Thursday 12 December 2013

AURAT KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum.....



Dalam semanis kurma haritu ada bincang pasal topik ni...aku memang selalu tertanya tanya macam mana hukumnya kalau seorang perempuan bersalin dengan disambut oleh seorang doktor lelaki? dah banyak orang aku bertegang urat pasal ni...dorang kata darurat lah, takpelah sebab terdesak, doktor pun dah takde nafsu lah, macam macam lagi pendapat yang dorang bagi...yang paling aku panas telinga bila ada orang cakap doktor lelaki lagi pandai buat kerja dari doktor perempuan..jahitannya kemas la, tak sakit bila jahit lah...ohh dunia..apa nak jadi??  sanggup kita bagi tengok kita punya tut kat orang lain selain suami? bagi pendapat aku, bersalin bukan darurat selagi mana ada doktor perempuan kat dunia ni...tapi yelah kan, lain orang lain pendapatnya...


Ada juga cakap yang hospital kerajaan tak boleh pilih doktor lelaki atau perempuan..tu memang aku setuju lah..pihak kerajaan pun ada salah jugak dalam hal ni..patutnya bab bab sakit puan ni biarlah perempuan je yang handle..kiranya mansuhkanlah jurusan pakar sakit puan atau doktor bersalin ni untuk pelajar lelaki...tapi aku senang cakaplah kan...aku bukan PM...hehehe..


Ada jugak cakap masalah kewangan kalau nak ke hospital swasta..sebab kat hospital swasta je boleh pilih pilih nak doktor apa...bila bab ni aku tak berani la nak cakap banyak..sebab melibatkan masalah kewangan orang kan..aku nak tolong pun aku bukan kaya...kalau aku kaya..............(sila sambung sendiri).. tapi fikirlah, mana lagi penting??aurat dan maruah isteri atau duit?? duit boleh cari tapi kalau aurat dan maruah tergadai?apo nak di kato? 










1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang          terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.


Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.



Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.





(Petikan Semanis Kurma) 







3 comments:

  1. salam. akak setuju! aurat ni kita punya MALU. kalau bg lelaki lain tgok maknanye hilang MALU. sedangkAn MALU sebahagian dari iman. Aurat pula wajib jaga dr lelaki ajnabi. Akak tak dapat nak buat treatment sbb husband cerewet pasal ni (bercmpur2 dgn byk hal lain). even ngan dokter perempuan pun katanya, "bukanla semudah tu u nak tunjuk semua kat dokter tu.." ada sedikit -sigh- di situ. tapi kuikutkan je kerana ikut kata suami banyak manfaatnya. Bagusla Anna ada pendirian mcm ni, mintaklah disebut2 diwar2kan sesama rakan supaya tak sewenang2nya wanita (yang mencorakkan generasi) membuka aurat mereka dengan doktor lelaki. TQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm....betul kak...kalau dah takde perasaan malu, tu yang bahaya...ada sesetengah suami tak kesah dan x ambil berat sgt isu ni..padahal tu melibatkan maruah dia jugak...ermm....apa nk jadi..

      Delete
  2. kalau aku pregy pun aku pilih dr perempuan. aku malu weii.. nak kangkang depan orang lain. kangkang dpn suami aku suka jeee. muhahahhahahahhahaha

    ReplyDelete