Saturday 14 April 2012

Mesej Menyayat Hati

Assalamualaikum...


Dah setahun lebih Abeja pergi..Dah lama aku nak deactive kan FB Abeja tapi baru hari ni niat aku tu tercapai..Sebabnya?Sebab aku tak tahu pasword Abeja..Orang yang tahu pasword tak nak pulak tolong deactive kan..Aku pun tak tahu kenapa..Mungkin dia ada sebabnya sendiri..


Tapi bagi aku, bila seseorang tu dah takde, lebih elok FB nye pun takde..Bukan nak lupakan terus tapi biarlah arwah pergi dengan tenang..Mana lah tahu ada gambar2 yang kurang sopan atau komen2 yang tak berapa nak elok..So, kita tak nak benda2 mcm ni menambahkan dosa arwah bila orang tengok atau baca balik FB mereka..


Lagi satu aku cukup tak suka bila kawan-kawan Abeja meluahkan perasaan yang bukan2 kat wall dia..Cukup2 lah la tu..Kami as a adik, lagi sedih jika nak dibandingkan dengan mereka2 tu..That's why la aku nak tutup terus akaun FB Abeja..


Sebelum aku deactive FB Abeja, aku godek2 dulu inbox dia..dan aku terjumpa 1 mesej yang sangat menyayat hati aku yang bertarikh 26 Jun 2009..sedih sangat2..Aku nangis baca mesej ni..Abeja macam dah tau dia nak pergi..;'(
-
-
-
-
-
-
-



Ya Abeja..apa yang Abeja cakap tu betul sangat..Sampai sekarang kami tak boleh terima kenyataan yang Abeja dah takde dalam hidup kami..Sampai sekarang kami masih bersedih sebab kehilangan abang yang baik macam Abeja..Kami dah takde abang sebaik Abeja..Abang kami hanya sorang kat dunia ni..Abeja abang kami dunia dan akhirat..


Betul cakap Abeja..Sekiranya kita tak boleh terima kenyataan dan masih rindu dengan orang yang dah takde maknanya orang tu baik sangat..Tapi kami kena terima setiap yang hidup tu pasti menemui Allah kembali...KepadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...Kami redha Ya Allah..


Kami sentiasa merinduimu Abang..
Abeja sentiasa di hati kami semua..Segala nasihat dan segala kenangan kami tak pernah lupa..Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Abeja..Semoga Abeja tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Amin..Jumpa kita di akhirat kelak..InsyaAllah..Kami akan menyusul nanti...


Al-Fatihah untuk Abeja...

2 comments:

  1. Betul... Aku pun beberapa hari lepas arwah adik dah takde, aku memang terus deactivekan FB, blog dia... Padahal aku taktahu pun psword.. main hentam je.. Niat aku satu je, nk tutup aib arwah.. Allah tu Maha Mengetahui kan, niat aku tu tercapai.....

    *Al-Fatihah untuk mereka*

    ReplyDelete
  2. SEDIH... mudah-mudah abeja tenang di sana...ameen.

    ReplyDelete