Friday, 30 May 2014

Kembara Sirah dan Ibadah - Day 2 Part 2 (Selat Bosphorus)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....






tepek gambar dulu la sekeping...hehe..



Selesai makan tengahari, kami terus menuju ke jeti untuk menaiki cruise..just jalan kaki sebab restoran dengan jeti tu dekat je..tambang cruise aku kurang pasti berapa TL..lupa pulak aku nak tanya Ali bab bab bayaran ni..sori ye korang...entri kurang lengkap sebab pakej aku 'all-in'..


Kami di bawa mengelilingi Selat Bosphorus selama lebih kurang 1 jam 30 minit...Dari dalam cruise, kita boleh menikmati pemandangan dan keindahan Kota Istanbul dengan cuaca yang sangat sangat sejuk sambil memanaskan badan dengan Teh Turki...:)



nak ke jeti Bosphorus kena lalu pasar basah ni..


pelbagai jenis sayur segar


ikan air sejuk...lebih kurang macam ikan sardin




















ikan fresh goreng...macam sedap tapi tak sempat nak beli..lagipun dah kenyang time ni..


tengah q nak naik cruise





semuanya sibuk amek gambar..


pemandangan dari atas cruise




















Di tepian selat ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat padat..Banyak bangunan seperti Istana, hotel, universiti, rumah ataupun bangunan komersial di tepian Selat Bosphorus..


Bosphorus Camii





Dolmabache Palace dari pandangan belakang














Ciragan Palace...Hotel yang betul betul mengadap Bhosporus



Harga untuk 1 malam ialah 30k USD...ohmaigosh...mahal giloss..


Jambatan Bhosporus...merupakan jambatan gantung kerana ianya terletak di atas darat dan tiada penyokong di bahagian air..Bahagian tengah jambatan ini disokong oleh kabel kabel yang disambungkan di setiap bahagian jambatan ini dan diakhirkan di kedua dua tiang jambatan ini..



Untuk mengelakkan kedua dua tiang ini tumbang, ia ditarik oleh dua kabel yang kuat pada hujung atas tiang tiang itu dan seterusnya dibenamkan ke dalam tanah..Dengan itu, kapal kapal besar boleh melalui selat ini dengan mudah...



sejuk gile time ni...sampai muka jadi putih..hehe..aku betul betul dibawah Bosphorus Bridge...:)


My husband and our Mutawif...lebih kurang 10 tahun beza umur dorang ni...hehe..laki aku yang tua atau Ustaz Muadz yang terlebih muda...:P



dorang ni satu bilik time kat madinah and mekah..



masjid kat Istanbul ni lebih kurang je rupa bentuk dia...lupa dah apa nama masjid ni...





















Jemaah paling muda...si kecil Naseem...Untungnya, kecik kecik dah ke Istanbul,Madinah n Mekah...:)





I 'm fall in love with you, Istanbul...:)


tak sure apa benda ni...main amek je gambor...



ambik angin sejuk diluar...kalau tak tahan sejuk, boleh masuk kat dalam tempat berbumbung tuu..










panorama



Info :

Bosphorus merupakan selat yang memisahkan Turki antara benua Asia dan benua Eropah yang menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam..Selat ini memiliki garis panjang 30km, dengan lebar maksimum 3700 meter pada bahagian utara..Kedalamannya berubah antara 36 hingga 124 meter..Ada dua jambatan yang menyeberangi atau yang menghubungkan antara benua Asia dan Eropah iaitu Jambatan Bosphorus yang memiliki kepanjangan 1074 meter dan pembinaannya berakhir pada tahun 1973..dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih dengan kepanjangan 1090 meter dan diselesaikan pembinaannya pada tahun 1988 dan ia terletak sekitar 5 km sebelah utara jambatan pertama..





Waktu Solat Di Turki  (Feb/Mac 2014)

Subuh - 5:09am
Syuruk - 6:44am
Zohor -12.27pm
Asar - 3.27pm
Maghrib : 6:01pm
Isyak - 7.19pm










Next Entri : Sulaymanie Mosque




p/s : Sepanjang kat Turki ni, kulit badan aku jadi gatal gatal...rasanya alergic sebab cuaca sejuk sangat kot....