Thursday, 6 September 2012

Cucur Badak Sumbu

Assalamualaikum...


Aku tak pasti kenapa kueh ni dipanggil cucur badak?Nak kata rupanya macam badak, jauh sekali..Nak kata besarnya macam badak, tak jugak..Entahla, kalau nak pikir asal usul kenapa diberi nama cucur badak ni memang tak terkaji la...hehehe...Jom tengok resipi ala aku...




Bahan-bahan 

  • Ubi Keledek
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Udang kering
  • Kelapa parut (yang muda sikit)
  • Cili api (suka suka hati)
  • Kunyit hidup (sikit je nak bagi kuning)



Inti  
  • Tumbuk udang kering, cili api, kunyit dan sedikit garam
  • Gaulkan semua bahan tu dengan kelapa parut






Cara Membuat Cucur Badak
  • Rebus ubi keledek hingga empuk
  • Lenyek lenyekkan bersama tepung gandum (jgn lembik jangan keras sangat)
  • Bentukkan bulat bulat kemudian leperkan then masukkan inti tadi (ikut suka banyak mana..ikut saiz cucur badak korang)
  • Tutup dan kemaskan bentuknya supaya nampak kemas
  • Goreng dengan minyak yang betul betul panas dengan api yang sederhana




 Kalau nak sedap, kelapa parut tu kena kukus kejap.


Dihidangkan bersama cek mek molek kelate...;)Sesuai untuk minum petang..Wajib cuba!



p/s : Haritu abah aku terjumpa duit RM3K kat pasar..Semalam aku jumpa RM300 kat bawah tilam...hmmm....Apa petandanya??




Wednesday, 5 September 2012

Wordless Wednesday # 34

Assalamualaikum...



Kami Pencinta Haiwan...

 Me with Cayang..


 Nini with Comel..


Andi ( hubby G.E.D.I.K ) with Rosmah..






p/s : Memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.




Wordless Wednesday # 33 [ Jerry ]

Assalamualaikum....




Jerry..
Kini Tinggal Kenangan....










 Rindu aksi ni nanti..




Gambar ni paling touching bagi aku..Time ni kat kampung..dia ikut aku pergi belakang rumah ambik daun pandan...;(



p/s : Jerry...kucing yang mukanya garang tapi tersangat sangatlah manja..I'm gonna miss you jerry...

Tarikh meninggal : 05 September 2012



Tuesday, 4 September 2012

Cek Mek Molek Kelate

Assalamualaikum....


How to make cek mek molek?hahaha..tetiba nk speaking London pulak..korang tahu ke apa itu cek mek?pernah makan tak?selalunya orang Kelate je suka kueh ni..Almaklumlah sebab cek mek ni manis sikit..Macam tuan empunya blog la...hahaha...Sila muntah darah bak kata member aku tu....(shura,jangan marah yer..hihi)





Bahan-bahan
  • Ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Gula
  • Garam



Cara Membuat Cek Mek

  • Rebus ubi keledek sampai lembut
  • Lenyek lenyekkan dengan sedikit tepung gandum dan secubit garam (agak2 dah tak melekat kat tangan, kira ok la tu..jangan keras sangat)
  • Sebelum bentukkan seperti dibawah ni, masukkan gula mengikut citarasa..
  • Goreng dengan minyak yang betul betul panas hingga kekuningan.

Senang giler kan?? ;)






Bentuk cek mek molek memang 1 pattern ni je biasanya...




Pastikan cek mek betul betul masak..baru la mantop..;)



Tadaaa.......dah siap!




Kueh tradisional yang jarang sangat aku jumpa sekarang ni...Entah entah korang tak pernah makan..hihi..





p/s : Jangan makan kueh cek mek ni time panas...nanti melecur lidah dek kerana gula panas di dalamnya...;)  Selamat mencuba!








 Next Recipe : Kueh Cucur Badak Sumbu...hihi...





Bergedil Ayam & Daging

Assalamualaikum....


Ok, kita stop dulu cerita 1 Syawal...(malas nak update sebenarnya)..Skip dengan menu menu time bulan puasa haritu..hihi..Tak ingat Ramadhan yang ke berapa, we all laki bini buat bergedil ayam dan daging..First time buat bergedil ni..Siap tengok resipi kat internet lagi..Padahal senang je kot kalau ikut resipi kakak aku..Aku bagi resipi kakak aku je la kat korang..Resipi internet tak boleh caya sangat weh...





Bahan-bahan (kuantiti ikut berapa orang korang nak makan)


  • Daging / ayam cincang ( Aku guna yang brand Ramlee Beger..Kalau korang rajin boleh buat sendiri)
  • Kentang
  • Bawang merah/besar
  • Daun sup
  • Tepung gandum (jika perlu)
  • Garam
  • Telur

Cara-cara

  • Rebus daging / ayam cincang.(separuh masak pun takpe sebab nak goreng jugak nanti)
  • Rebus kentang sampai jadi lembut
  • Cincang bawang besar dan daun sup
  • Dah masak kentang, pastu kena lenyek lenyek kan
  • Gaul kentang tadi bersama daging / ayam yang telah di rebus,bawang, daun bawang, garam dan tepung jika perlu..(aku tak letak pun tepung..Kalau nk letak,letak sikit je jangan banyak)
  • Buat bentuk ikut suka korang..Then sebelum nak goreng kena celup dalam telur...
  • Dah siap goreng bolehlah makan dengan tertib..;)
(Kalau resipi kat intenet, dorang tambah lada sulah, lada hitam, cili api,bawang goreng, rempah itu, rempah ini..bak kata Chef Ammar, suka suka hati la nak tambah apa, janji sodap..hihi..)


Bergedil ayam dan daging sebelum digoreng..

Hasilnya......... Banyak giler kami buat kan?











Opppssss.............model bergedil tak berbayar..;P


p/s : Selamat mencuba ya!