Thursday, 18 October 2012

Langkawi Day 2 (Cable Car Langkawi)

Assalamualaikum....


Lepas selesai aku buat parasailing, kami bersiap siap untuk ke Cable Car pulak..Dari Sandy Beach Resort ke Jalan Telaga Tujuh tu ambil masa dalam 15 minit jugak..The base station cable car ni kat Gunung Machincang..Semua orang kena naik kat sini..Cable Car Langkawi ni tempat wajib bila datang Langkawi..Rugi sangat kalau tak sampai sini..;) 


Ramai jugak yang beratur nak naik time tu..Kami tunggu lebih kurang 15 minit jugak..satu cable car tu boleh muat maksimum enam orang..so, kami naik bersama dua pasangan lagi..



Second time aku naik ni..1st time masa tahun 2004


Harga 1 Malaysia - Untuk yang ada Mykad/Mykid dapat half price..Senang citer Malaysian je dapat special price tu..:)




Nampak tak waterfall tu?


View dari dalam cable car 1


View dari dalam cable car 2




Dalam cable car tu, kita dapat tengok pelbagai flora dan fauna serta geologi Gunung Machincang yang dah lama terbentuk sejak 450 juta tahun dulu dari dekat  (aku baca sejarah tau) ..Subhanallah..Sangat sangat menakjubkan..

Cable car ni akan berhenti di middle station dan kita boleh berjalan di platform untuk bergambar dan menikmati keindahan panorama sekitar Langkawi dari atas..Jarak dari base station ke middle station ialah 1700 meter..jauh kan? dan ketinggiannya pula ialah 650meter dari aras laut..Tingginya...gayattt!!!






Me at middle station..Nampak yang atas tu? one more station....


Dah puas kami bergambar di middle station, kami ke stesen paling tinggi iaitu Top Station..Kat sini kita boleh nampak dengan jelas 360 darjah pemandangan Pulau Langkawi dan Selatan Thailand..boleh nampak puncak terpencil, pulau, dan sesetengah gua..Monumen semulajadi macam ni susah kita nak tengok kecuali kat sini je..Rasa best dan tenang sangat...

Psst..psst..Kat top station ni ada stall burger tau..Sebijik burger RM6.50..Mahal ke murah korang rasa? bagi aku tak mahal tak murah sebab bukan senang nak buat naik stok burger dengan cable car..:P


** Jangan boring yer tengok gambar kami...Kami memang hantu posing..;-P




ketinggian di Top Station














Pose wajib! hahaha cam bagus jerk!




sempat lagi jadi fotographer seksi yer bang..hihi..


eh, macam malam la pulok..btw, ni effect camera setting..:)


i like this picture very much..like burung tu sekali..tq the cute burung..;)



Time untuk turun...Memang gayat sangat..rasa kecut perut..:P


ni berlakon je lebih..hahaha..


haa ni betul betul takut...hihi..



p/s : Suami aku cakap lepas ni dah taknak naik cable car kat Langkawi dah..:P




Next Entry : Lepak di D' Grill Restaurant





Wednesday, 17 October 2012

Langkawi Day 2 (Oriental Village & Sandy Beach Resort)

Assalamualaikum....


Masuk hari kedua kami di Langkawi..Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan olehNYA..Walaupun terpaksa solat secara duduk di Tubotel, tapi kami tetap bersyukur...

Kami diberi kemudahan oleh Roy menggunakan kereta wiranya untuk senang kami bergerak ke sana ke sini..Alhamdulillah sekali lagi kerana Roy tak akan caj sebarang bayaran untuk kami..Rate untuk kereta sewa di Langkawi sekitar RM80.00 - RM120.00...bergantung pada peak season atau tak..

Selepas bersarapan, kami decide nak buat aktiviti laut atau lebih dikenali dengan Island Hopping di Langkawi..Tapi sayangnya bot untuk ke sana dah terlepas jam 9:00 pagi..Kami sampai dalam pukul 10:30 pagi..Tapi kalau nak pergi jugak, kena bayar RM200.00 satu bot untuk 2 orang..makk aii mahal bebenor..harga biasa RM25.00/person..jauh sangat beza..


So, kami pusing pusing kat Pantai Chenang dan Pekan Kuah je..Pusing punya pusing kami terjumpa Oriental Village..Apa yang ada kat sini? Jom kita tengokk..






Tiada kereta kuda ku bawak jalan jalan..;P


Macam macam jenis dress..ganteng bangat..geram!!


Colourful bags




Tak tau nak topi yang mana 1..;)


kaunter kabel car ada di sini


tak berpeluang nk try


yang ni pun tak try..rugi sangat..orang kata BEST!


Dah puas jalan jalan kami terus check in di Sandy Beach Resort..Harga untuk satu malam RM150.00 termasuk breakfast..Tapi kami dapat diskaun atas pertolongan dan jasa baik Roy..Thank you so much Roy..Kami cuma bayar RM120.00 je..Kira ok la tu kan..;)





Kalau peak seasons lagi mahal rasanya..


View di Sandy Beach Resort..Tenang..


Restaurant tepi pantai..


Queen size


haa..yang ni toiletnya di dalam yer, Puan Eida Baharom..hihi..


sebaik ada TV...;-P



Sandy Beach Resort ni takde apa yang special..Macam korang duduk dalam bilik kat rumah je..Cuma yang best, dekat dengan pantai dan restoren..Bangun tidur boleh terus pergi mandi laut dan makan..hihihi...




p/s : Time ni kena tukar bilik lain sebab ada masalah lampu tak nyala..hhmmm...





Next Entry : Parasailing





Langkawi Day 2 ( Breakfast at Tubotel )

Assalamualaikum...


Kami ambil set breakfast je di Tubotel..Sebab lepas breakfast terus nak chow check in hotel lain pulak..Biasalah kami ni kan back pakers..So, tak terikat dengan satu hotel je..Boleh check in kat mana mana hotel yang kami suka..Best gak bercuti back pakers style ni..hihi..Ok, untuk set breakfast di Tubotel, kami cuma tambah RM18.00 je..Menu? Ada list dan korang boleh choose ikut citarasa korang..Rasa?? Memang sedap dan berbaloi baloi..

Tapi sorry sebab tak sempat nak snap list untuk set breakfast tu..Ada banyak menu..so, korang boleh pilih ikut selera korang..Selera aku ofkos la western..(hahaha bajet omputih konon)..Sang suami setia dengan Nasi Lemak Ayam..



 Big deal set for me.. rasanya memang maveles!!


 Nasi Lemak Ayam Goreng menjadi pojaan hati Sang Arjuna..;)


Roti bakar tu untuk set aku..;)


Setiap set ada jus oren dan minuman panas



After makan sampai kenyang, kami bersiap siap untuk checkout..Rasa sayang nak tinggalkan Tubotel ni..Tapi apakan daya, dah book hotel lain untuk malam kedua..Apapun, aku sangat puas hati dengan Tubotel ni..Walaupun ada yang tak berapa minat dengan Tubotel ni sebab toilet dan shower room nya di luar, tapi bagi aku itulah kelainan dan keunikan yang ditunjukkan hotel tu..Biarlah ada kelainan di setiap percutian..Barulah kenangan tu kita tak akan lupa dan terasa manisnya..Tak gitu??hihi..Lagipun citarasa orang berbeza beza..Ada yang suka dan semestinya ada yang tak suka..so, kita harus hormati...;)




p/s : Babai Tubotel ku...:P



Next Entry : Oriental Village & Sandy Beach Resort




Tuesday, 16 October 2012

Langkawi Day 1 ( Sunset View )

Assalamualaikum....


Paling aku suka tentang Tubotel ni sebabnya view pantai dan sunset nya betul betul mengadap bilik kami..Memang sangat tenang dan boleh release tension..Dah lama aku teringin nak stay hotel atau resort yang macam ni..Tapi kebanyakkan hotel macam ni mesti private dan harganya sangat sangatlah mahal..Tapi Tubotel ni memang citarasa aku walaupun hotelnya sempoi giler..ala ala omputih gitu..

Aku ni memang minat giler sunset..Mungkin sebab sunset salah satu feveret shoot arwah abang aku..Bila aku tengok sunset, mesti aku teringat  dan rindu dia..Rindu sangat kat arwah Abeja..Al-Fatihah...


Kat bawah ni semua capture sunset by aku n sang suami...



Sentimental Value Tribute for my late brother.....

























p/s : Semua pic tak di edit..Originality by sunset...




Next Entry : Breakfast at Tubotel