Friday, 9 March 2012

Rindu Amfreecapt's

Assalamualaikum....


Rasa rindu nak tengok hasil editing Abeja..Abeja dan fotografi memang tak boleh dipisahkan..Setiap gambar yang di ambil mesti ada cerita di sebaliknya..Abeja adalah Photographer yang paling hebat dan yang terbaik bagi aku...Photographer yang tak pernah kenal erti penat dan sering tak berpuas hati dengan hasilnya walaupun dari pandangan orang lain amat sempurna...


Dan yang paling aku kagumi adalah semangatnya..Semangat dan usahanya untuk menjadi yang terbaik serta ditambah pula dengan sifatnya yang sangat humble bukan sahaja tiada pada Photographer lain malah pada diri aku sendiri..Ya, usaha dan semangatnya patut aku contohi..





Abeja tak pernah terlepas untuk 'click' moment-moment candid yang dianggap rugi besar jika dibiarkan tanpa 'click'..Benda tu yang sangat2 susah aku nak jumpa pada Photographer lain..(bagi aku candid moment adalah realiti bukan lakonan..Disitulah kualiti dan originaliti  capture dapat dhasilkan)


Abeja as a Official photographer time aku konvo di PKB










Hasil kerja terakhir Abeja untuk kami..Hadiah wedding katanya...Kami cukup bangga dan berpuas hati dengan hasil kerjanya...Walaupun album wedding kami tak sempat siap 100% kami tetap bersyukur kerana Abeja sempat tinggalkan kenangan yang sangat berharga yang tak mungkin kami lupakan sampai bila2...terima kasih Abeja...Terima kasih tak terhingga kerana menjadi seorang abang yang sangat penyayang dan seorang abang yang sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan adik2nya...We all miss u damn much..Al-Fatihah...


Amfreecapt dihati kami..


p/s: Sedih dan sayu setiap kali tengok gambar kawen..;'(

Tak Boleh Baca ;'(

Assalamualaikum....




Tetiba terjumpa keratan akhbar ni..Tetiba jugak mood aku berubah..Artikel atau story yang paling sedih pernah aku baca seumur hidup aku...Sambil baca sambil menitiskan airmata..Ya Allah besar sungguh ujianMu kepadaku...






Harian Metro 21/01/2011 (sehari selepas Abeja pergi)


Semoga Abeja tenang di sana...Al-Fatihah...


p/s: Anna rindu Abeja sgt2...;'(

Solat Jumaat

Assalamualaikum...Salam Jumaat..


Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnyaFardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.



Firman Allah SWT:
“"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)



Sabda Rasulullah SAW:
“"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).




HARAM Meninggalkan Solat Jumaat


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. 

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) "

Rujukan


p/s: Paling tak suka bila tengok ada manusia yang tak pergi Solat Jumaat..


Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday # 08

Assalamualaikum....


My facebook account is DEACTIVED....;)








p/s: This is temporary. I'll be back..;)

Tuesday, 6 March 2012

Sedih + Rindu

Assalamualaikum....


Ma baru je lepas call aku tadi...Ya Allah sedihnya aku bila dengar suara ma yg tersekat2 tu...Terkejut bila ma ckap ma baru lepas nangis...Nangis sebab rindukan arwah Abeja...Ma bagitahu yang ma rindukan Ain n mimpi Abeja semalam..Ma cakap Abeja 'datang' nk jumpa Ain tapi Ain takde..

Aku sedih bila dengar ma nangis tadi...Ya Allah Kau kuatkanlah hati kami semua...Kenapa kami masih bersedih dan terus bersedih??Kenapa kami seolah2 tidak redha dengan pemergiaannya sedangkan kami sudah pun redha dengan kehendakMu Ya Allah?Bantulah kami Ya Allah..


Sebuah keluarga kecil yang dulunya ceria tetapi kini suram dan sepi tanpa Abeja..
Kami semua rindukannya...;'(


p/s: Nangis,sedih,sebak,sayu dan rindu setiap kali teringatkan Abeja...Kau tempatkanlah abang kami bersama para Solihin Ya Allah...Al-Fatihah...