Thursday 19 December 2013

Gulai Ikan Tongkol / Kembung

Assalamualaikum...



Harini aku nak share resepi gulai ikan tongkol yang aku masak haritu...Actually kan, gulai ni sebenarnya lebih familiar dengan orang belah pantai timur especially kelantan lah...aku kan berdarah kelantan..hehehe...ofkos lah kena tau serba sikit masakan ore kelate..simple je pun resepinya...sebenarnya dia ada dua cara tau..terpulang kat korang nak yang macam mana...


ok, gulai yang aku buat ni macam ni caranya..


Bahan -bahan :

1) Ikan tongkol                                (aku guna separuh je..kalau boleh yg jenis lembut)
2) Santan                                       (sebiji kelapa atau sekotak)
3) Asam keping                           (3 keping)
4) Cili kering                               (2 sudu)
5) Lengkuas                                     (3 inci)
6) Kunyit hidup                            (2 inci lebih kurang)
7) Bawang merah / bawang besar   ( 5biji / sebiji)
8) Kacang panjang / timun batang  (suka2 hati)
9) Cili api                                    (suka2 hati)

Cara-caranya :


1) Rebus ikan tongkol yang siap dipotong dan dibersihkan..rebus dengan air yang sikit yang dicampur sedikit garam dan asam keping..(kalau biarkan 1 malam lagi best sebenarnya..sbb nak sebatikan rasa masin n masam ikan tu..)

2) Masukkan santan bersama lengkuas, kunyit hidup, cili kering dan bawang merah yang telah di blend atau ditumbuk ke dalam periuk..(masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk yang kita guna untuk rebus ikan tu)

3) Biarkan mendidih dan masukkan kacang panjang / timun dan cili api..


Tips : Masa nak rebus ikan tu, kita dah letak garam kan..so, gulai tu automatik dah masin..kalau tak masin, boleh tmbah sikit lagi garam..




dan inilah hasilnya..................


presentation tu memang fail sikit la..



Cara kedua senang sikit..bezanya cuma tak payah rebus ikan tu..kena guna ikan kembung sebab kalau guna ikan tongkol tak berapa sedap.. korang kena kurangkan sikit cili kering dan tambah sikit kunyit hidup tu..takpelah, meh sini aku bagitau caranya..


Cara ke 2 :

1) Masukkan santan, lengkuas, bawang merah, kunyit, garam, asam keping         dan 1 sudu cili kering..

2) Masukkan terus ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk

3) Biarkan mendidih dan masukkan kacang panjang/ timun/ cili api /cili besar..


Sama je kan? bezanya ikan tak payah rebus and kalau nak sedap ganti kacang panjang atau timun tu dengan belimbing buluh...lagi sesuai...resepi kedua ni boleh ganti ikan dengan udang...:)





Ok setel sudah...dua dua pun sedap sebenarnya...kalau rajin trylah dua dua..tapi suami aku lagi suka resepi yang kedua ni sebab dia suka ikan kembung..orang panggil gulai kuning..nama komersial tak tau plak..lain tau dengan gulai masak lemak cili api...harus mencuba...:)




P/s : kalau rasa rumit, tak payahlah try...hehehe...tapi kalau nak makan sedap, kenalah bersusah susah sikit...ye dakk??


Actually, entry ni khas untuk sahabatku Mashidayu Rosly...selamat mencuba yer..hehehe..







Tuesday 17 December 2013

Kadar Baru Tol Di Kuala Lumpur Bermula Dari 1 Januari 2014

Assalamualaikum.....




Tahun depan semua benda naik...yahoooo........inilah padahnya siapa yang mengundi kerajaan...yang aku peliknya, penyokong tegar kerajaan yang dok kecoh2 pasal isu ni...nasib korang lah kan....sape suruh pangkah yang salah...:P




LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90
LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00


HAMEK KAWWW.......KAW KAW punya naikkk............





Tok, kat KL ni mana ada istilah 'jalan biasa'.....semuanya jalan luar biasa yang kena keluarkan DUITTT......adoiiiiiii..................
gggrrrrr............


Thursday 12 December 2013

AURAT KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum.....



Dalam semanis kurma haritu ada bincang pasal topik ni...aku memang selalu tertanya tanya macam mana hukumnya kalau seorang perempuan bersalin dengan disambut oleh seorang doktor lelaki? dah banyak orang aku bertegang urat pasal ni...dorang kata darurat lah, takpelah sebab terdesak, doktor pun dah takde nafsu lah, macam macam lagi pendapat yang dorang bagi...yang paling aku panas telinga bila ada orang cakap doktor lelaki lagi pandai buat kerja dari doktor perempuan..jahitannya kemas la, tak sakit bila jahit lah...ohh dunia..apa nak jadi??  sanggup kita bagi tengok kita punya tut kat orang lain selain suami? bagi pendapat aku, bersalin bukan darurat selagi mana ada doktor perempuan kat dunia ni...tapi yelah kan, lain orang lain pendapatnya...


Ada juga cakap yang hospital kerajaan tak boleh pilih doktor lelaki atau perempuan..tu memang aku setuju lah..pihak kerajaan pun ada salah jugak dalam hal ni..patutnya bab bab sakit puan ni biarlah perempuan je yang handle..kiranya mansuhkanlah jurusan pakar sakit puan atau doktor bersalin ni untuk pelajar lelaki...tapi aku senang cakaplah kan...aku bukan PM...hehehe..


Ada jugak cakap masalah kewangan kalau nak ke hospital swasta..sebab kat hospital swasta je boleh pilih pilih nak doktor apa...bila bab ni aku tak berani la nak cakap banyak..sebab melibatkan masalah kewangan orang kan..aku nak tolong pun aku bukan kaya...kalau aku kaya..............(sila sambung sendiri).. tapi fikirlah, mana lagi penting??aurat dan maruah isteri atau duit?? duit boleh cari tapi kalau aurat dan maruah tergadai?apo nak di kato? 










1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang          terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.


Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.



Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.





(Petikan Semanis Kurma)