....



Jom kita tengok makanan makanan yang boleh buat korang gemokkk mokk mokk....Sama sama kita jaga kesihatan lepas ni..Bukan saja berdiet untuk berat badan yang ideal tapi diet untuk kesihatan yang optima...:)


Sayangi insan di sekeliling anda! Jom jaga makan..=)


Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.



Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.





Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.



 Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.


Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.


Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).


Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.



1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.



 Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.


 Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan . Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.



Apa makanan feveret korang dalam list di atas??? Aku?? ofkos lah...... 

NASI LEMAK!!!!


Info : SINI


p/s : Kurangkan manis dalam makanan....tambahkan manis dalam senyuman......:)






Wednesday 7 November 2012

Banglo Kucing Idamanku

Assalamualaikum....



Aku tengah mencari design banglo kucing yang terbaik untuk meow meow aku yang semakin hari semakin ramaiiiii......tolongggggg!!......nak buat rumah dorang besar besar supaya dorang tak stress lagiiiii....Lepas ni jangan nak mintak keluar yer si comel ku sekalian...:P

Bukan apa, aku kesian kat kucing kucing aku tu..orang kata kalau nak kurung kucing, biarlah di tempat yang besar dan selesa supaya tak menyeksa fitrahnya...ye dakk??

Jom tolong pilih design yang sesuai untuk aku...Dulu sang suami dah pernah buat, tapi tak siap..last last bukak balik semuanya..so, nampak gaya kena carik kontraktor lain lah yer...


1) yang macam ni pun okay..kucing kat umah aku tu ada 13 ekor..huhu..



2)


 3)


 4)


5) ni lagi besttt....tp kalau hujan???


 6)


 7)



8)


 9)


10) kalau susah susah beli cage yang macam ni je la....




p/s : tengah survey dispenser food untuk meow meow pulak...