Friday 30 March 2012

Belum Daftar Lagi!

Assalamualaikum....


Salam Jumaat...


Hari ni adalah hari terakhir untuk mendaftar sebagai pengundi Pilihanraya Umum Yang ke 13 (PRU 13)...Sape-sape yang belum daftar tu boleh la bergegas ke Pejabat Pos berdekatan sekarang yer...Aku??..Mestilah BELUM daftar lagi..hihi..Kalau aku tak daftar harini mesti tak dapat keluar mengundi tahun ni..dan rugilah satu undian..


So, macam mana ek?nak daftar ke tak??Best sangat ke pergi mengundi?berdosa tak kalau aku tak nak mengundi??Aku tak suka Politik tapi mengundi tu tanggungjawab semua rakyat Malaysia..camno ni?Kita yang menentukan masa depan negara kita..so, kita kena buat PILIHAN YANG BIJAK untuk memilih pemimpin yang BIJAK! hehehe berkempen pulok..






 SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR
 Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a)
seorang warganegara Malaysia; (sudah semestinya aku org msia)
(b)
telah mencapai umur 21 tahun; (aku dah 27 tahun pun thn ni)
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan (ni masalahnya skrg..ic aku alamat lain)
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. (x hilang lg)

CARA UNTUK MENDAFTAR



PENGUNDI BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a)
datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b)
serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang
akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)
semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR 
dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut
sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d)
menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai
bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa
tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

p/s: Tengah pikir nak gi daftar ke tak!



Wednesday 28 March 2012

Kenapa Perlu Sombong??

Assalamualaikum....
















Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Wordless Wednesday # 13

Assalamualaikum.....


Al-Fatihah Abeja...Semoga kau tenang di sana......





Amin....


-Keratan akhbar Utusan Malaysia 20/1/2011-



-Pusara Abeja di Putrajaya-


Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974.


p/s : 
Maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, hadis no: 976.

Wordless Wednesday # 12

Assalamualaikum....


Cuba cari benda tersembunyi...hihi...

*kat atas baju kerja aku die lending...sabor je la..*


p/s:aku tak jadi iron baju tu sbb xsanggup kejutkan booba bangun tidur..;)

Tuesday 27 March 2012

Menyesal Tak Belajar Menjahit



Assalamualaikum...

Actually aku memang tak pandai langsung jahit baju..Apa punya pompuan la aku ni kan...Dah la tak pandai dah tu tak nak belajar..Bila baju koyak, butang tercabut mula la menggelabah nak kena jahit..tak kan nak hantar kedai setakat nak jahit sikit2 tu..malu lorr...Ada dua helai kemeja Abang yang butangnya tercabut..Adoyai...kenapa la senang sangat butang tu nak tanggal...Nak tak nak aku la kena jahit...

Nampak tak butang tu tanggal?sabor je la..kemeja putih tu aku tau la sbb apa tercabut..kemeja purple tu ntah kenapa..


Berpeluh-peluh aku jahit butang tu..rasa menyesal tetiba menebal sebab tak belajar jahit betul2 time kemahiran hidup form 3 dulu..hihi..Apa boleh buat...Kalau dah tak minat tu memang tak boleh nak paksa2..Satu2nya perkara yang aku memang malas nak belajar even benda tu agak penting..*penting ke?* penting bila ada kes camni...;)


cer tengok apa dah jadi..hahaha...serabai giler kot aku jahit...baju purple pun pakai benang putih..hihi..sori ye Abang..;)


JOM KITA TENGOK HASILNYA........
-
-
-
-

ok je kan aku jahit?cer teka yang mana satu jahitan aku?hihi...


p/s: Rasa macam nak belajar menjahit la pulok...hihi...

Ikan Keli Berapi...

Assalamualaikum...




Harini just nak share cmne cara nak buat ikan keli berlada...Lauk feveret suamiku..;)


Bahan2:
1) Ikan Keli
2) Cili api
3) Bawang merah
4) Bawang putih


 1 - Ikan keli dipotong 3 atau 4 mengikut kesukaan masing2...
 2 - Letakkan garam dan kunyit secukup rasa dan biarkan selama 10 minit
 3 - Panaskan minyak dan terus menggoreng.Pastikan goreng sehingga garing.  
      *abaikan kuali yang hangit tu..hehe*

Bahan untuk sambal :

4 - Bawang merah dan bawang putih 
     *kuantiti mengikut berapa banyak ikan keli tu..agak2 je la..hihi*
5 - Potong / blend kan bawang tu..


6 - Cili api kampung.
     *kuantiti pun mengikut selera masing2..kalau nk lebih berapi kena la tambah lebih sikit..*
7 - Tumbuk atau blend cili tersebut..
     *dalam gambar tu aku tumbuk skit blend sikit*

8 - Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dipotong / blend 
     tu..
9 - Tumiskan sehingga garing sehingga bertukar warna..hijau muda jadi hijau 
     coklat2 sikit..
10 - Bubuh garam secukup rasa..*Ajinomoto tidak dibenarkan ye..*
11- Setelah garing, gaulkan sambal tersebut bersama ikan keli yang telah siap 
      digoreng..



Hasilnya...........................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaaaa......................

 Presentation fail sikit...pinggan agak comot..
-
-
-
-
-
-

Close up sikit...biar tak nampak pinggan comot..;)

nampak cam sedap...tapi rasa belum tentu..hihi..



p/s : Senang je...cepat,sedap dan SANGAT BERAPI...hahaha....

Thursday 15 March 2012

Ya Habibi Ya Maulana (Restoran SABA)

Assalamualaikum...


Setiap hari Selasa kami off day (kedai tutup)..So, Abang decide nk belanja kami dinner di Restoran SABA, Cyberjaya..Masuk ni dah 3 kali kami makan kat sini..so,paham-paham je la kan kalau dh masuk 3 kali kami pergi maknanya makanan kat sini memang MANTOP..hihi..Tak caya, boleh la try..Tapi tu pun kalau korang ni jenis SUKA makan ARABIAN FOOD la..mcm KAMI..;)

 Masa kitorang smpai tu time peak hour..so,ramai gile orang..penuh takde tempat lgsg..terpaksa makan kat coridor restoran.meja tambahan mmg dah stanby..;)

Kami order hanith chicken 1 set, hanith lamb 1 set, muhsroom cream soup, ice lemon tea 2 dan nescafe 1..  

 Nasiknya banyak gilo..Satu pinggan untuk 2 orang makan..Tapi 'orang tu' xcukup satu..Siap mintak nasi tambah...Hambik ko..banyak gile makan..hihi..

 Jemput makan semua..(Abang makan tak pandang kiri kanan dah..)

Senyuman itu menandakan kami sudah kenyang...teramat2 kenyang.. TQVM to abang belanja kami NASI ARAB...;)


p/s: Next time harap2 kami dah tak sesat nak pegi restoran ni..3 kali pegi 3 kali sesat..hahaha..susah betul jalan kat Cyberjaya tu...TAK SUKA!

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday # 10

Assalamualaikum...


Jawapan kepada ini...


-
-
-
-
 -
-
-
-


p/s: Mulut manusia memang tak boleh nak tutup...termasuklah mulut aku..Mintak maap yer Amir...;p

*Budaya fitnah bukan budaya kita. Bukan semua yang orang politik buat, kita boleh tiru* (tetiba je..;p)

Wordless Wednesday # 09



Assalamualaikum...

Al-Fatihah untuk Adik Dirang...


Berita kehilangan adik Dirang pada 1 Mac lalu
-
-
-
-
-
-
-
Mayat adik Dirang ditemui rentung pada 8 Mac berhampiran kediaman mangsa
-
-
-
-
-
-
Polis mengklasifikasikan pembunuhan adik Dirang bermotifkan dendam (14 Mac 2012)
-
-
-
-
-
Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru.
-
-
-
-

PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang.


p/s: Sedih setiap kali baca artikel tentang kehilangan dan pembunuhan kanak2...diharap ibu bapa kat luar sana tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.

Tuesday 13 March 2012

Rumah Rasullullah

Assalamualaikum...




Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;
“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”


Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”


Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)




Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.



Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)

Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.

 Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

 Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka




Copy Paste fromMyIbrah

Monday 12 March 2012

Suami Soleh Isteri Solehah

Assalamualaikum...




Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

~> Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. ❤ InsyaALLAH 



Kenal tak sape ni?..Bila agaknya aku nak berubah sampai ke tahap ni??

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah
  • “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  • “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  • “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  • “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  • “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yg difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).



p/s: Sedang berusaha menjadi isteri solehah...