Friday 18 May 2012

ASB...Harus @ Haram??


Assalamualaikum...



Aku dah mula konfius pasal pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ni..Macam-macam fatwa dah keluar pasal hukum pelaburannya..Kejap kata harus kejap kata haram..Yang mana satu betul pun aku tak pasti..Baru-baru ni bos kecik aku ada email satu artikel yang mengatakan hukum pelaburan ASB adalah haram...Cer baca artikel kat bawah ni:-


Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

Untuk makluman anda, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 yang bersidang pada 21 April 2011 telah membincangkan berkenaan status Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) seperti berikut:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

            a.Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
                secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara
                patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada
                sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi
                daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام الاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan  yang haram atas yang halal.”

            b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB)
                 diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis
                 Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak
                 lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional ber-
                 teraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

            c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak ber-
                tepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini men-
                yukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Bagi mendapatkan keputusan berkenaan fatwa tersebut bolehlah layari laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti berikut: (www.muftiselangor.gov.my)
Bagi keputusan di atas hanya termaktub di dalam Negeri Selangor sahaja dan tidak melibatkan negeri-negeri lain adalah termaktub di bawah negeri itu sendiri untuk memutuskan berkenaan kedudukan ASN dan ASB tersebut.

Wallahu Ta’ala A’lam
Sekian, terima kasih.


Macam dah konfem je hukumnya haram..tapi bila aku baca kat sini dan sini, aku dah mula konfius..Apakah hukum yang sebenarnya??Perlukah aku menutup akaun ASB aku atau teruskan melabur di situ??Aku dah jadi was-was..So,keputusannya apa???




More info : pakdi.net & chulax12.blogspot



6 comments:

  1. Aku pernah baca gak pasal ni.. Pastu aku cakap kat mak aku nak close acc ASB... Then mak aku cakap

    "Simpan duit kerana ALLAH, pikir itu je... Yang lain takyah pikir.."

    Terus aku tak jadik close.. Sebabnya, ikut mak aku cakap tu la... Kalau kita simpan duit cara apa sekalipun, dengan niat simpan untuk kebaikan, bukan untuk buat jahat ke apa ke... InsyaALLAH terpelihara kita dari semua semua yang haram tu.... =)

    ReplyDelete
  2. anna,

    yani pun mula2 ragu2 pasal isu halal haram pelaburan simpanan ASB ni.

    so, bila fikir2 dan bila dah rujuk dua tiga artikel mengenai hukum melabur dlm ASB, yani simpan duit kwsp pada 2 sumber; satu pd tabung haji untuk urusan gi haji, satu lagi pd ASB untuk tujuan pelaburan dan tak dicampur dengan duit tabung haji.

    betul kata ieda tu, semua bergantung pd niat kita. kalau niat dan tujuan kita baik, insyaAllah tak de masalah.

    ReplyDelete
  3. hukum menyimpan dalam asb adalah harus...

    kalau namanya adalah harus...maka ia lebih menjerumus kepada haram

    terpulang kepada individu masing2...

    sebelum ni aku ada menyimpan jugak dalam asb...tapi sekarang aku nak keluarkan sebab aku ada rasa was2...maka lebih elok kalau dikeluarkan sahaja....

    ReplyDelete
  4. hukum menyimpan dalam asb adalah harus...

    kalau namanya adalah harus...maka ia lebih menjerumus kepada haram

    terpulang kepada individu masing2...

    sebelum ni aku ada menyimpan jugak dalam asb...tapi sekarang aku nak keluarkan sebab aku ada rasa was2...maka lebih elok kalau dikeluarkan sahaja....

    ReplyDelete
  5. Harus maksudnya buat tak dapat apa.tinggal pn tak dapat apa..tp tinggal lebih baik.....

    ReplyDelete
  6. benda ni sebab ekonomi sekrang dipenuhi riba. even perbankan islam pun ada riba kerana bayar lebih dalam hutang kepada bank. tunjukkan kepada saya pembiayaan islamik yang tiada lebihan atau %. saya tak labur UT sebab syarikat induk adalah dari riba. contoh public bank dan cimb. jadi dah jadi gharar dan syubhah.

    ReplyDelete