Friday, 28 December 2012

Dua Pertemuan antara Nabi Adam a.s. dengan Malaikat Maut

Assalamualaikum....





1. Pertemuan pertama iaitu setelah Adam a.s. mencapai usia 960 tahun.
2. Pertemuan kedua iaitu setelah Adam a.s. berusia 1000 tahun


Pertemuan kedua ini merupakan pertemuan terakhir di antara mereka berdua..Pertemuan kedua ini merupakan pertemuan di mana Malaikat Maut datang menjemputnya. Sebelum itu, Malaikat Maut memang telah memberitahu Adam bahawa usianya hanya mencapai 1000 tahun.Oleh itu, Adam a.s. ialah makhluk pertama yang mengetahui had usianya di dunia ketika baginda masih hidup..


Dalam sebuah riwayat diceritakan, ketika Adam melihat semakin ramai keturunannya, baginda melihat seorang lelaki yang memancarkan cahaya..Adam bertanya, siapakah dia? kemudian dijawab bahawa dia ialah Daud..Lalu Adam bertanya berapakah usianya?Kemudian dijawab: 60 tahun..Apa yang diminta Adam kepada Malaikat Maut?Berikut ini ialah penjelasan Nabi Muhammad SAW kepada kita.


Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW pernah menceritakan : 

Ketika Allah SWT menciptakan Adam a.s. kemudian meniupkan roh kepadanya..Adam bersin lalu dia berkata Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Kemudian Allah berfirman kepadanya : Yarhamukallaah, Allah memberikan rahmat kepadamu wahai Adam! Pergilah engkau menemui malaikat-malaikat di tempat mereka duduk. Kemudian ucapkanlah assalamualaikum..Kemudian para malaikat menjawab, waalaikumsalam warahmatullah..Adam pun kembali menghadap Allah dan Dia berfirman, ini adalah penghormatan untukmu dan ucapan hormatmu dan anak cucumu..Lalu Allah berfirman kepada Adam dalam keadaan kudua-dua tangannya tergenggam, pilihlah di antara keduanya sebagaimana keinginanmu..Kemudian Adam pun menyambutnya dengan berkata, aku memilih bahagian kanan ya Tuhanku dan kedua dua tangan Tuhan adalah kanan dan penuh dengan berkat..Kemudian dibuka genggaman itu ternyata isinya adalah Adam dan keturunannya..Adam pun bertanya, Wahai Tuhan siapakah mereka? Allah menjawab, mereka adalah keturunanmu..Dan ternyata setiap manusia tertulis usianya di antara kedua dua matanya.. Diantara mereka ada seseorang yang bersinar atau paling bersinar..Usianya tidak lebih daripada empat puluh tahun..Lalu Adam meminta pada Allah, wahai Tuhan tambahkanlah usianya..Allah menjawab, begitulah ketentuan-Ku untuknya..Adam berkata lagi kepada Allah, wahai Tuhan berikanlah enam puluh tahun dari usiaku untuknya..Allah berfirman, 'Aku kabulkan permintaanmu'..Kemudian Adam dimasukkan ke dalam syurga dengan kehendak Allah lalu dia dikeluarkan darinya dan Adam selalu menghitung usianya..Ketika Malaikat Maut datang kepadanya, Adam a.s. berkata: Engkau datang terlalu cepat, sesungguhnya telah ditentukan untukku seribu tahun..Malaikat Maut berkata, itu benar, tapi bukankah egkau telah memberikan sebahagian usiamu sebanyak 60 tahun kepada anakmu Daud..Maka, Adam mengingkarinya dan lupa..kedua dua sikap ini kemudian menurun kepada keturunannya..Sejak saat itu kita diperintahkan dengan tulisan dan kesaksian..



Pertanyaan Adam a.s. ketika Malaikat Maut datang kepadanya bukanlah suatu sikap mengingkari atau mendustakan, akan tetapi kerana Adam terlupa seketika...


Adam a.s. wafat pada usia 1000 tahun, baginda berkesempatan menyaksikan kehidupan anak cucunya..Kemudian, setelah cukup 1000 tahun Adam berpindah ke alam Barzakh...








p/s : sayangnya Adam a.s. kepada keturunannya...







No comments:

Post a Comment