Friday, 9 March 2012

Solat Jumaat

Assalamualaikum...Salam Jumaat..


Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnyaFardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.



Firman Allah SWT:
“"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)



Sabda Rasulullah SAW:
“"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).




HARAM Meninggalkan Solat Jumaat


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. 

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) "

Rujukan


p/s: Paling tak suka bila tengok ada manusia yang tak pergi Solat Jumaat..


Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday # 08

Assalamualaikum....


My facebook account is DEACTIVED....;)








p/s: This is temporary. I'll be back..;)

Tuesday, 6 March 2012

Sedih + Rindu

Assalamualaikum....


Ma baru je lepas call aku tadi...Ya Allah sedihnya aku bila dengar suara ma yg tersekat2 tu...Terkejut bila ma ckap ma baru lepas nangis...Nangis sebab rindukan arwah Abeja...Ma bagitahu yang ma rindukan Ain n mimpi Abeja semalam..Ma cakap Abeja 'datang' nk jumpa Ain tapi Ain takde..

Aku sedih bila dengar ma nangis tadi...Ya Allah Kau kuatkanlah hati kami semua...Kenapa kami masih bersedih dan terus bersedih??Kenapa kami seolah2 tidak redha dengan pemergiaannya sedangkan kami sudah pun redha dengan kehendakMu Ya Allah?Bantulah kami Ya Allah..


Sebuah keluarga kecil yang dulunya ceria tetapi kini suram dan sepi tanpa Abeja..
Kami semua rindukannya...;'(


p/s: Nangis,sedih,sebak,sayu dan rindu setiap kali teringatkan Abeja...Kau tempatkanlah abang kami bersama para Solihin Ya Allah...Al-Fatihah...

Friday, 2 March 2012

MARCH 2012

Assalamualaikum...


Salam Jumaat...


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac..Begitu cepat masa berlalu pergi..Aku terpikir jugak apa yang aku dah buat dua bulan yang lalu?Adakah aku buang masa begitu saja atau buat benda yang dapat mendatangkan hasil?Azam baru aku pada tahun ni camne?Dah tercapai ke belum?Nampaknya azam aku tahun ni dah gagal..Aku dah tinggal solat..Sedihnya Ya Allah...;'(
InsyaAllah aku akan usaha lagi..tu kewajipan bukan peraturan yang kita boleh langgar..so,aku akan berusaha dengan lebih keras lagi..Tolong aku Ya Allah..




Semalam 1hb Mac, Abang dah start masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik pukul 5:30 petang..So,aku rasa lepas ni Abang dah tak kelam kabut sangat nk bersiap pergi kerja..Kesian aku tengok bila Abang terbangun lambat dan sepantas kilat Abang mandi, solat dan bersiap..Harap-harap lepas ni Abang dah tak lewat lagi sampai ofis..Kalau boleh jangan ada MERAH lagi tau Abang  bila dh start masuk 830 pagi ni..;)
(Pagi tadi walaupun bangun pukul 7:45 sebaik sempat smpai ofis pukul 8:30 kan?hehe...)




Rasanya bulan Mac ni bulan yang quite busy bagi aku dan Abang..Almaklumlah kami sekarang dah jadi bisnesman n bisneswoman..Banyak benda nak plan supaya bisnes kami berjaya..Banyak modal dan banyak tenaga akan dihabiskan untuk memajukan perniagaan comel kami tu..hehe..(Sebab tu kita selalu bangun lambat kan bang?..;)
Aku berharap dan berdoa supaya apa yang aku dan Abang rancang selama akan berjaya satu hari nanti..Amin..




Red is Brave..;)

p/s: Harap-harap masuk bulan Mac ni aku dah pandai susun schedule dgn lebih berhemah...;p

Thursday, 1 March 2012

Panggilan Haji

Assalamualaikum....

Aku rasa happy sangat2 bila dapat tahu abah dan ma dapat panggilan haji pada tahun ni...Hanya ucapan Alhamdulillah dan rasa syukur padaNYA dapat diucapkan untuk kedua ibubapa ku..ENGKAU telah menjemput abah dan ma menjadi tetamu MU Ya Allah...Syukur tak terhingga..Amin Ya Rabbalalamin..

Sesungguhnya percaturan Allah tu sangat2 lah hebat...Ada sebab kenapa abah dan ma tak dapat pergi haji pada tahun lepas dan ada sebab kenapa Allah beri rezeki tu pada tahun ni...Semua tu biarlah Allah dan kami saja yang tahu...


Gambar ketika abah dan ma menunaikan umrah pada April 2011..

Semoga abah dan ma mendapat haji yang mabrur Oktober nanti..Kami semua akan doakan kesejahteraan abah dan ma disana..Abah dan ma pun jangan lupa doakan yang terbaik untuk kami yer...Doakan kami cepat2 dapat baby..


P/s: Mudah-mudahan ada rezeki aku dan suamiku untuk ke sana satu hari nanti..Amin..