Thursday 31 May 2012

Bedroom Progress (3) - Design Idea

Assalamualaikum...




Kita sambung cerita.........


Bila dah konfem furniture set tu, kami pun membayar deposit sebanyak RM600.00...Dorang ambik masa sebulan nak uruskan pasal delivery tu...Mak aihh lama betul..Ada masalah kat kilang katanya..Layan je la labu..


After 1 month.........
Kami dah dapat furniture tu..Lama giler kot kami tunggu.Tapi sebaik bukan nak guna cepat..Abang terpaksa 'ngular' balik kampung jap..(pagi pegi ofis just thumbprint pastu hilang..petang dtg thumbprint n terus balik umah..hehe...jahat tau) Cuti tak diluluskan terpaksalah buat macam tu..ye dakk?..;p..Orang perabot ni pun satu hal, janji hari sabtu tapi delay ke hari isnin..Memang tak la kan nak mintak cuti..


* Kali ni servisnya kurang bagus..tapi takpela ,asalkan murah! Jimat tu penting!*




pekerja perabot tu tengah pasang almari dan katil


- kedudukan almari dan dressing table (1) -
*kalau macam ni dah sama macam bilik kat rumah aku..bosan!nak kan kelainan*

- kedudukan almari dan dressing table (1) -
*macam ni ok kot..nak bukak almari pun lepas*
Korang rasa ok tak?;)

- kedudukan katil -
sebelah kanan katil tu nak letak apa yer?any idea??
*abaikan langsir biru tu*






Sedikit Info Yang Perlu Anda Tahu:




  • Anda perlu ketahui bahawa setiap bilik perlukan titik tumpu begitu juga bilik tidur. Untuk bilik tidur katil adalah titik tumpu. Untuk bilik yang luas letakkan katil di tengah-tengah
  • Letakkan katil supaya ia tidak menghalang pintu masuk, almari atau bilik mandi.
  • Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik. Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih katil bujang daripada katil saiz besar atau ‘king size’
  • Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu saja meja sisi dan sebelah lagi letakkan lampu lantai.
  • Jika ruang bilik anda tidak bersegi empat sama sisi atau mempunyai dinding yang panjang, gunakan almari pakaian pasang siap ‘built-in’ tinggi hingga siling bilik. Ini memberikan lebih ruang penyimpanan.
  • Buang perabot atau aksesori dekorasi yang tidak membantu anda mendapatkan ruang yang nampak kemas, luas dan teratur.
  • Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
  • Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.
  • Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.
  • Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar. 

Sumber : SINI


p/s: Banyak lagi penambahan deco2 eric leong yang kena buat!!...;P

Wednesday 30 May 2012

Bedroom Progress (2) - Choose Colour + Furniture

Assalamualaikum...




Bila bilik dah siap di plaster, kami pun kelam kabut la nak pilih kaler yang sesuai untuk bilik kami tu...Entri sebelum ni aku ada mintak pendapat kawan-kawan dan pendapat family kaler apa yang sesuai..So, kami pun memilih kaler dengan mengikut majoriti dan juga persetujuan kami suami isteri...Lagipun kaler tu kena dan ngam la dengan tema wedding adik ipar aku yang akan berlangsung tak kurang seminggu lagi...(aku bagi pinjam bilik aku untuk dijadikan bilik pengantin...oh,sungguh baik hati ini..haha)




Dan setelah berjaya memilih kaler bilik, kami pun decide untuk men 'survey' furniture pulak..Lokasi kami ialah di Balakong..Sape2 yang suka tukar dan beli perabot mesti tahu kenapa kami pilih tempat tu..Murah dan sangat banyak pilihan..

Dah tiba masa untuk buat pilihan...Benda yang paling aku tak suka..huhu..

 nak yang ni......

yang ni....

atau

yang ni?

Lama jugak kami pikir..tak tahu nak buat keputusan..Banyak sangat pilihan sampai jadi konfius...Then, kami ikut kata sepakat memilih...................
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-

 yang ni.......


RM 2,399.00 tapi after less RM 1,998.00 only..

banyak kan dapat diskaun?paling aku puas hati dengan bedroom set ni sebab dapat 2 almari..1 untuk saya 1 untuk dear..hehe...(bolehlah sumbat baju yang tak berapa nak pakai tu dalam almari baru ni) 


Dah setel buat pilihan, kiter posing sikit...phewwiittt..





 Sebelum chow, jom tengok kaler bilik kami
..................................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Yeaayyy....MUSTARD COLOUR..!!
(Sesuai tak black furniture dengan MUSTARD COLOUR?...;)





p/s: bila tengok gambar yg ke-7 tu, baru perasaan yang kami dapat 2 unit sleeping pillow...adoyai..lupa nak mintak..orang tu pun mungkin lupa..takpela, xde rezeki namanya...




Wordless Wednesday # 21


Assalamualaikum...

Siapakah wanita debab ni??hehehe...





Tuesday 29 May 2012

Bedroom Progress (1)

Assalamualaikum....




Dah lama aku nak up entri pasal bedroom baru aku ni..Cuma tak berkesempatan..Lately bizi sangat..bizi dengan banyak perkara dan terpaksa batalkan dan tangguhkan segala jenis percutian...huh, sedih betul..tapi takpe, mungkin semua tu ada hikmah disebaliknya..ok,jom kita cerita pasal bedroom aku ni..




Actually, bedroom aku dah 98% siap..siap dengan cat, perabot dan sedikit deco oleh aku dan suami..Cumanya lagi 2% tu aku ada nak tambah sedikit lagi hiasan untuk mencantikkan dan menyerikan lagi bilik aku tu....cheewaah...


Tapi entri ni aku just nak tunjuk gambar progress selepas siap di plaster..hehe..Layankan dulu..


kat tepi sebelah kanan tu pintu bilik air..
Keluasan bilik : 16' X 10'


Keluasan Toilet :5' X 3'  (Kecik jer)
Ada 2 pintu..Satunya kat dalam bilik kami, satu lagi diluar bilik.(maknanya 2 in 1..orang luar pun boleh guna bilik air kami..baiknya hati kami;)


Pintu keluar tu khas untuk kami keluar/masuk tengah2 malam..dah xkacau orang lain..:)

Garaj khas untuk WVS 8115 kami..;)



p/s: Agak-agak kaler apa yang kami pilih untuk bilik ni??hehehe...tungguuuuuuuuu..................

Monday 28 May 2012

WWW 1 RM???

Assalamualaikum...




RM 500,000.00 ++


Cer teka berapa harga nombor plat kat bawah ni??Percaya atau tidak nombor plat WWW 1 ni mencecah lebih setengah juta ringgit..Adoii membazir betul la sape yang beli nombor ni...Dah macam takde benda lain nak beli..Baik sedekah kat aku je duit korang tu...;)

Sape je yang sanggup berhabis RM500k ++ untuk nombor ni??Dah tentu la orang kaya-kaya yang gajinya mungkin 900k tiap-tiap bulan...huhu...Alangkah baiknya kalau duit tersebut disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat...Tapi kalau dah terlampau duit banyak, APA ADA HAL kn?hehe...

Tapi dengar cerita nombor ni telah selamat dijual dan dibeli..Aku ada dengar kat radio pagi tadi...Tapi nama jutawan dan harga yang dibeli tu aku tak dapat nak pastikan...Sama-sama kita tunggu newspaper esok...jeng..jeng..jeng...Siapakah jutawan yang kaya raya itu????opps...hee..cer klik sini

Penting sangat ke nombor plat kenderaan ni?Semua tu bergantung pada diri kita sendiri..Tepuk dada tanya selera...(kalau mampu ok je kot..)


 RM 66,550.00


RM 300,000.00 ++




RM 200k ++..hehe..acah je..RM200.00


p/s: Cer teka kenapa 8115?

Thursday 24 May 2012

Solat Sunat Awal Rejab

Assalamualaikum...




Rasullullah bersabda :


"Sesiapa yang menunaikan solat 60 rakaat pada Bulan Rejab iaitu 2 rakaat pada setiap malam dengan membaca :


Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun 3x (Rakaat pertama)
Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 1x (Rakaat kedua)


...kemudian setelah salam, membaca doa berikut :


Tiada tuhan selain Allah satu-satunya, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dia hidup dan tidak akan mati, ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu, kepada-Nyalah semua kembali, tiada yang berkuasa dan tiada pula yang mempunyai kekuatan selain Allah yang maha tinggi lagi maha Agung. Sampaikanlah salam sejahtera kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya.


...kemudian mengusap wajahnya dengan kedua tangannya, maka Allah akan memakbulkan doanya dan memberinya pahala 60x haji dan umrah".


Solat Awal Bulan Rejab

Lafaz niat solat ini adalah seperti berikut:
"Usalli sunnatan rajabirrak'ataini lillahi ta'ala"

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Rejab 2 rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Qadr (3x)
Rakaat kedua:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Ikhlas

Dirikanlah Solat Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat




Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan solat 12 rakaat.Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis, dan sesudah Isyak dirikanlah solat sunat tersebut..

* Kalau ikut tahun ni, hari Khamis minggu pertama Bulan Rejab adalah hari ini iaitu 
24 Mei 2012..Siapa siapa yang berpuasa bolehlah sama sama kita buat yer malam ni..InsyaAllah.. *


p/s: Baru pertama kali aku nak cuba buat..Mudah-mudahan aku berpeluang..InsyaAllah...

Wednesday 23 May 2012

Wordless Wednesday # 20

Assalamualaikum...

Hayati Kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) di bawah...
-
-
-
-
-
-





 hahaha..betul tu ustaz..;)


 kalo camtu aku nak jadi suri rumah je la...;)


Yang ni memang aku setuju sangat..;)


p/s : Aku peminat tegar UAI...;)

Wordless Wednesday # 19

Assalamualaikum....


Renungkan...




p/s: Cuba compare kan dengan kita? Subhanallah..

Monday 21 May 2012

Isteri adalah ratu



Assalamualaikum...




p/s : Bahagianya kalau suami sanggup buat semua tu...hihihi..

Friday 18 May 2012

ASB...Harus @ Haram??


Assalamualaikum...



Aku dah mula konfius pasal pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ni..Macam-macam fatwa dah keluar pasal hukum pelaburannya..Kejap kata harus kejap kata haram..Yang mana satu betul pun aku tak pasti..Baru-baru ni bos kecik aku ada email satu artikel yang mengatakan hukum pelaburan ASB adalah haram...Cer baca artikel kat bawah ni:-


Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

Untuk makluman anda, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 yang bersidang pada 21 April 2011 telah membincangkan berkenaan status Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) seperti berikut:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

            a.Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
                secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara
                patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada
                sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi
                daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام الاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan  yang haram atas yang halal.”

            b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB)
                 diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis
                 Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak
                 lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional ber-
                 teraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

            c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak ber-
                tepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini men-
                yukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Bagi mendapatkan keputusan berkenaan fatwa tersebut bolehlah layari laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti berikut: (www.muftiselangor.gov.my)
Bagi keputusan di atas hanya termaktub di dalam Negeri Selangor sahaja dan tidak melibatkan negeri-negeri lain adalah termaktub di bawah negeri itu sendiri untuk memutuskan berkenaan kedudukan ASN dan ASB tersebut.

Wallahu Ta’ala A’lam
Sekian, terima kasih.


Macam dah konfem je hukumnya haram..tapi bila aku baca kat sini dan sini, aku dah mula konfius..Apakah hukum yang sebenarnya??Perlukah aku menutup akaun ASB aku atau teruskan melabur di situ??Aku dah jadi was-was..So,keputusannya apa???




More info : pakdi.net & chulax12.blogspot



Kalendar & Cuti Umum 2013

Assalamualaikum...


Awalnya aku publish kalendar untuk tahun 2013..Tengah tahun pun belum masuk lagi..hehe..Bukan apa,saja nak kira-kira cuti untuk tahun depan..Bab-bab cuti aku memang excited giler..Senang  aku nak buat perancangan..*perancangan awal tu kan bagus*...Tapi perlu ingat, manusia cuma merancang, jadi ke tak jadi ke, Allah SWT yang tentukan...




Sape-sape yang ada plan nak pergi bercuti kat oversea atau kat dalam malaysia, nak balik kampung atau nak kemana saja pada tahun depan, bolehlah sama-sama kita tengok kalendar 2013 dan buat perancangan yang sebaiknya..
hehe..giler semangat..




KALENDAR 2013





*Tertakluk kepada perubahan sebab kalendar ni cuma ramalan awal je..Bulan September 2012 akan keluar kalendar yang konfem betul..;)


p/s: Harap-harap Allah SWT memudahkan segala urusan aku untuk tahun depan..Amenn...

Thursday 17 May 2012

‎30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA


Assalamualaikum...


Kepada semua kaum wanita, jom sama2 kita jauhi perkara yang dilarang..


1. Menyambung rambut palsu  (mmg tak la)
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi     (selalu je pakai..harap2 dpt jauhi)

4. Memperlihatkan perhiasan   (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama (lupa..:P
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri (pernah tanya2 je)
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami (alhamdulillah dgn izinnya)
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami (alhamdulillah dgn keizinan)
9. Derhaka kepada suami (tak smpai tahap derhaka kot)
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas (belum pernah..minta dijauhkan)
11. Mengingkari kebaikan suami (cmne ek ingkar kebaikan suami?)
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram (insyaAllah takkan berlaku)
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya (alamak,kena usaha lg)
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram (tak suka salam dgn lelaki..haramm..)
15. Menyerupai lelaki (tak mungkin)
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain (oo..tak boleh rupanya)
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan (keluar rumah mesti ada keperluan)
19. Masuk permandian awam (sejak kawen baru sekali)
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah (tak pernah cakar-mencakar)
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal (mmg aku tak percaya)
25. Menyumpah anak-anak sendiri (harap2 tak)
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu (takdok pembantu)
28. Mengganggu jiran (tak pernah ganggu pn)
29. Minta cerai kerana suami sakit (minta dijauhkan)
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi (minta dijauhkan)





Credit : FB Sham Kamikaze

Friday 11 May 2012

Ciri suami Awesome


Assalamualaikum..

Salam Jumaat...





Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan
...nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan dua helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)






Nabi S.A.W bersabda:' Takutlah kepada ALLAH di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnymereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barangsiapa tidakmemerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya,maka ia telah berkhianat kepada ALLAH dan Rasul-Nya.