Friday, 30 November 2012

Nabi Ibrahim a.s dan Malaikat Maut

Assalamualaikum.....



Salam Jumaat...Aku nak share cerita yang aku baca kat korang semua...Semoga kita semua mendapat manfaat...


Baca dengan 'mata hati' pasti akan faham maksudnya..InsyaAllah..Selamat Membaca...




Nabi Ibrahim a.s ialah kekasih Allah SWT, pemimpin para pemuda dan orang yang sentiasa memuliakan tetamu..Bginda tidak pernah makan pada waktu siang dan malam melainkan bersama tetamunya...


Nabi Ibrahim a.s ialah nabi pertama yang digelar sebagai seorang muslim Hanif (lurus) oleh Allah SWT. Baginda juga dikurniakan lisan yang sentiasa sarat dengan hujah (argumentasi) dalam menyampaikan keesaan Allah (tauhid). Selain itu, Allah juga menganugerahkan kepada Ibrahim lisan yang sentiasa dipercayai oleh orang lain..


NAbi Ibrahim a.s juga manusia yang dihadapkan dengan berbagai-bagai ujian.Baginda juga dikenali sebagai bapa para nabi. Baginda sentiasa mengingati kematian dan juga sangat disayangi oleh Malaikat Maut..


Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a. bahawa Ibrahim a.s bertanya kepada Malaikat Maut bagaimana ia mencabut nyawa orang-orang beriman? Malaikat Maut menjawab : "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Lalu Ibrahim pun memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut sehingga baginda boleh melihat Malaikat Maut dalam rupa seorang pemuda tampan yang mengenakan pakaian bagus dan wangi..Ketika itu Ibrahim berkata kepada Malaikat Maut. "Demi Allah, seandainya seorang Muslim tidak mendapat kebahagian, maka cukuplah dengan melihat rupamu ini dia akan berbahagia"..Kemudian Nabi Ibrahim berkata lagi, "Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau mencabut nyawa orang kafir?" Malaikat Maut menjawab, "kamu tidak akan sanggup untuk menyaksikannya"..Nabi a.s kembali meminta, "perlihatkanlah kepadaku"..Kemudian Malaikat Maut pun berkata, "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Ibrahim memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut dan kelihatanlah susuk tubuh seseorang manusia berkulit gelap, kedua dua kakinya  berada di bumi dan kepalanya menyentuh langit..Rupanya ialah rupa terburuk yang tak pernah wujud..Di bawah setiap bulu tubuhnya ada percikan api neraka..Kemudian Ibrahim berkata, "Demi Allah, jika tidak ada balasan lain bagi seseorang kafir, maka cukuplah dengan melihat wujudmu"...





Buku yang aku baca...InsyaAllah aku akan berkongsi cerita dengan korang semua..




Kisah seterusnya : Bagaimana Malaikat Maut Mencabut Nyawa di Barat dan Timur dalam Satu Masa?






p/s : Bilakah Malaikat Maut akan 'menjemput' kita?





2 comments:

  1. best buku ko ni..nnt k.ayu nk pinjam bila da abih baca yer...

    ReplyDelete