Thursday, 19 December 2013

Gulai Ikan Tongkol / Kembung

Assalamualaikum...



Harini aku nak share resepi gulai ikan tongkol yang aku masak haritu...Actually kan, gulai ni sebenarnya lebih familiar dengan orang belah pantai timur especially kelantan lah...aku kan berdarah kelantan..hehehe...ofkos lah kena tau serba sikit masakan ore kelate..simple je pun resepinya...sebenarnya dia ada dua cara tau..terpulang kat korang nak yang macam mana...


ok, gulai yang aku buat ni macam ni caranya..


Bahan -bahan :

1) Ikan tongkol                                (aku guna separuh je..kalau boleh yg jenis lembut)
2) Santan                                       (sebiji kelapa atau sekotak)
3) Asam keping                           (3 keping)
4) Cili kering                               (2 sudu)
5) Lengkuas                                     (3 inci)
6) Kunyit hidup                            (2 inci lebih kurang)
7) Bawang merah / bawang besar   ( 5biji / sebiji)
8) Kacang panjang / timun batang  (suka2 hati)
9) Cili api                                    (suka2 hati)

Cara-caranya :


1) Rebus ikan tongkol yang siap dipotong dan dibersihkan..rebus dengan air yang sikit yang dicampur sedikit garam dan asam keping..(kalau biarkan 1 malam lagi best sebenarnya..sbb nak sebatikan rasa masin n masam ikan tu..)

2) Masukkan santan bersama lengkuas, kunyit hidup, cili kering dan bawang merah yang telah di blend atau ditumbuk ke dalam periuk..(masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk yang kita guna untuk rebus ikan tu)

3) Biarkan mendidih dan masukkan kacang panjang / timun dan cili api..


Tips : Masa nak rebus ikan tu, kita dah letak garam kan..so, gulai tu automatik dah masin..kalau tak masin, boleh tmbah sikit lagi garam..




dan inilah hasilnya..................


presentation tu memang fail sikit la..



Cara kedua senang sikit..bezanya cuma tak payah rebus ikan tu..kena guna ikan kembung sebab kalau guna ikan tongkol tak berapa sedap.. korang kena kurangkan sikit cili kering dan tambah sikit kunyit hidup tu..takpelah, meh sini aku bagitau caranya..


Cara ke 2 :

1) Masukkan santan, lengkuas, bawang merah, kunyit, garam, asam keping         dan 1 sudu cili kering..

2) Masukkan terus ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk

3) Biarkan mendidih dan masukkan kacang panjang/ timun/ cili api /cili besar..


Sama je kan? bezanya ikan tak payah rebus and kalau nak sedap ganti kacang panjang atau timun tu dengan belimbing buluh...lagi sesuai...resepi kedua ni boleh ganti ikan dengan udang...:)





Ok setel sudah...dua dua pun sedap sebenarnya...kalau rajin trylah dua dua..tapi suami aku lagi suka resepi yang kedua ni sebab dia suka ikan kembung..orang panggil gulai kuning..nama komersial tak tau plak..lain tau dengan gulai masak lemak cili api...harus mencuba...:)




P/s : kalau rasa rumit, tak payahlah try...hehehe...tapi kalau nak makan sedap, kenalah bersusah susah sikit...ye dakk??


Actually, entry ni khas untuk sahabatku Mashidayu Rosly...selamat mencuba yer..hehehe..







Luahan Hati Untuk Si Dia


Assalamualaikum....




Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina


Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta bayar sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari


Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 


Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan


Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak


Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan


Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana


Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..




konfem harga makanan untuk si comel pun akan naik...pasrah je lah oiii...



Tuesday, 17 December 2013

Kadar Baru Tol Di Kuala Lumpur Bermula Dari 1 Januari 2014

Assalamualaikum.....




Tahun depan semua benda naik...yahoooo........inilah padahnya siapa yang mengundi kerajaan...yang aku peliknya, penyokong tegar kerajaan yang dok kecoh2 pasal isu ni...nasib korang lah kan....sape suruh pangkah yang salah...:P




LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90
LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00


HAMEK KAWWW.......KAW KAW punya naikkk............





Tok, kat KL ni mana ada istilah 'jalan biasa'.....semuanya jalan luar biasa yang kena keluarkan DUITTT......adoiiiiiii..................
gggrrrrr............


Thursday, 12 December 2013

AURAT KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum.....



Dalam semanis kurma haritu ada bincang pasal topik ni...aku memang selalu tertanya tanya macam mana hukumnya kalau seorang perempuan bersalin dengan disambut oleh seorang doktor lelaki? dah banyak orang aku bertegang urat pasal ni...dorang kata darurat lah, takpelah sebab terdesak, doktor pun dah takde nafsu lah, macam macam lagi pendapat yang dorang bagi...yang paling aku panas telinga bila ada orang cakap doktor lelaki lagi pandai buat kerja dari doktor perempuan..jahitannya kemas la, tak sakit bila jahit lah...ohh dunia..apa nak jadi??  sanggup kita bagi tengok kita punya tut kat orang lain selain suami? bagi pendapat aku, bersalin bukan darurat selagi mana ada doktor perempuan kat dunia ni...tapi yelah kan, lain orang lain pendapatnya...


Ada juga cakap yang hospital kerajaan tak boleh pilih doktor lelaki atau perempuan..tu memang aku setuju lah..pihak kerajaan pun ada salah jugak dalam hal ni..patutnya bab bab sakit puan ni biarlah perempuan je yang handle..kiranya mansuhkanlah jurusan pakar sakit puan atau doktor bersalin ni untuk pelajar lelaki...tapi aku senang cakaplah kan...aku bukan PM...hehehe..


Ada jugak cakap masalah kewangan kalau nak ke hospital swasta..sebab kat hospital swasta je boleh pilih pilih nak doktor apa...bila bab ni aku tak berani la nak cakap banyak..sebab melibatkan masalah kewangan orang kan..aku nak tolong pun aku bukan kaya...kalau aku kaya..............(sila sambung sendiri).. tapi fikirlah, mana lagi penting??aurat dan maruah isteri atau duit?? duit boleh cari tapi kalau aurat dan maruah tergadai?apo nak di kato? 










1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang          terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.


Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.



Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.





(Petikan Semanis Kurma) 







Friday, 15 November 2013

Gathering After 10 Years

Assalamualaikum....



Bulan lepas, kawan kawan sekolah (SMK Bandar Tasik Selatan) ajak jumpa togeder geder..bak kata omputih gathering ataupun reunion..yang bermaksud berkumpul kembali setelah sekian lama terpisah...ceewahh terpisah la sangat kan...padahal masing masing duk dekat je..ada la 2,3 orang yang duk di luar kawasan dan tak dapat dikesan..hehe...lokasi kitorang kat stemboat MAEPS je..just makan makan and borak borak after 10 years tak jumpa...kang buat gathering jauh jauh takde sape yang nak join..jauh la, takde cuti la, ini la, itu la..baik buat dekat dekat dekat je...semua orang senang nak datang...tu pun tak cukup korum...yang sesat pun ado...hehehe...


Makanan kat sini not bad..semua ada..kau nak apa? nasik goreng?laksa? abc? aiskrim? rojak? steamboat jangan cakaplah..for sure ada..hehehe...sape yang tak pernah try, boleh la datang makan stemboat kat MAEPS, Serdang..1 kepala lebih kurang rm30..makanla banyak mana yang kau nak..kitorang makan dari pukul 6 petang sampai 10 malam..hah, ambik kau..tapi gambar lupa nak snap..Almaklumlah dah lama tinggal belog ni..pegi mana mana pun dah kurang ambik gambar..lagipun aku sibuk duk berborak dengan kawan kawan lama..biasalah lama tak jumpa..lepas 10 tahun baru jumpa balik..banyak benda dah berubah...dulu tolol tolol je..tapi sekarang ada yang dah jadi mak kpd 2 orang anak, ada yang tengah pregnant, ada yang belum kawen, ada yg dah lama kawen tapi belum ada anak (aku la tu), ada yg dulu kurus tapi sekarang dah chubby, ada yang dulu gemok tapi sekarang dah kurus (aku lagi), ada yg dulu free hair tapi sekarang dah bertudung..ahh macam macam benda lah dah berubah kalau dari segi fizikal..dari segi lain aku tak tahu..



ni la separuh dari budak2 class aku yg datang..(yg aku dukung tu anak Azizah, 5 dari kanan)






Tapi yang datang gathering ni sumenya gegurl..dah macam sekolah convent pulak..budak budak laki kelas aku memang dah pupus..ada 5,6 orang je..mungkin course prinsip akaun ni lebih sesuai untuk kaum pompuan kot..yang masuk tu mungkin tersalah pilih bidang ataupun terpaksa rela..hahaha..budak kelas aku tak ramai pun..tak silap aku 20 orang ++..tak sampai 30 orang rasanya..entahla, aku pun lupa..aku kan budak baru dalam kelas tu...hehehe..2 tahun je pun aku sekolah kat situ..4 tahun lagi kat sekolah lain..masing masing ada kenangan yang tersendiri yang tak akan aku lupa...rindunyaaaaaa zaman sekolah....kalaulah boleh putarkan masaaa.....



haa..ada pun seketul gambar periuk stemboat..hehehe..


kek gathering pun ado...


souvenier pun ada sebagai kenangan..








ni geng aku...budak2 panggil geng tepi tingkap..eh, tak cukup sorang..


haa..baru cukup korum...aku, syafa, jijah, dayah, aneesa dan azizah..syafa n dayah je senior dalam geng kami..lagi 4 orang tu budak baru belajar...huhu...
friendship forever never end..inshaAllah...





p/s : InshaAllah lagi 10 tahun kita jumpa lagi...doakan aku dah anak 5 time tu..hehehe...sayang korang semua!!!






Wednesday, 30 October 2013

Akhirnya....

Assalamualaikum w.b.t..........




Dah lama gile tak update blog...mood nak update memang ke laut cina selatan...walaupun dah nak masuk 2 bulan aku bergelar suri rumah sepenuh masa, tapi masa aku tu sangat terhad...serius, lagi banyak aktiviti kat rumah ni kalau nak compare time aku kerja dulu...tapi masa nak berfb still sempat...hahaha...harini entah macam mana rasa nak bukak belog...aku ni bukan malas nak update belog je tapi nak sign in pun malas..dalam masa 2 bulan ni ada la 2,3 kali aku bw blog feveret aku...memang tahap parah dah ni...takpe, aku akan cuba aktif balik memandangkan aku sayang sangat kat blog aku ni and sayang sangat kat korang..muehehe..baru nak berjinak jinak dah malas...ape la aku ni...banyak je cite nak share tapi tak tau nak mula dari mana...kita tunggu next entry je la..now, aku draft dulu ya...k, babai..take care korang....





nah, tengok gambar raya aidilfitri kami merangkap raya aidiladha...hahhaha....





Monday, 15 July 2013

Cuti Tanpa Gaji Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum.....



Lately mood nak kerja memang ke laut...dah tak tahu nak cakap camne...ada sebab kenapa aku jadi camtu..nanti aku update..tapi not now and maybe aku akan bagitahu sebab sebab nya next year..hahaha...sang suami suruh resign tapi aku taknak..sebab takut lama lama jadi bosan pulak duduk rumah...so, aku ambil keputusan untuk unpaid leave sepanjang ramadhan...Aku rasa tu keputusan yang terbaik untuk aku buat sementara ni...lagipun banyak benda aku boleh buat sepanjang bulan puasa ni...ye dak??



So, kepada yang bekerja tu, selamat bekerja ya..jangan malas malas....hehehe...






Kuliah Dhuha untuk muslimat bersama naib juara ustazah pilihan Astro Oasis musim pertama..
(suami dia orang arob...)









p/s : masuk kerja lepas raya...huhuhu...






Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H

Assalamualaikum....




pic : snap by my late brother on 30 July 2009...Time :  19:00:24     









P/s : Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh keinsafan..Semoga kita beroleh keberkatan dan segala ibadah diterima oleh Allah SWT....Ampun dan maaf dipinta...Al-Fatihah untuk arwah abang saya...







Thursday, 4 July 2013

Adik Saya Kawin Part 4

Assalamualaikum....



Sambungan cerita adik aku kawin ni belum habis sebenarnya...banyak gambar yang belum aku upload..nak upload semua memang tak lah kan...tapi sebenarnya memang banyak moment yang tak sempat nak snap..bila cakap pasal gambar atau photographer ni, memang kami tak akan lupa 'dia' sampai bila bila...Al-Fatihah..


So, aku nak share lagi gambar sekitar majlis kawin adik aku ni..tapi aku tak masuk semua gambar...gambar seterusnya bersambung di entri seterusnya...cekidautt......



makeup by Beauty.Me MakeUp & Bridal..Aku suka mekap dia..simple but gojes..:)



Kami memilih catering yang bertemakan masakan kampung...sebab dah biasa sangat makan kenduri nasi minyak  dengan ayam masak merah...apa salahnya tunjukkan kelainan...cewaahh ayat.....:p


 ulam ulaman, sambal belacan dan tempoyak


 pelbagai jenis ikan masin


 kerabu kacang botol campur tauge


 ikan cencaru sumbat


masak lemak cili api daging salai



ayam goreng berempah


bubur carca


buah sunkist



SRI JELAWAT CATERING
No.22, Jalan Jelawat Satu 17/1A, Seksyen 17,
40200 Shah Alam Selagor
No. Tel : 03-5541 5325
Email : srijelawat_06@yahoo.com.my
Blog : http://srijelawat.blogspot.com/  (tak berapa nak aktif je aku tengok..hihi)
kalau nak senang, direct call Ruby 016 396 9702 @ Zain 012 653 9717





 dan servis chocolate fountain terbaik by EIDA my ex-classmate


 memang sodap...terliur pulak aku....babe, please help me.........hahaha..


 banana and apple...suka giler pisang makan dengan cokelat.......yummyyy!!









Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh contact kawan aku ni di, 

Email : sheloveschocolate29@gmail.com
H/P : Call/sms/whatsapp/line : 012-2334792 (Eida)
FunPage :  Chocolate Fountain She.Loves.Chocolate.
Blog : chocolatefountainmurah.blogspot.com



dan hasilnya...........hehe..



oppss....gambar kat bawah ni terover size pulak..hehehe...




mula mula susunan camni...


 wekk!!
 1st time i berplum uollss...hehehe..


 cer tengok mulut aku ngan abang ipar aku...sama kan? asal eh kitorang wat mulut camtu?


last susunan jadi camni..hihi..
 tak tau nape aku suka gambar masa berarak ni...sebab tu tepek gambar ni banyak sikit...:P


Prince...


Princess..


 Prince & Princess ..hihi..


 New Family


Eh, pengantin nak gi mano ni???



p/s : k, bai....jumpa di next entri...(tak tau bila)    :P







Friday, 21 June 2013

Adik Saya Kawin Part 3 - Akad Nikah

Assalamualaikum....



Malam 31hb Mei - Majlis akad nikah diadakan di kediaman kami dalam suasana yang sederhana..Tepat jam 10 malam diorang dah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz...Alhamdulillah adik aku sudah bergelar isteri kepada Muhammad Sharif Bin Muda a.k.a Saripdol........:) Tahniah!!




Hantaran handmade by my sister


5 dulang di balas 5..tak ikut adat...:P


Kemeja T (kurang pasti brand apo)


Sirih junjung dan cincin (kotak cicncin belum letak)


Jam Tangan Tissot


Cokelat


Set Dunhill (sponsored from my bro in law)



Gambar sekitar majlis akad nikah....








 Jubah hitam tu tok kadi...tok kadi yang sama time aku nikah dulu...dia memang kelakar..:)


Dah selamat....Alhamdulillah..











sarung cincin

















candid..








kecik molek je saripdol ni..



My big family (eh, big ker?) 


pengantin with my parents


with ibu masing2..:)


anak abah...



kemain korang bergambau yer....



kakak pengantin yang over...:P


bila tengok pic ni baru teringat yang aku dan sang suami takde gambar bersama pengantin...huhuhuh...


my sister and bro in law...


saya dan suami saya.........:)


pengantin 10.10.2010........still suwiiiittt until when when...:P
semoga kami dikurniakan zuriat..Ameen.......


last............gwiyomi dari pengantin lamo...........





p/s : Setiap kali tengok gambar family, teringat arwah Abeja......tak lengkap rasanya gambar tanpa arwah abang......'kitorang rindu ko Ja...semua orang tahan sedih taknak sebut nama ko masa kenduri Ain'...Semoga kau tenang di sana abangku...Kami jua akan menyusul bila tiba masanya....





Al-Fatihah........;'(