Tuesday 30 October 2012

Langkawi Day 3 (Jet Ski Time)

Assalamualaikum...


Selepas selesai ber 'Island Hopping' kami terus ke rumah Roy..Mula mula sampai Langkawi lagi kami dah janji akan tidur di rumah dia untuk 1 malam..so, lepas berkenalan dengan wife dan anaknya, kami semua terus keluar untuk lunch..Wife Roy sangat baik dan peramah..macam Roy jugak..:)


Plan Roy nak bawak kami ke Restoran Wan Thai di Pekan Kuah..Tapi bukan rezeki kami sebab restoran tu dah nak tutup..jadinya kami makan di kedai biasa je..lepas makan, Roy ajak kami ke Buffalo Park tapi sekali lagi tak ada rezeki sebab Buffalo Park tak beroperasi hari tu..Roy cakap Buffalo Park tu tak pernah tutup pun sebelum ni..hmm memang takde rezeki kami haritu..


Mulanya nak balik rehat je, tapi Roy bagi cadangan nak ke Pantai Tanjung Rhu..Dia offer kami naik jet ski..aku eksaited giler sebab tak pernah try pun sebelum ni..Dengan ber'dress' dan berseluar jeans kami main belasah je naik jet ski tu..hehehe..



Taken by Roy..Credit to him...



dorang ni bestfriend masa kami kat Poli Tjg Malim dulu..

Buah hati Roy dan Huda, Wan Mahathir..


Cina tu tengah bagi penerangan kat kami macam mana nak kendalikan jetski tu..


Yang bestnya kat sini sebab semuanya baru..:)


Peace...buat buat berani padahal dalam hati......:P

Mula mula suami aku yang bawak sebab aku rasa cuak dan tak konfiden..Punyalah slow sang suami bawak jet ski..bak kata Huda dah macam bawak motor kapcai..hahaha..bila la nak sampai kalau camtu..bertambah cuak ada la bawak slow..:P   Nampak tak pulau nun jauh di sana tu?kat situ lah kami nak tuju..nampak macam dekat tapi sebenarnya jauhhhhh sangatttt...belakang pulau tu dah dikira negara jiran iaitu Thailand..bila dah sampai kat tengah tengah laut tu macam macam perasaan ada...Allah je yang tahu....teruja + takut + nervous + eksaited bercampur habis!




Alhamdulillah kami dah selamat sampai kat pulau yang jauh tu..Subhanallah cantik sangat..


Aikk,dah tukar driver..hihi..



Bila dah patah balik tu, aku pun nak try jugak macam mana rasa bawak jet ski..Nampak macam senang tapi boleh tahan susah jugak nak control...lama lama bawak baru jadi berani sikit..bila dah berani tu, apa lagi aku pecut la laju laju...baru la rasa macam real naik jet ski bukan motor kapcai..hahahha...sang suami tak berhenti membebel kat belakang..takut katanya...:P   bawak lajulaju la best abang...baru lah dapat rasa feel jet ski tu!hihi..



                                                 Bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti... ;)



bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali....;)




Thumbs up!





Harga untuk jet ski ni RM180 / 30 minit...Better main kat Pantai Chenang sebab kat sana RM100 / 30 minit...


p/s : kami dapat free je sebab Roy 'bomoh sikit' cina tu..hihi..Roy cakap hadiah anniversary kami..TQ so much Roy...:)




Next Entry : Dinner at Bamboo Beach Restaurant




Thursday 25 October 2012

Salam AidilAdha

Assalamualaikum...





Salam AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia... 










Kepada abah dan ma yang sekarang ni berada di Padang Arafah, semoga dapat menjalani ibadah wukuf dengan penuh kusyuk dan dipermudahkan segala urusan di sana...InsyaAllah...Ameen ...









p/s : Selamat hari raya abah dan ma....Semoga mendapat haji yang mabrur...







Wednesday 24 October 2012

Wordless Wednesday # 40

Assalamualaikum....



Roti John








p/s : Hasil air tangan suamiku...Thank you so much Abang...roti john Abang memang mavelesss!!!




Langkawi Day 3 (Island Hopping)

Assalamualaikum....


Tepat jam 9 suku pagi kami dah terpacak kat jeti berlepas..(xtau apa nama jeti tu)..Tunggu punya tunggu pukul 945 baru bot gerak..Apa masalah tak tau la..Kami akan di bawa ke 3 tempat iaitu Tasik Dayang Bunting (TDB), Pulau Singa Besar (Eagle Feeding) dan Pulau Beras Basah..Ambil masa dalam 3 jam jugak la untuk ke semua tempat tu...Harga untuk Island Hopping ni RM25.00/person..Kalau chartered boat RM200.00...kami naik bersama 3 couple yang lain dan seorang budak Arob..:)



haa ni die budak Arob tu..comel+chubby..ggrrr......


 ni driver boat kami...eh,eh bukan bukan..:p

 ni yg sebetulnya..:)


uncle, tolong snap pic kami sat..:)


Tasik Dayang Bunting (TDB)

Lake of The Pregnant Maiden (Tasik Dayang Bunting)


First, kami di bawa ke TDB..Kenapa tasik ni di panggil dayang bunting?sila baca SINI...aku tak tau lah cerita pasal dayang bunting ni sejarah atau dongeng..Wallahualam..Tapi aku tak percaya sangat pasal sejarah sejarah ni..Manusia kan boleh mereka dan putar belitkan cerita..:)

Dalam 1 jam jugak brader tu tinggalkan kami kat sini..Mula mula kami celup celup kaki je sebab kami memang tak pandai berenang..tapi bila tengok semua orang mandi dan berenang, dengan pantas aku pergi sewa life jaket kat situ..Harga life jaket RM5.00/person dan deposit RM5.00..life jaket sangat membantu orang yang tak pandai berenang macam kami...



Zoom in sikit..lama lama tengok jd takot plak..hihi


Subhanallah cantiknya


Dah sampai..


Tapi aku tetap terfikir, betapa besarnya kuasa Allah SWT...Ada tasik yang amat cantik dikelilingi oleh air laut yang masin..Subhanallah...

.


Menikmati keindahan...


aik,dah terjun?



syok giler berendam dalam ni..tp takut ada ikan keli besar dalam ni...eeee.....


Memang cuak giler mula mula masuk dalam tasik tu..aku memang bergantung 100% kat life jaket tu..kalaulah life jaket tu tak function, memang aku berserah saja pada yang maha Esa..uissh...seram je bunyikk...tapi serius, aku takut sebenarnya...tapi disebabkan ingin mencuba, aku beranikan diri..:)
Dan ada satu insiden yang aku tak boleh lupa time ni..hahaha biarlah aku dan sang suami saja yang tahu..sangat lawak bercampur cuak..:)



Pulau Singa Besar (Eagle Feeding)


Lepas dah puas berendam di TDB, kami dibawa ke Pulau Singa Besar untuk melihat habitat helang yang terbesar di Langkawi..MasyaAllah memang banyak sangat helang kat situ..aku teruja giler bila tengok eagle live depan mata..helang helang tu akan keluar bila dia ada bau ayam rebus yang akan dicampakkan ke dalam laut..tak sampai 30 saat, dorang terus sambar makanan tu dan terus terbang balik ke sarangnya..time tu la aku teruja sangat! kalau kat KL nak jumpa helang sekor pun payah..:)



banyaknya eagle...teruja sangat time ni!


bunyik eagle sangat kuat rupanya..


kat sini dalam 15minit je...


Pulau Beras Basah

Kami sampai kat pulau ni betul betul time matahari tegak kat atas kepala..nak bukak mata pun susah..Tapi disebabkan geram tengok airnya yang jernih, aku nak jugak mandi time panas panas camtu..Tak risau sangat sebab aku kan ada sunblock..hehe…rugila kan kalau dah sampai sini tapi tak mandi..mandi puas puas baru la puas hati…;)

Dah setel mandi dalam 1 jam, kami gerak balik ke jeti..dalam perjalanan balik tu, tetiba hujan turun selebat lebatnya..patutlah panas semacam rupanya hujan kat tempat lain...kami kebasahan dan kesejukan...



posing sikit bang..


Pulau Beras Basah yang bersih dan jernih..


wow....cekcinyer..hihi..

muka berkerut sebab panas terik time ni..*tengah pk nak mandi ke tak*


wajibla mandi dan wajibla pakai sunblock..jangan lupa pilih yang SPF 130 PA+++...(barulah tak itam..hihi)


then, mandi dengan tenang tanpa takut sunburn..:P


time ni matahari tengah tegak kat kepala..panas tapi best!


We Love Langkawi...


ujan lebat..





p/s : Seronok dan tak rasa penat ber 'Island Hopping'...:)



Next Entry : Jet Ski Time







Tuesday 23 October 2012

Puasa Sunat Arafah


Assalamualaikum....





Puasa Arafah adalah puasa yang  jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Puasa Arafah dinamakan demikian karena saat itu jamaah haji sedang wukuf di terik matahari di padang Arafah. Puasa Arafah ini dianjurkan bagi mereka yang tidak berhaji. Sedangkan yang berhaji tidak disyariatkan puasa ini.

Mengenai hari Arafah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh karena itu, hari setelah hari Arafah –yaitu hari Idul Adha- adalah hari ‘ied bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.” (Lathoif Al Ma’arif, 482)

Mengenai keutamaan puasa Arafah disebutkan dalam hadits Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahwa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa, bisa mendapatkan pengampunan dosa untuk dua tahun. Luar biasa fadhilahnya ...

Hari Arafah pun merupakan waktu mustajabnya do’a sebagaimana disebutkan dalam hadits,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)



* 9 Zulhijjah pada tahun ini jatuh pada hari Khamis iaitu 25 Oktober 2012..Sama sama kita berpuasa sunat Arafah..




p/s : Sebelum mak aku berangkat ke Tanah Suci, dia sempat pesan suruh kami puasa sunat  9 Zulhijjah...InsyaAllah ma..






Monday 22 October 2012

Langkawi Day 2 ( D' Grill Restaurant)

Assalamualaikum....



Psstt...psstt...tak habis lagi cerita kami di Langkawi..Kan dah cakap sampai part 20..:P  Balik dari cable car, ada tiga orang minah France tumpang kereta sewa kami..Dorang tahan tepi jalan..Aku suruh sang suami berhenti tumpangkan dorang..alang alang seat belakang kosong..Borak punya borak rupanya dorang tu tak cukup duit nak naik cab..kesian..mungkin dah kena tipu dengan driver cab kat situ..biasalah, bila pelancong asing..orang kita suka ambik kesempatan..dalam kereta, dah macam ayam dengan itik..dorang speaking pn tak berapa nak reti..kami pulak speaking tonggang terbalik..hahaha..


Comel kan mereka? (lupa nak tanya nama FB dorang..hihi..)


Lea, Anna, Julie & Julie


Sampai je Chenang, kami terus cari kedai makan..Lapar tak hengat sebab belum makan tengahari..Padahal dah jam 6 petang..eksaited naik cable car sampai sanggup berlapar..Kami memilih D' Grill Restaurant sebab dekat dengan hotel kami..hanya beberapa langkah..dan yang paling penting di tepi pantai dan semestinya boleh menikmati sunset..Kami order Nasi Goreng Chenang, Nasi Goreng Pattaya, Tomyam Seafood, Sotong Masak Sos Cili dan Teh O Ais Limau..







saya punya...





Nasi Goreng Chenang dan Nasi Goreng Pattaya sangat sedap..*recommended* Tapi Tomyam Seafood dan Sotong Masak Cili tu sangat mengecewakan kami..Tak habis pun kami makan..:(  nampak macam sedap tapi.......indah rupa dari rasa..SANGAT MANIS okay! (aku ada komplen pasal ni sebelum aku bayar..harap harap dorang dapat terima kritikan aku..hahaha bajet masterchef)    Lebih dari separuh tomyam dan sotong tu tak habis...Membazirnya..tapi tekak dah tak boleh terima..

Tapi sebaik la tempatnya best..hilang rasa kecewa..lama jugak kami lepak lepas habis makan..seronok dapat tengok macam macam gelagat orang kat tepi pantai tu..Kami tunggu sampai matahari selesaikan tugasnya..(ayat sastera tu)  aku sangat suka sunset..rugi kalau tak nikmati sunset kat sini..sebab di KL susah nak dapat peluang macam ni..




 Cahaya sunset menyinari wajahku...:P









Best lepak macam dorang tu..






suasana senja di Pantai Chenang


p/s : Ada orang tanya, mana aku beli dress kuning tu...cer klik SINI ...;)




Next Entry : Island Hopping