Friday 13 February 2015

Perginya Seorang Murobbi

Assalamualaikum.....



Emosi sangat terganggu sejak semalam....Allahurobbi..


Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali....Semoga roh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dicucuri rahmat...terasa janggal dan sedih untuk menyebut Allahyarham TGNA...;'(




Pergimu tiada pengganti...



Antara kenangan ku bersama TGNA....


1) Sekitar tahun 1998-2001
- Pertama kali melihat wajah bersih dan susuk tubuh beliau di sekolahku Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu..Ketika itu beliau hadir untuk merasmikan sebuah majlis anjuran sekolah tapi aku lupa majlis apa..
- Beberapa kali ke rumah beliau untuk bertemu sahabatku Nik Farhana yang juga cucu perempuan sulung TGNA..tapi tiada rezeki untuk bertemu dengan beliau...seorang pemimpin yang sangat zuhud...rumah sederhana, tiada pengawal dan sesiapun bebas keluar masuk di perkarangan rumahnya....
- Pernah menelefon Nik Farhana untuk bertanyakan homework, tapi TGNA yang jawab panggilan aku...MashaAllah berderau rasa seluruh tubuh dan terus terdiam terdengar suara TGNA yang sangat tenang..sangat tak sangka seorang ulama' hebat dan seorang Menteri Besar Kelantan pada ketika itu menjawab panggilan aku....   (ada ke MB lain jawab call telefon rumah??) 




2001




2) November 2011
- rezeki aku bersahabat dengan cucunya memudahkan aku bertemu lagi dengan insan hebat ini...Di majlis perkahwinan Nik Farhana, TGNA menjadi jurunikahnya...sangat2 bertuah...proses pernikahan yang paling simple pernah aku tengok sepanjang hidupku...tanpa menghulurkan tangan dan tanpa menyebut jumlah maharnya..hanya dengan satu akad sahaja..






 untungnya sang suami...








3) Januari 2013
- hanya sempat melihat kelibatnya semasa aku datang ke kediaman beliau untuk menziarahi sahabatku Nik Farhana semasa dia dalam tempoh berpantang...Sayu hati melihat beliau bertongkat tapi gagahkan juga untuk ke masjid...








Cicit Kembar TGNA






4) Februari 2014
-Kali terakhir bertemu TGNA pada 22 Februari tahun lepas..sebelum Subuh dah beratur di kediamannya untuk mentahnikkan anak buah aku, Amna Safiyya...Beruntungnya Amna..TGNA sempat mengusap rambut dan membacakan doa untuk Amna...Semoga Amna menjadi anak yang solehah berkat doa TGNA...



TGNA sangat uzur masa ni..





 Januari 2015 - majlis perkahwinan Nik Maulidil Huda...adik kpd Nik Farhana..(TGNA sakit dan ditahan wad ketika ini)


pewaris TGNA...generasi ke 4..semoga menjadi anak solehah...





Semoga syurga tempat mu ya Murobbi..........Al Fatihah..:'(


Jika begini sakitnya kehilangan seorang Murobbi, bagaimana para sahabat tika kehilangan mu Ya Rasulullah??? Rindu Kekasih Allah...Rindu padamu Tok Guru...


p/s : Salam takziah untuk sahabatku dan keluarga.....



Wednesday 28 January 2015

Goodbye 2014..Welcome 2015..

Assalamualaikum.....



Selamat tinggal 2014...


Walaupun 2014 sudah lama melabuhkan tirainya dan Januari 2015 dah nak sampai ke penghujung, tapi rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kat semua...Semoga tahun ini LEBIH baik dari sebelumnya dan semoga kita semua menjadi hamba Allah yang LEBIH taat pada perintahNya..


Tahun 2014 banyak memberi aku pengalaman dan kenangan yang terindah yang tak mungkin aku lupakan...Aku nak throwback kenangan aku sepanjang tahun 2014...Cekidauttt....





Januari 2014


Semestinya bulan kesedihan kami sekeluarga...


01 Januari 2012 - Genap 2 tahun Atuk kesayangan pulang ke rahmatullah
20 Januari 2011 - Genap 3 tahun Abang kesayangan pergi buat selamanya..

Al Fatihah.....





Februari & Mac 2014




19 Februari 2014 

- Kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami..Alhamdulillah cucu pertama keluarga Haji Alaui dan Hajjah Ramlah selamat di lahirkan..Seminggu sebelum kami suami isteri berangkat ke Istanbul...=)



Assalamualaikum....Amna Safiyya Binti Muhammad Sharif




26 Februari 2014 - 12 Mac 2014 (Turkey-Madinah-Mekah)

Kenangan paling terindah buat kami suami isteri kerana di jemput menjadi tetamuNYA...Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar...Syukur padaMu Ya Allah..Perasaan yang tak dapat digambarkan sehingga sekarang...Rindu Haramain Dia saja yang tahu..Dapat pula ziarah negara Islam yang penuh dengan sejarah pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah iaitu Turkey,...MashaAllah...Pengalaman yang sangat sangat berharga yang tak akan dilupakan dalam hidup....Pertama kali menjejakkan kaki ke rumahNYA....Semoga kami diberi peluang kedua dan seterusnya...


 27 Februari 2014 - 04 Mac 2014 (6 hari 5 malam di Turkey)


 04 Mac 2014 - 07 Mac 2014 (4 hari 3 malam di Madinah)


07 Mac 2014 - 12 Mac 2014 (6 hari 5 malam di Mekah)




17 Mac 2014

Beberapa hari selepas kami pulang dari menunaikan umrah, di sambut pula dengan kelahiran anak saudara ku yang kedua...MashaAllah...Double double happiness...Seolah olah kami diraikan oleh mereka...before and after our Umrah...:)


  Ahlan Wasahlan Fiddunya....Nuh Muhammad Huzaifah Binti Khafidz






April 2014 (Surabaya,Indonesia)


Sebulan selepas pulang dari Umrah, kami terbang ke Surabaya..Tiket yang telah ditempah berbulan bulan lamanya...Teringin untuk melihat kebesaran ciptaan Allah SWT dan keindahan serta kecantikan Gunung Bormo di Surabaya, Indonesia...



4 hari 3 malam di Surabaya..





Jun 2014


Bulan Jun adalah bulan kelahiran kami berdua...Makanya kami celebrate di Bora Ombak sahaja...Alhamdulillah suprise aku menjadikk...hehe...


06 Jun 2014




Julai & Ogos 2014 


Menyambut Ramadhan dan Syawal bersama orang baru...Alhamdulillah bertambah ahli keluarga...

Terasa masih tidak lengkap...;'(






September 2014 (Guangzhou,China)


Buat pertama kalinya, aku ke luar negara tanpa sang suami di sisi...Kena tinggal sebab payah sangat nak mintak cuti...huhu..Banyak knowledge baru yang aku dapat sepanjang trip memborong ke China ni..Aku bersama ex classmate Cik Shafina Shaari..Thank you for accompanying me,Pina...:)

14 September 2014 - 18 September 2014  (5 hari 4 malam di Guangzhou)





Oktober 2014 


Anniversary 


Oktober adalah bulan cinta kami...ewaahh...101010 adalah tarikh kami diijabkabulkan....Genap 4 tahun usia perkahwinan kami...Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati hubungan ini hingga akhirnya....Semoga kami diberi peluang untuk merasai nikmat untuk bergelar ibu dan ayah suatu hari nanti...Ameen...


Love is Beautifull...





Krabi, Thailand


Sambutan untuk ulang tahun yang ke empat ini dah lama di rancangkan...Rasanya 9 bulan sebelum tarikh, kami dah book tiket untuk ke Krabi...Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk ke sana...Pergi sekadar untuk merehatkan mental dan fizikal...


10 Oktober 2014 - 13 Oktober 2014 (4 hari 3 malam di Krabi)






November 2014 



Melaka  


Trip bersama ex classmate di Melaka Bandaraya Bersejarah...Walaupun hanya di Melaka, tetapi kami tetap enjoy!!! terima kasih kawan kawan...



01 - 02 November 2014 (2 hari 1 malam)




Millionaire Marketing Mastery


Menghadiri kursus Dr.Azizan Osman di Shah Alam Convention Centre..Banyak ilmu yang aku pelajari di sini...InshaAllah akan di manfaatkan..


28 November 2014 - 30 November 2014 (3 hari 2 malam)





Disember 2014 



Pengedar  Dalan D'Olive


Alhamdulillah secara rasmi aku menjadi pengedar produk Dalan D'Olive yang di import dari Turkey...Sungguh tak sangka beberapa bulan selepas ke Turkey, kini menjadi salah seorang pengedar produk dari negara itu..Sangat kagum dengan hasil tanaman buah zaitun di sana..Semoga produk ini juga mendapat sambutan di negara kita...InshaAllah..



                               klik : http://dalandolive.blogspot.com/




Banjir di Pantai Timur


Aku berpeluang pulang ke kampung untuk melihat sendiri kesan banjir di sekitar Kuala Krai dan Tanah Merah...MashaAllah...besar sungguh dugaanMu...Alhamdulillah keluarga ku di Pasir Puteh dan Kota Bharu tidak terlibat dengan banjir besar ini...Sama sama kita doakan semoga mereka yang ditimpa ujian ini diberi kekuatan iman, mental dan fizikal...



Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita...Ameen..




Semoga tahun 2015 ini akan lebih indah buat aku dan keluarga....Semoga impian aku yang belum tercapai, akan menjadi kenyataan pada tahun ini, IshaAllah....dan semoga aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya......








p/s : Kemana percutian kita pada tahun ini agaknya??.....:)