Thursday 24 May 2012

Solat Sunat Awal Rejab

Assalamualaikum...




Rasullullah bersabda :


"Sesiapa yang menunaikan solat 60 rakaat pada Bulan Rejab iaitu 2 rakaat pada setiap malam dengan membaca :


Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun 3x (Rakaat pertama)
Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 1x (Rakaat kedua)


...kemudian setelah salam, membaca doa berikut :


Tiada tuhan selain Allah satu-satunya, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dia hidup dan tidak akan mati, ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu, kepada-Nyalah semua kembali, tiada yang berkuasa dan tiada pula yang mempunyai kekuatan selain Allah yang maha tinggi lagi maha Agung. Sampaikanlah salam sejahtera kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya.


...kemudian mengusap wajahnya dengan kedua tangannya, maka Allah akan memakbulkan doanya dan memberinya pahala 60x haji dan umrah".


Solat Awal Bulan Rejab

Lafaz niat solat ini adalah seperti berikut:
"Usalli sunnatan rajabirrak'ataini lillahi ta'ala"

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Rejab 2 rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Qadr (3x)
Rakaat kedua:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Ikhlas

Dirikanlah Solat Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat




Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan solat 12 rakaat.Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis, dan sesudah Isyak dirikanlah solat sunat tersebut..

* Kalau ikut tahun ni, hari Khamis minggu pertama Bulan Rejab adalah hari ini iaitu 
24 Mei 2012..Siapa siapa yang berpuasa bolehlah sama sama kita buat yer malam ni..InsyaAllah.. *


p/s: Baru pertama kali aku nak cuba buat..Mudah-mudahan aku berpeluang..InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment