Friday, 16 November 2012

Rendang Ayam Kampung

Assalamualaikum....



Walaupun harini, esok atau lusa bukan lah hari raya aidilfitri mahupun hari raya aidiladha, aku nak share resipi rendang ayam kampung yang aku buat time raya hari tu..lagipun tak semstinya time raya je boleh masak rendang..ye tak?ni rendang ala kami sekeluarga..tak tahulah rendang korang macam mana kan..sudi sudilah share dengan kami yer...Now, aku share resipi aku..


Resepi untuk 1 ekor ayam kampung..


Bahan bahan 

  • Ayam (potong ikut suka)
  • Santan ( sebiji kelapa)
  • Cili kering (4 sudu)
  • Lengkuas (2 inci)
  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (2 inci)
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Serai (2/3 batang)
  • Cili Api (suka suka hati)
  • Daun Kunyit (2 helai potong kecik kecik)
  • Daun Limau Purut (3,4 helai buang batang tengah)
  • Garam (secukup rasa)


Cara cara


  • Blend kan lengkuas, halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan cili api..
  • Masukkan ayam, santan dan bahan yang di blend tadi ke dalam kuali..
  • Bubuh sedikit garam dan gaul sehingga kering dan pecah minyak..Jangan bubuh garam banyak banyak sebab bila dh kering jadi masin pulak..
  • Kacau la sampai lenguh tangan korang..hihi..
  • Bila ayam dah empuk, campakkan daun kunyit dan daun limau purut 
  • Gaul sehingga rata dan bolehlah tutup api dan hidang..
  • Boleh makan dengan nasi himpit mahupun nasi panas..
  • Selamat mencuba.. senang je tak susah mana pun..;P






hamekk ko..1 kawah aku masak..haha..



dapnyer.....:)    credit photo : http://deqain.blogspot.com/





p/s : Kalau guna ayam bandar pun boleh gak..lagi senang empuk...Aku penah buat rendang ayam belanda yang tua...keras bangat!







7 comments:

  1. terliur mak hayam...rendang ayam belando yg meletukkk...hihi

    ReplyDelete
  2. wah. menyelerakan. boleh cuba ni. hehe.
    *raya haji ritu nenek buat ayam kampung goreng.. xlaku pun sebab kemain la keras. hehe

    ReplyDelete
  3. ain : kalo terliur mak hayam buatlah wei..rendang ko buat lg sodap..:P

    amieyna:cuba la sis..hehehe aym kg memang keras pn..boleh tercabut gigi..;)

    ReplyDelete
  4. anna rajinnya masak rendang..menyelerakan sungguh....nyummy!!
    ida tiap kali raya mak sll masak rendang cili api..;)

    ReplyDelete
  5. sedapppppppppppppppppp!!!

    ReplyDelete
  6. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. wahh...kaler dah cantek...nak rasa sket...he3..
    makneng follow sini
    jemputlah follow makneng..:)

    ReplyDelete