Tuesday 31 July 2012

'Makanan Hati' #1

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan...















p/s : Renung renungkan dan selamat beramal...



Friday 27 July 2012

Hidangan Barakah

Assalamualaikum....


Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, macam macam program masakan yang kita boleh tengok kan?Apa rancangan masakan feveret korang?Aku ada pilihan aku sendiri iaitu Hidangan Barakah yang bersiaran di TV Al Hijrah pada setiap hari jam 5:30 petang..Sape yang balik kerja awal tu, berpeluanglah nak tengok..Memang rancangan masakan yang paling BESTTT pernah aku tengok...


Actually, program ni bertemakan masakan orang Timur Tengah..Chef yang masak ni pun berketurunan Arab dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan speaking London..Memang superb la Chef Ammar El Ali ni..Bukan saja pandai masak dan kelakar, tapi yang bagusnya tak lekang dari mulut dia berzikir setiap kali memasak..MasyaAllah..Tabarakallah..Subhanallah..selawat dan doa..Sikap yang harus kita ikut dan contohi..Korang wajib tengok tau..(menu dia sedap2)


Sape sape yang tak sempat tengok Hidangan Barakah ni bolehlah tengok siaran ulangannya pada pukul 12:00 malam..(tengah malam sangat kan ulangannya)..kalau nak resipi sila like FB HidanganBarakah


Masak dari hati..masak with iman...-Tagline Chef Ammar-


Tergelak sorang2 setiap kali Chef Ammar cakap 'suka suka hati'



p/s : Bagus betul TV Al Hijrah buat rancangan masakan Islamik macam ni..Asik asik tengok artis masak je..bosan jugak!



Wednesday 25 July 2012

Wordless Wednesday 30 # [ Masjidil Haram ]

 Assalamualaikum...


Salam Ramadhan...










*Hati jadi sayu bila tengok gambar gambar masjidil haram dan Kaabah..;'(


p/s : Subhanallah...entah kenapa setiap kali tengah solat terawih terbayang bayang tanah suci Mekah..moga moga ada rezeki ke sana..InsyaAllah..Ameen...








Tuesday 24 July 2012

Iblis Ketika Ramadhan

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan..




Sabda Rasulullah saw : Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:


1- Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2- Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3- Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4- Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5- Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelenggu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali (inner core) ketika bulan Ramadhan

6- Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam (pagi), mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.

Info : sini






p/s: Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, segala dosa-dosa kita yang lalu akan dihapuskan oleh Allah swt (insyallah). Jangan lupa untuk melipat kali gandakan ibadah kita terhadap Allah swt. Solat terawih jangan ditinggal ok. Kalau rasa tidak larat untuk bersolat di masjid maka lakukannya di rumah. Kejarlah malam lailatulqadar kerana malam lailatulqadar itu adalah malam yang paling mustajab untuk kita semua memohon doa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Jom berhijrah ke arah yang lebih baik!





Monday 23 July 2012

Roh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Al-Mubarak...


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber : Amieynna



Al-Fatihah...Semoga Abeja 'dibenarkan pulang' ke bumi atas izin-NYA..Ameen Ya Rabb..



p/s : Semoga aku diberi kesempatan untuk menziarahi pusara Abeja sekerap mungkin di bulan Ramadhan ni...Ameen...


Friday 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...




Very beautiful atrwork taken by my late brother..* Dah setahun 6 bulan dia pergi..;'(...Al-Fatihah..



Hadis Rasullullah SAW; " Telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat.Allah telah memfardukan atas kamu berpuasa padanya. Dibukakan di dalamnya semua pintu syurga dan dikuncikan di dalamnya semua pintu neraka dan dibelenggu di dalamnya segala iblis dan syaitan."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan An Nasaai serta Al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a)




p/s : Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua..Mohon ampun atas segala silap dan khilaf..




Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday # 29 [Artis Dan Hijab]

Assalamualaikum....



Heliza Helmi

 Diana Amir

 Irma Hasmie

Wardina Safiyyah

Yatt Hamzah


Nuremy Ramli


 Ana Raffali

 Nurfazurina


Natasha Hudson


Sharifah Sofea

Abby Abadi

 Abby Fana

 Siti Nordiana

 Ekin Mawi

Ann Hot Fm


 Farah Anuar


Catriona Ross


Aida Khalida


Anne Ngasri


 Farah Asyikin

 Raja Farah 


Siti Nurhaliza (kan lebih manis kalau pakai tudung camni;)


Yuna








Enot


Jojie


Noryn Aziz












eh,retis ke ni?haha...nk jugak!




p/s : Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)


p/s : Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab,33:59)



Friday 13 July 2012

My Lunch Hour on Jumaat

Assalamualaikum...


Harini aku nak share dengan korang pasal aktiviti aku time lunch especially hari Jumaat..Mungkin tak samala kan dengan aktiviti korang...Mungkin time lunch ada yang ambil kesempatan pergi shopping mall, supermarket, tengok wayang, makan-makan ataupun lepak di ofis tidur sahaja..dan aku ada aktiviti aku sendiri di rumah..Masa rehat selama 2 jam (keje gomen lagi lama kan) aku lagi suka menghabiskan masa di rumah sahaja..Jom tengok!! zaaaaassssssssssss......................



1) Kadang2 aku balik masak..kadang2 tapau..kadang2 tak makan pun..



       (kalau adik aku ada kat rumah, dia yang masak)



2) Aku basuh baju then jemur..Takpun kalau aku jemur pagi, aku tinggal nak angkat je.. (sebab petang2 selalu hujan kan)


3) Aku akan mandi bila cuaca tersangat panas..memang segar!Then, baru solat..


4) Tengok tivi..(kalau hari Jumaat biasanya aku akan dengar khutbah..Takpun tengok drama)

5) Baring-baring dengan 'my baby' mucukk..;)



6) Aktiviti wajib yang paling syokk......zzzzzz....(masing-masing tidur kat port feveret)






p/s : Itu lah aktiviti aku time lunch hour pada hari Jumaat..Sekian terima kasih..~heeee.........



         


Thursday 12 July 2012

Bahasa Isteri Yang Perlu Difahami Suami

Assalamualaikum...



Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan. hmmm..itulah lelaki..

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Cer tengok kat bawah ni..Beberapa sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.. (Para suami yang patut baca sebenarnya bukan para isteri)


1
. Waktu merajuk



Bil








Sikap








Maksudnya








Mengatasinya








1

Tiba-tiba tak mahu bercakap

Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf








2

Tiba-tiba marahkan suami

Dia cemburu dengan tindakan suami

Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu








3

Tiba-tiba menangis

Dia sakit hati dengan tindakan suami

Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.












4

Tidak mahu memberi khidmat

Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


2. Waktu gembira















Bil








Sikap








Maksudnya








Mengatasinya








1

Dia sudah rajin masak

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya








2

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Dia puas hati dengan tindakan suami

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu








3

Dia siap untuk tidur awal

Dia sudah akur dengan kehendak suami

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri








4

Dia bercakap dengan nada manja

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


3. Waktu benci 















Bil








Sikap








Maksudnya








Mengatasinya








1

Kehendak suami tidak dilayan

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya








2

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan








3

Makan tidak selera

Dia mahu simpati daripada suaminya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat








4

Tidur seorang diri

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.


4. Waktu mengharap 















Bil








Sikap








Maksudnya








Mengatasinya








1

Muka masam

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya








2

Meminta maaf sambil menangis

Dia benar-benar insaf

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu








3

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Dia hendak meminta suami membelinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak




Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

InfoSINI



p/s : Korang pernah buat tak sikap-sikap kat atas tu..?Aku..??hmm..semestinya pernah!  ;)