Wednesday, 10 October 2012

Dah 2 Tahun

Assalamualaikum....





Harini genap dua tahun usia perkahwinan kami...Doakan semoga perkahwinan kami kekal bahagia, dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT, sabar dan tabah mengharungi alam rumahtangga dan semoga kami dikurniakan cahaya mata satu hari nanti...Ameen...


Majlis bertandang di Beranang pada 17/10/10


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Happy 2nd Anniversary jugak kepada my sister Airunnisa..Semoga kita sama sama dapat baby nanti..)



2 years ago...



p/s: Cepatnya masa berlalu...Kalau aku ada anak, mesti dah besar dah anak aku...;)





Tuesday, 9 October 2012

Labbaikallah

Assalamualaikum....


Entry yang sangat fresh aku share kat sini...Abah dan ma akan berlepas ke Jeddah sebentar je lagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu..Sebak, sedih , gembira bercampur baur perasaan ni..Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka di sana nanti...Kami doakan abah dan ma diberi kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji yang mabrur sepanjang berada di sana..
Ameen Ya Rabbalalameen...


aku baru lepas nangis time ni..sedih sangat tak tau nape..




p/s : Nanti aku update lagi...



Friday, 5 October 2012

Cuti 9 Hari

Assalamualaikum...


Baru harini berpeluang nak update...Busy tak hengat hengat minggu ni..Sebelum nak cuti kena setelkan semua kerja..Aku taknak susahkan orang lain nak kena buat kerja aku nanti..Nak cuti dengan tenang tanpa gangguan..Stress sangat tapi lega sangat bila semuanya dah selesai..Next week aku nak rehat dan release tension cukup cukup..Harap tiada apa apa halangan..

Malam ni aku akan bertolak balik ke Kelantan..8hb gerak ke rumah kakak aku di Terengganu dan 9hb tiba masanya ma abah aku akan berangkat untuk menunaikan haji di Mekah..Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar..

Dari Terengganu terus balik ke KL membawa semua meow meow ku..Semuanya ada 9 ekor..sorang ambik 2 atau 3 ekor untuk dijaga sepanjang abah dan ma aku pergi haji..Memang tak sabar nak jaga anak Manja yang baru beranak tu...huhu..Nanti lepas aku balik dari hanimun, akan aku selalu update pasal 'mereka mereka' tu...;)

Harap harap semua urusanku berjalan lancar..Sabtu ni sampai Ahad depan aku cuti..Isnin 15hb baru start keje balik..So,kemungkinan besar blog aku pun akan sunyi..Tapi kalau aku ada mood nak update, aku akan update..Tak pun aku akan buat auto publish..(hahaha bajet bagus je)..Rindu nak membebel kat sini sebenarnya..;P

Rasa macam dah lemau sangat dah minggu ni..Penat, tension, sedih, down, moody semua ada..Harap harap dengan cuti panjang ni dapat pulihkan perasaan yang tak best ni jadi best..Bosan sebab rasa macam ni..abah, ma tolong doakan Anna yer..Anna doakan abah dengan ma dipermudahkan segala urusan kat sana nanti..semoga selamat pergi selamat pulang..

Korang, please pray for my parents..Semoga mereka dapat haji yang mabrur..Ameen..






Langkawi, tunggu kami yer..;)



Semoga abah dan ma diberi kesihatan yang baik di sana nanti..Ameen Ya Rabbalalamin..







p/s : 10.10.12 - Dah masuk 2 tahun usia perkahwinan kami...Alhamdulillah..













Wednesday, 3 October 2012

Wordless Wednesday # 38

Assalamualaikum....



saya mengaku ustaz, saya tak sempat nak pergi kelas mengaji/tajwid..;(




Berapa peratus keraguan aku nk simpan untuk sang Arjuna ni...;P





Wordless Wednesday # 37

Assalamualaikum....




Kami yang kepingin baby..









p/s : Agak busy this week...Almaklumlah nak cuti seminggu...:P