Tuesday, 31 July 2012

'Makanan Hati' #1

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan...















p/s : Renung renungkan dan selamat beramal...



Friday, 27 July 2012

Hidangan Barakah

Assalamualaikum....


Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, macam macam program masakan yang kita boleh tengok kan?Apa rancangan masakan feveret korang?Aku ada pilihan aku sendiri iaitu Hidangan Barakah yang bersiaran di TV Al Hijrah pada setiap hari jam 5:30 petang..Sape yang balik kerja awal tu, berpeluanglah nak tengok..Memang rancangan masakan yang paling BESTTT pernah aku tengok...


Actually, program ni bertemakan masakan orang Timur Tengah..Chef yang masak ni pun berketurunan Arab dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan speaking London..Memang superb la Chef Ammar El Ali ni..Bukan saja pandai masak dan kelakar, tapi yang bagusnya tak lekang dari mulut dia berzikir setiap kali memasak..MasyaAllah..Tabarakallah..Subhanallah..selawat dan doa..Sikap yang harus kita ikut dan contohi..Korang wajib tengok tau..(menu dia sedap2)


Sape sape yang tak sempat tengok Hidangan Barakah ni bolehlah tengok siaran ulangannya pada pukul 12:00 malam..(tengah malam sangat kan ulangannya)..kalau nak resipi sila like FB HidanganBarakah


Masak dari hati..masak with iman...-Tagline Chef Ammar-


Tergelak sorang2 setiap kali Chef Ammar cakap 'suka suka hati'



p/s : Bagus betul TV Al Hijrah buat rancangan masakan Islamik macam ni..Asik asik tengok artis masak je..bosan jugak!



Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wednesday 30 # [ Masjidil Haram ]

 Assalamualaikum...


Salam Ramadhan...










*Hati jadi sayu bila tengok gambar gambar masjidil haram dan Kaabah..;'(


p/s : Subhanallah...entah kenapa setiap kali tengah solat terawih terbayang bayang tanah suci Mekah..moga moga ada rezeki ke sana..InsyaAllah..Ameen...








Tuesday, 24 July 2012

Iblis Ketika Ramadhan

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan..




Sabda Rasulullah saw : Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:


1- Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2- Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3- Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4- Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5- Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelenggu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali (inner core) ketika bulan Ramadhan

6- Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam (pagi), mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.

Info : sini






p/s: Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, segala dosa-dosa kita yang lalu akan dihapuskan oleh Allah swt (insyallah). Jangan lupa untuk melipat kali gandakan ibadah kita terhadap Allah swt. Solat terawih jangan ditinggal ok. Kalau rasa tidak larat untuk bersolat di masjid maka lakukannya di rumah. Kejarlah malam lailatulqadar kerana malam lailatulqadar itu adalah malam yang paling mustajab untuk kita semua memohon doa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Jom berhijrah ke arah yang lebih baik!





Monday, 23 July 2012

Roh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Al-Mubarak...


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber : Amieynna



Al-Fatihah...Semoga Abeja 'dibenarkan pulang' ke bumi atas izin-NYA..Ameen Ya Rabb..



p/s : Semoga aku diberi kesempatan untuk menziarahi pusara Abeja sekerap mungkin di bulan Ramadhan ni...Ameen...