Friday 13 February 2015

Perginya Seorang Murobbi

Assalamualaikum.....



Emosi sangat terganggu sejak semalam....Allahurobbi..


Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali....Semoga roh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dicucuri rahmat...terasa janggal dan sedih untuk menyebut Allahyarham TGNA...;'(




Pergimu tiada pengganti...



Antara kenangan ku bersama TGNA....


1) Sekitar tahun 1998-2001
- Pertama kali melihat wajah bersih dan susuk tubuh beliau di sekolahku Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu..Ketika itu beliau hadir untuk merasmikan sebuah majlis anjuran sekolah tapi aku lupa majlis apa..
- Beberapa kali ke rumah beliau untuk bertemu sahabatku Nik Farhana yang juga cucu perempuan sulung TGNA..tapi tiada rezeki untuk bertemu dengan beliau...seorang pemimpin yang sangat zuhud...rumah sederhana, tiada pengawal dan sesiapun bebas keluar masuk di perkarangan rumahnya....
- Pernah menelefon Nik Farhana untuk bertanyakan homework, tapi TGNA yang jawab panggilan aku...MashaAllah berderau rasa seluruh tubuh dan terus terdiam terdengar suara TGNA yang sangat tenang..sangat tak sangka seorang ulama' hebat dan seorang Menteri Besar Kelantan pada ketika itu menjawab panggilan aku....   (ada ke MB lain jawab call telefon rumah??) 




2001




2) November 2011
- rezeki aku bersahabat dengan cucunya memudahkan aku bertemu lagi dengan insan hebat ini...Di majlis perkahwinan Nik Farhana, TGNA menjadi jurunikahnya...sangat2 bertuah...proses pernikahan yang paling simple pernah aku tengok sepanjang hidupku...tanpa menghulurkan tangan dan tanpa menyebut jumlah maharnya..hanya dengan satu akad sahaja..






 untungnya sang suami...








3) Januari 2013
- hanya sempat melihat kelibatnya semasa aku datang ke kediaman beliau untuk menziarahi sahabatku Nik Farhana semasa dia dalam tempoh berpantang...Sayu hati melihat beliau bertongkat tapi gagahkan juga untuk ke masjid...








Cicit Kembar TGNA






4) Februari 2014
-Kali terakhir bertemu TGNA pada 22 Februari tahun lepas..sebelum Subuh dah beratur di kediamannya untuk mentahnikkan anak buah aku, Amna Safiyya...Beruntungnya Amna..TGNA sempat mengusap rambut dan membacakan doa untuk Amna...Semoga Amna menjadi anak yang solehah berkat doa TGNA...



TGNA sangat uzur masa ni..





 Januari 2015 - majlis perkahwinan Nik Maulidil Huda...adik kpd Nik Farhana..(TGNA sakit dan ditahan wad ketika ini)


pewaris TGNA...generasi ke 4..semoga menjadi anak solehah...





Semoga syurga tempat mu ya Murobbi..........Al Fatihah..:'(


Jika begini sakitnya kehilangan seorang Murobbi, bagaimana para sahabat tika kehilangan mu Ya Rasulullah??? Rindu Kekasih Allah...Rindu padamu Tok Guru...


p/s : Salam takziah untuk sahabatku dan keluarga.....