Friday 29 June 2012

Cameron Highlands [ Pasar Malam Brinchang ]

Assalamualaikum...




Sesudah check in, angkat barang dan tukar baju (aku tak tukar baju pun), kami terus bergegas ke Pasar Malam Brinchang...Ni first time la aku jejakkan kaki aku kat pasar malam ni..10 tahun dulu, (lama gile weh tak datang cameron) tak pernah tahu pun ada pasar malam kat cameron ni..ikut bontot parents je bawak sana sini..Happening giler rupanya..Bermacam-macam jenis manusia,makanan dan souvenier boleh jumpa kat sini..memang syok sangat!!





Bermacam macam jenis makanan dan souvenier yang di jual..(aku beli selipar stoberi kaler pink)


posing sket..


Aku suka yang ni..sayur sayuran celup tepung!


Ramai kan manusia?


Tengok, apa yang dorang borong tu!





p/s : Suka giler dengan suasana malam yang dingin di Cameron..





Thursday 28 June 2012

Cameron Highlands [ The Star Regency Hotel Apartment ]

Assalamualaikum...


Sebelum aku cerita pasal CH, aku nak post gambar my ex-classmate's wedding, SHURA..aku nak ucapkan selamat pengantin baru kat Shura dan Haniff..Semoga kekal bahagia hingga ke jannah..Harap korang banyak bersabar dan banyak bertolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga..Semoga cepat2 dapat baby yang comel-comel...;)



Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.





Balik je dari majlis Shura, kami terus pecut naik ke CH..Actually memang kami tak plan beriya sangat nak ke CH ni..Malas nak plan sangat sebab takut tak jadi..bila tak jadi aku jadi frust sangat..

Kami bertolak dalam pukul 5 petang dan sampai kat Tanah Tinggi Brinchang tepat jam 8 malam..Kami terus cari hotel sebab masing-masing kepala dah pening dan berputar-putar dek jalan naiknya yg agak menguji tahap kemabukan korang..

The Star Regency Hotel Apartment adalah pilihan kami..Kami tak survey hotel hotel yang lain samada lagi murah dari hotel yang kami pilih ni sebab dah penat sangat..So, masing masing bersetuju dengan hotel ni..Kami memilih hotel apartment sebab kami berlima bukan berdua walaupun berdua itu lebih baik..;P

Kemudahan :
- 3 bilik 
- 3 bilik air (ada heater)
- TV
- Cerek Elektrik
- Peti Ais
- Sofa
- Meja makan
- Aircond semulajadi yang Allah berikan..Syukur!

*Rate : RM350/nite




 Bilik Ain

  Bilik Aku dan Arjuna (kami rapatkan katil..asalnya macam bilik atas)

 Bilik K.Ayu dan Abg Afis (dorang dapat bilik besar sebab dorang yang belanja)

 Ruang makan (baru perasan ada 4 je kerusi..habis tu lagi sorang duduk atas apa aritu?)

 Ruang Dapur (tapi dapur tak ada..Pantry sebenarnya)

Ruang Tamu yang best gilo sebab bila lepak situ angin luar masuk dan boleh membuatkan aku jadi beku!


View dari bilik hotel kami


* berdekatan dengan Pasar Malam dan Pasar Tani Brinchang..kami pergi jalan kaki je..;)


p/s : Cameron pun dah best apatah lagi Paris *tetiba*

Dejavu di Kinabalu

 Assalamualaikum...


Sejak cerita ni ditayangkan, aku dah mula jatuh hati..Mula-mula dulu macam bosan je tapi bila dah tengok jalan ceritanya, kira ok la kot..Tapi tak tahu lah macam mana dengan endingnya..entah-entah macam cerita Seindah Sakura tu..ending terpahape! Dan yang paling penting lagu dalam cerita Dejavu di Kinabalu ni memang best..Sebenarnya lagu ni lagu lama kan..Tapi aku baru dengar and baru tahu yang penyanyi asalnya Melly Goslow..hehe..Cerita ni dah buat aku giler dengan lagu Butterfly.Lagi-lagi bila Aqasha nyanyi and petik gitar sendiri...perghh...feeling habis wa cakap sama lu..Tiz pun ada nyanyi gak semalam..suara dia seksi bangat..serakserak basah gittew...;)



cer dengar sket Aqasha a.ka. Ammar nyanyi kat bawah ni..
.
.
.
.
.
.
.
.




Feel giler kan?




p/s : perasaan yang membuak2 ingin ke KUNDASANG!!!tolonggggggg!!!!!!!!!!





Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday # 26


Assalamualaikum...



Sila terasa.....;P





p/s : Kalau boleh dah taknak upload gambar-gambar yang bajet comel  tapi......................

Monday 25 June 2012

Tidur Berbantalkan Lengan Suami..

Assalamualaikum...




-aku paling suka wat cmni...sangat2 syokk..;)




Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.


... Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.

(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.


Dan peringatan untuk lelaki/suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.





 Aku rasa info ni memang betul..Anda bagaimana??




p/s: kepada para suami, sila jaga kebersihan ketiak anda dan pastikan tiada bau yang kurang menyenangkan..;)








yang ni belum pernah try..haha..

Friday 22 June 2012

Tips Bahagiakan Isteri.

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..Entri ni untuk semua lelaki yang bergelar suami..Baca yer suamiku..;)


1
.Selalulah beritahu dia yg anda sayangkan dia sgt.

2.Pujuklah dia sekiranya dia merajuk


3.Rajin2lah bg dia hadiah..tak perlu mahal..yg penting ikhlas dan penuh makna

4.Sekali sekala tu buatlah kerja rumah and let your wife rest.

5.Kalau pandai masak tu, sekali skala masaklah sesuatu yg special utk dia.

6.Peluk dan kiss la your wife selalu..jgn hangat time awal2 kawin je.

7.Tidurlah rapat2 dgn isteri...buang ego dgn mntak izin sekiranya kita letih dan nak tido dlu...jgn trus zzzZZzzz

8.Time dia marah, jgn naikkan lg kemarahan dia..belailah...

9.Jgn lupa tarikh2 penting dlm hidup dia dan anda.

10.If your wife ask your opinion, berilah dgn ikhlas..jgn asik jwb 'ikut sayang laaahh'..

11.Urut dan belailah isteri..lagi2 bila dia penat buat kerja rumah.

12.Buat apa yg dia suka dan tinggal ape yg dia tak suka...

13.Jgn suka sgt memerintah isteri...

14.Sesibuk mana pun anda, make sure luangkan sedikit masa utk si dia..

15.Doa-doakan agar isteri kita menjadi isteri yg soleh dan ibu yg terbaik utk anak2 kita nanti..





p/s : Senang je kan nak bahagiakan isteri?







Thursday 21 June 2012

Fadhilat Bulan Syaaban

Assalamualaikum....


Sedar tak sedar hari ni kita dah masuk ke Bulan Nabi Muhammad SAW iaitu BULAN SYAABAN...Ini bermakna tak lama lagi kita akan berjumpa dengan BULAN RAMADHAN...Kejap je masa berlalu kan..Banyak fadhilat dan kelebihan Bulan Syaaban..Antaranya ialah amalan berpuasa sunat..


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.








Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


*(Awal khamis Bulan Syaaban adalah pada hari ini 21/06/2012 dan akhir Khamis Bulan Syaaban jatuh pada 19/07/201)..






p/s : Sama-samalah kita perbanyakkan amalan dan ibadah di dalam bulan yang penuh berkat ini..InsyaAllah..

Sandwich Sardin

Assalamualaikum....




Time besday aku haritu, aku ada buat sandwich sardin untuk officemate aku..selalunya orang bawak kek kan, tapi aku bawak sandwich dengan nasik lemak singgit cik peah yang mantop tu..hihi..(bukan kedekut tapi save bajet weh;P)


Meh aku share resipi sandwich sardin aku..senang kacang goreng je buat sandwich ni..tak sampai 15minit pun..


Bahan utama : of course lah Roti dan Sardin 


Bahan untuk menumis :


1) Bawang merah / besar (bwg merah-3 biji, bwg besar -sebelah)
2) Bawang putih (3 ulas)
3) Cili api (ikut suka)
4) Tomato (sebiji)
5) Cili kering (1 sudu)
6) Asam jawa (agak2 je)
7) Kicap (secukup rasa)
8) Sos cili / tomato (secukup rasa)




 Cara-cara membuat :









1) Cincang bawang besar, bawang putih, cili api dan tomato
2) Tumiskan bahan2 tersebut dengan sedikit minyak (gambar 1)
3) Masukkan 1 sudu cili kering dan tumis sehingga garing
4) Masukkan 1 tin sardin bersama 'kuah' nya sekali (gambar 2)
5) Masukkan sedikit air asam jawa dan hancurkan ikan sardin tersebut. (gambar 3)
6) Masukkan kicap dan sos cili / tomato secukup rasa. (kalau tak ada kicap atau    sos boleh ganti dengan garam dan gula..tapi jgn terlalu masin atau manis)
7) Masukkan cili api dan tomato yang telah dicincang serta sedikit air perahan limau untuk menghilangkan hanyir sardin.(gambar 4)
8) Last, masukkan 1 sudu mayonis untuk menambahkan kelazatan. (gambar 5&6)






Inilah hasilnya...hahaha...sungguh tak sopan..(ambil sekeping lagi roti dan kapitkan yer) 








































ni lah nasi lemak cik Peah yang super duper mantop..hanya rm1 sebungkus tapi rasanya....aduhai menusuk kalbu..;P





p/s : Aku kena pantang makan makanan dalam tin sebenarnya tapi susahnya nak tinggalkan sardin..;(

Wednesday 20 June 2012

Wordless Wednesday #25

Assalamualaikum...










Wordless Wednesday # 24

Assalamualaikum...



My name is Garfield...I come from Turbezkistan...I have a pasport to come Malaysia..;)










p/s : macam tak percaya kucing pun ada pasport...;)

Tuesday 19 June 2012

Jerebu Di KL

Assalamualaikum....


Korang ingat tak jerebu paling teruk masa Jun hingga Oktober tahun 1997?Punca jerebu masa tu sebab pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia..Aku ingat lagi.Masa tu aku darjah 6..Pergi sekolah masing-masing pakai mask sebab Indek Pencemaran Udara (IPU) masa tu melebihi tahap tidak sihat..Masa tu ramai kawan-kawan aku yang ada penyakit asma dan masalah paru-paru tak datang sekolah..tapi Alhamdulillah aku tak sakit..(mak aku cakap antibodi aku memang kuat sebab dulu doktor terlebih inject antibiotik kat badan aku..;P

Itu dulu..Jerebu teruk pada tahun 1997...Tapi pada 15 Jun 2012 (time besday aku pulak tu), kita dikejutkan lagi dengan kedatangan jerebu secara tetiba..Rupa-rupanya berpunca dari masalah yang sama..iaitu pembakaran hutan tanpa kawalan dan pemantauan oleh petani di Sumatera..(waduh waduh gawat dong lu orang nih!)..

Jerebu yang mula dikesan itu berpunca dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera..Bila dah berpunca dari titik panas kat sana tu, asap jerebu mula la dibawa oleh angin barat daya ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia..Keadaan kat utara dan pantai barat semenanjung pulak sedang mengalami cuaca panas kering..So, sebab tu lah jerebu jadi makin teruk dan berterusan...Tapi harini 19/6, IPU dah dalam keadaan baik..keadaan jerebu dah semakin pulih sebab hujan dah mula turun sekaligus mengurangkan jerebu berkenaan..Alhamdulillah...




JANGAN MERUNGUT atas apa yg terjadi sekarang JANGAN SALAHKAN SESIAPA atas apa yg terjadi sekarang.Semua ini menunjukkan KUASA ALLAH SWT dan DUGAAN DRP-NYA...


Always say ALHAMDULILLAH and MASYAALLAH to everything happens..





Di dalam surah Al Baqarah ayat 117, Allah berfirman:

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





....yang ni membuatkan kawasan rumah aku bertambah berjerebu...huhuhu...



p/s : Jaga kesihatan ye awak awak semua!

Monday 18 June 2012

Air Tangan Abah

Assalamualaikum...




Harini aku nak share masakan abah aku..Korang tahu tak, selama 2 minggu abah kat rumah aku, selama itulah abah masak untuk kami berdua...Aduhai malu sungguh aku..Aku bukan tak nak masak, tapi abah yang offer nak masak..siap suruh aku balik makan tengahari..pagi-pagi dah pergi pasar beli ikan dan sayur..rasa bersalah la pulak tapi nak buat macam mana, abah memang suka masak..hihi..like daughter like father la...eh silap, like father like daughter laa...heee...;P


Jom kiter tengok apa yang abah aku masak sepanjang dua minggu duk rumah aku..Banyak lagi sebenarnya abah masak tapi ada yang aku tak sempat nak amek gambar..



  
Tauge goreng


 Asam Pedas Ikan Jenahak


Daging Hancur Goreng


 Sotong Masak Lemak Cili Api


Kupang Goreng Kunyit




Ikan Kembung Masak Kicap






Telur Dadar



Menu yang tiada dalam gambar:

1) Sayur campur goreng
2) Sup sayur special
3) Gulai ikan kembung
4) Sotong masak sambal
5) Kupang masak sambal
6) Sambal mangga
7) Ikan Senangin berlada




To Abah : Selamat Hari Bapa kami ucapkan..Semoga abah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT..Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan abah selama ini..Hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya..Terima kasih banyak-banyak sebab abah tolong masak untuk kami selama 2 minggu berada di KL..Masakan abah memang tip top tiada tandingannya especially sup sayur special tu..(sygnya tak ada gambar)..terima kasih banyak-banyak abah..Kami semua sayang abah dunia dan akhirat...

Friday 15 June 2012

I Am 27 Years Old..

Assalamualaikum...




Syukran Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk aku bernafas di HARI LAHIRKU YANG KE 27 pada hari ini...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung lagi Maha Besar...








Banyak perkara aku telah lalui dan pelajari sepanjang hidup aku..Segala ujian dan pelbagai dugaan aku telah tempuhi..Perjalanan hidupku masih jauh dan banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik..Semoga Allah memberi aku peluang dan kesihatan yang baik untuk menjadi hambaNYA yang taat..




Ya Allah...


Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Ampunkanlah segala dosa suamiku..
Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku..
Jadikanlah aku hambaMu yang taat pada perintahMu..
Jadikanlah aku isteri dan anak yang solehah..
Kurniakanlah zuriat yang soleh untukku..
Bukakanlah pintu rezeki untukku..
Berikanlah aku kesihatan yang baik..
Jauhilah aku dari segala penyakit dan musibah..
Lindungilah aku dari godaan syaitan..
Berilah ketenangan jiwa untukku..
Kuatkanlah dan tetapkanlah iman aku..
Hidupkanlah aku dengan iman..
Matikanlah aku dengan iman..
Masukkanlah aku ke syurgaMu dengan iman..
Jauhilah aku dari seksa nerakaMu..
Berikanlah aku rahmat dan keredhaanMu...


Ameen Ya Rabbal Alamin...








p/s : Terima kasih kepada semua teman-teman yang 'wish' dan mendoakan kesejahteraan aku...Tak lupa kepada suami dan keluarga tercinta...Semoga Allah SWT mendengar doa kalian...Ameen....



Thursday 14 June 2012

Luna Oh Luna!

Assalamualaikum...


Biodata Si LUNA



Nama                : Luna (xingat nape bagi nama luna)
Tarikh Lahir       : 10.10.2010 (sama date dgn tarikh nikah aku..tak bleh blah..haha)
Tempat Lahir     : Rumah jiran sebelah
Masa Dilahirkan : 2.00 petang (time aku makan beradab)
Umur               : 1 tahun 8 bulan
Nama Ibu         : Yaya
Keturunan        : Egyptian Mau
Warna Bulu      : Hitam puth (belang-belang)
Warna Mata      : Kuning (siap dgn celak beb)
Status             : Janda 3 kali beranak (anak semua mati..now,tinggal sekor je)
Mknan keg.      : ikan rebus + nasi
Kelebihan        : Setia dengan tuan dia (Tak pernah lari rumah..haha..)
Kelemahan      : Memanjang lapar
Perangai Buruk : Memang banyak..meh aku habaq kat hangpa
-
-
-
-
-
1) Suka curik makanan 
tak kira aku letak kat atas meja/bawah saji/dalam sinki, etc sume dia rembat..yang paling aku bengang, pinggan aku selalu pecah sebab dia!

2) suka selongkar sampah 
- tak kira tong sampah dalam rumah atau kat luar..pantang tong sampah terbukak..benci betul!

3) menggila nak masuk rumah
-luna ni memang tersangat alert..bila bunyi pagar/gril/pintu mesti dia dulu yang nak terjah..adoii sabar je la..

4) Selalu lapar
- pelik bin ajaib..dah bagi makan tapi lapar lagi..makan pun tak habis..tak tahu dia nak apa sebenarnya..ngada2 sangat!

5) tak boleh share makanan
- sangat annoying kan si luna ni?bajet hot..haha..nak makan sorang je..anak dia nak share pun disekehnya..

6) tak pandai jaga anak
- perangai dia yg ni buat aku hangin..dah 3x beranak tapi tak reti2 jaga anak..bila anak die umur sebulan dua, dah mula tak nak bagi susu..

7) suka sekeh kucing lain
- luna suka sangat sekeh kucing-kucing yang ada kat rumah aku tu..kadang2 tanpa sebab..mungkin tak boleh tengok kucing lain lebih sikit..tak tahu la jeles ke hape..haha..


  nasik dan ikan rebus yang dah keras sebab letak dalam peti ais

 cer tengok kawan tu..dah kena sekeh dgn luna sebab tu duduk jauh2..kesian betul..

 dengan kucing besar pun Luna berani..Comel takut dgn Luna..(baru lepas kena sekeh jugak)

Luna tak nak bagi susu kat Leo..time ni ni aku paksa


yang tinggal...hanya Leo..semoga Leo sihat..;(

-
-
-
-
-
-
-
-


Tinggal kenangan......;'(



p/s: kadang2 aku BENGANG GILER ngan si LUNA ni..tiap2 hari aku pegi kerja lambat sebab gaduh dengan dia!! (pagi tadi Luna kena pancut air dengan aku)..perangai menyakitkan hati..rasa macam nak buang je kat pasar borong tu...tapi bila pikir2 balik, kesian pulak..tak sanggup aku nak buat LUNA camtu..sebaik la dia takde akal..

Luna oh Luna..lahir sama date ngn aku nikah..tapi dah 3x beranak pinak..tapi aku????...heee...










Eh,tengok ni jap....
-
-
-
-
-
-
-


comel jelir lidah kat aku...;P