Thursday 30 August 2012

R.A.Y.A K.AM.I #4 ( 1 Syawal)

Assalamualaikum....


Masih belum habis cerita 1 Syawal ku..hehe..Siapa bosan harap jangan baca..eh,ada ke org baca blog haku ni?;p

Ok sambung lagi yer..Balik aje dari kubur, kami menikmati hidangan raya yang super duper sedap..Aku makan semua jenis juadah raya..Tapi sayangnya aku lupa nak ambil gambar..*huhu.. ruginya*...Baru je kami nak makan, saudara mara datang bagi salam nak beraya..huh,potong stim la..Sebaik hari raya kan..hahaha...Tetamu tak putus putus datang sampai lewat petang..Kami sempat curi curi pergi beraya ke rumah moyang saudara kami je..Selebihnya duduk di rumah layan tetamu..Sangat sangat penat tapi seronok...



sedara sebelah abah..


sedara sebelah ma..


keluarga hijau..pakcik Re (adik mak aku)


Sepupu sepupu perempuan belah ma..enam kerat ni je..


Keluarga kecil KAMI..(Tiada dalam gambar : Nenek, Makteh & Maksu)..Tengok tu mak aku buat peace yaw!hihi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan kami di 1 Syawal...;)



bersambung...



p/s : Harini aku ponteng kerja...huhuhu...




Wednesday 29 August 2012

R.A.Y.A K.A.M.I #3 (1 Syawal )

Assalamualaikum.....



Seperti biasa di pagi raya perkara yang wajib dilakukan ialah ke surau atau masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan bertakbir raya..Tahun ni sekali lagi aku tak berpeluang untuk itu..Sedih betul..Dah beberapa tahun nasib tak menyebelahi aku..Tapi takpe, mungkin ada sebabnya tersendiri..*positif*


So, tugas aku di pagi raya tak lain tak bukan wajiblah menyediakan dan menyiapkan baju raya suami aku..Lepas tu hidang makanan dan buat apa yang patut..Sambil tunggu yang lain balik dari solat aku siapkan diri aku pulak..

Tema kami tahun ni kelabu dan pink..Tapi sayangnya sampin suami aku tertinggal kat KL..so,pakai je la mana sampin yang ada kat kampung tu..Selepas selesai solat, kami terus ke tanah perkuburan di Kampung Telosan..Setiap tahun Tahlil Perdana akan diadakan di sini...


sorang nak balik sorang nak pegi..hihi...eh..eh..nape nampak cam plain je baju aku tu?(padahal polkadot);P


Tanah perkuburan yang kebanyakannya hanya ditanda dgn batu shj..Orang ramai sama sama bertahlil untuk sedekahkan kepada sanak saudara yang telah meninggal dunia..


Allahyarham Mek Bt Mamat adalah moyangku...
Allahyarham Besah Bt Bdullah adalah nenekku...
Allahyarham Mohd Zin Bin Muhammad adalah datukku...
Al-Fatihah...


Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solihin..Ameen Ya Rabb..






Nampak tak wanita tua dibelakang tu?itu adalah moyang saudaraku yang merupakan wanita tertua di Kampung Telosan dan mungkin juga di daerah Pasir Puteh..Usia beliau menjangkau 100++ tahun...Ya Allah panjang sungguh umurnya..Semoga beliau di berikan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT..Ameen...



bersambung...



p/s : Mula mula orang kampung usha pelik kat kami sebab bawak kamera besar dan klik klik kat tanah perkuburan..Tak sopan mungkin..Last last tok imam suruh klik gambarnya bersama AJK surau yang lain...;)







Wordless Wednesday # 32

Assalamualaikum....








p/s : Korang dah start puasa enam ke belum??




Tuesday 28 August 2012

R.A.YA K.AM.I # 2

Assalamualaikum....


Sehari sebelum raya, kami sibuk tolong ma dan abah buat apa yang patut.. aku tolong ma buat rendang, kuah kacang dan rebus ketupat nasi..Suami aku pulak tak payah tanya la kan..semua kerja dia kena buat..kesian jugak aku tengok dia..almaklumlah, kami family tak besar mana pun..lagi lagi lepas arwah abang aku meninggal, ma dan abah dah tak ada anak lelaki untuk bergantung harap..so, menantu lelaki lah mainkan peranan..

kopek+mesin kelapa, perah santan, tangkap+sembelih+buang bulu+potong ayam, kait rambutan, buat rumah kucing, buat wiring lampu ketupat, pasang pelita semuanya suamiku yang buat..alahai kesian sungguh...;)

Tapi takpe, taknak kesian sangat sebab abah bagi duit raya RM500 kot untuk dia..untungla kan..huhu..


Ayam kampung kami..;)

Untungnya jadi orang kampung ni sebab ayam, itik, telur, kelapa dan semua bahan bahan nak buat rendang tak payah susah susah nak beli kat pasar..Semuanya hak milik persendirian..Untungnya la haii...;)

 nak makan itik mentah ke bang?hihi..

rajin suami aku potong ayam..;)

tengah buat wiring lampu liplapliplap

adik aku tengah buang kulit kacang yang dah di goreng..


kucing pun ada rumah raya tau..;)


rendang ayam kampung ala KAMI..yummy..;)




bersambung....





p/s : besar giler kan gambar?baru puas hati tengok..ye dak?




R.A.Y.A K.A.M.I #1

Assalamualaikum.....


Seminggu cuti rasa LEMAU GILER nak datang kerja...huiih sabar je la..Pikir nak tolong suami je..kalau tak memang rasa nak benti kerja..hehe..Macam mana raya korang?best tak?meriah ke biasa biasa jer?kami macam tahun lepas jugak..bersederhana je..Raya kami dah jadi tak lengkap lepas arwah Abeja pergi untuk selamanya...

Kami gerak dari KL hari Khamis (16/8/2012) pukul 9 malam..Jalan tak jem tapi kereta banyak sangat..Perjalanan jadi slow sebab tak boleh nak potong memotong..Kami berhenti sahur kat hentian baru Gua Musang..MFC namanya..dalam pukul 9 pagi kami sampai di kampung Telosan Pasir Puteh..huhu..12 jam jugak la duk dalam kereta..macam dah leper je bontot...



Hentian MFC bukan KFC tau..(Muzdalifa Fried Chicken)..hihi..



Sampai je kampung, terkejut mak tengok pokok rambutan depan rumah yang lebat menggila berbuah..budak tecik pun boleh petik sebab pokoknya rendang giler..rasa macam tujuh keturunan makan pun tak habis sebab kami ada 3 pokok rambutan kuning yang berbuah lebat..Alhamdulillah pokok pokok tu berbuah lebat time kami balik beraya...

nampak tak?rendang kan?



Dan yang paling aku rindu selepas ma dan abah bila sampai kampung ialah.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

My cayang,sincin,bobo,bobo gemok,manja,jimmy


n ofkos my jerry..(sian die telinga luka)


bersambung....




p/s : serius, malas giler nak kerja!




Thursday 16 August 2012

Goodbye Ramadhan Welcome Syawal

Assalamualaikum....


Lagi beberapa hari je lagi Ramadhan nak pergi meninggalkan kita..Sedih sangat sebab kita tak akan jumpa bulan yang sebaik ini kecuali menunggu ketibaan Ramadhan untuk tahun depan...Semoga kita diberi umur yang panjang untuk bertemu 'nya' lagi..InsyaAllah..Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT...Ameen..




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat dan semua umat Islam di seluruh dunia...Ampun dan maaf dipinta andai ada khilaf dan silap...Jemput semua datang beraya di rumah saya...=)


Dari kami :
Anna & Arjuna















sebelum pulang ke kampung pastikan ini...;)








p/s : Berhati-hati memandu ke kampung halaman..Semoga selamat pergi dan selamat pulang...InsyaAllah...Ameen...







Turn Raya Kami

Assalamualaikum...





Last year Hari Raya ( 30/08/2011)   : My hubby's turn at Beranang

  • 2 hari sebelum raya baru nak gerak balik kampung ( petang baru sampai)
  • Hari raya ke 2 dah gerak balik kelantan



This Year Hari Raya ( 19/08/2012)   : My turn at Kelantan 

  • Khamis malam terus gerak balik..Jumaat pagi dah ada kat kampung..InsyaAllah..
  • Stay kampung sampai hari raya ke 4



Persoalannya?  

Aci tak?..hihi...




Wednesday 15 August 2012

Wordless Wednesday # 31

Assalamualaikum....






Selamat Hari Raya Abeja...



Al-Fatihah...




p/s : Kami rindu dia...Semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen..






Tuesday 14 August 2012

Berdoa Di Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan..

Ramadhan semakin di penghujung..Ambil lah seberapa banyak peluang untuk berdoa kepadaNYA..Jangan lepaskan peluang untuk bangun solat malam, membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT..(kalau korang uzur macam aku cukuplah dengan berdoa dan berzikir)..Dan jangan lupa banyakkan bersedekah mengikut kemampuan kita..Sesungguhnya berdoa dan beribadah di malam malam terakhir Ramadhan adalah sangat besar pahalanya..Hanya  'satu doa' aku kepadaNYA..InsyaAllah doa doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT..






Dr.Hamid Arshat : Dalam bulan Ramadhan ini saya lihat di klinik saya , setiap hari tidak putus2 ada pesakit2 yang  hamil . Bila masuk bilik perundingan saya, kelihatan wajah mereka berseri2  gembira dengan berita baik. Inilah suatu kurniaan dari Allah yang sangat2 dinantikan oleh pasangan2 yang menghadapi masalah ketidaksuburan.

More Info : SINI


p/s : Rasa sedih pun ada sebab period datang time last2 Ramadhan...;(





Monday 13 August 2012

Makanan Hati # 3

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Kareem...













Sumber : Facebook


p/s : Dah 4 hari aku tinggal puasa...;(


Wednesday 8 August 2012

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah..hari ini kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjalani ibadah puasa di hari yang ke 19 Ramadhan...Maknanya malam ni malam ke 20 Ramadhan kita berterawih..Macam mana dengan Solat Terawih korang?Berapa hari korang sempat berterawih di masjid/surau?berapa hari korang solat terawih di rumah je?dan berapa hari pulak korang tak berkesempatan untuk menunaikan solat terawih?Ataupun korang sibuk sangat buat persiapan Aidilfitri hinggakan lupa untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar? (peringatan utk diri sendiri)

Apapun alasan korang, semoga segala amal ibadah kita di bulan barakah ini diterima olehNYA..InsyaAllah...Ameen...


Semoga kita perbanyakkan amal ibadah kita di penghujung Ramadhan ini..Kerana 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".






Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. (Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.")


Dari Abu Hurairah r.a. : Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.



-setuju sangat dengan UAI-



p/s : Malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29...Sama samalah kita menghayati malam tersebut dengan beriman dan penuh yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah kepada Allah SWT untuk mengharapkan rahmatNYA dan keredhaanNYA...InsyaAllah..Ameen Ya Rabbal Alameen..












Friday 3 August 2012

Makanan Hati # 2

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Kareem...



















p/s : Dah 14 hari kita puasa..kejap je rasa..Masih berpuasa penuh..Alhamdulillah...







Thursday 2 August 2012

Semanis Aroma Buffet Ramadhan 2012

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan...


Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 13 kita berpuasa..Bila dah masuk pertengahan Ramadhan masing masing dah blur kan nak masak apa?So, apa kata kita terjah ke Semanis Aroma Buffet Ramadhan 2012 di Dewan Banquet UPM Serdang..Dengar cerita ada 200 menu yang di sediakan kat sana..Banyak giler kan?Makan lah apa saja yang korang nak makan..hehe...

Jom kita tengok pakej yang lengkap...cekidautt......


See?ada lebih 200 jenis makanan rupanya...hehehe..


Maklumat Lengkap 

Harga
Dewasa : RM 49.50 nett / seorang
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM24.50 nett /seorang
Berkumpulan (melebihi 10 orang) : Diberi diskaun sebanyak 10%
Blogger (Update entry dan Promosi Buffet Ramadhan Semanis Aroma di blog anda dan emaikan ke aroma.buffet@yahoo.com) : diberi diskaun sebanyak 50%..(wow,banyak gile diskaun..hehe..)


* Untuk pertanyaan dan maklumat yang lebih lanjut sila ke Facebook dan LIKE PAGE Ramadhan Buffet MAEPS atau call 012-390 3191 / 012-313 1091 / 012 38205091 / 012-38409091 atau 03-8947 1165



Tempat
Dewan Banquet UPM Serdang (boleh muat melebihi 1500 orang)

Menu 
Aneka masakan Melayu, masakan Thai, masakan Cina, masakan India dan masakan Barat (200 jenis)

Kemudahan
Surau yang sangat besar dan selesa.
(so,jangan risau yer semua..after solat kita boleh sambung makan lagi..hehe..)


Anda berminat??Sila rujuk peta di bawah...




UPM Serdang, GPS Coordinate  N2.99015 E101.72416




p/s : Jom ramai-ramai kita ke sana...Ajak semua pak long,mak long,pak teh mak teh,pak tam mak tam beriftar di Buffet Ramadhan di UPM...Pasti berbaloi baloi..hehe...