Friday 30 March 2012

Belum Daftar Lagi!

Assalamualaikum....


Salam Jumaat...


Hari ni adalah hari terakhir untuk mendaftar sebagai pengundi Pilihanraya Umum Yang ke 13 (PRU 13)...Sape-sape yang belum daftar tu boleh la bergegas ke Pejabat Pos berdekatan sekarang yer...Aku??..Mestilah BELUM daftar lagi..hihi..Kalau aku tak daftar harini mesti tak dapat keluar mengundi tahun ni..dan rugilah satu undian..


So, macam mana ek?nak daftar ke tak??Best sangat ke pergi mengundi?berdosa tak kalau aku tak nak mengundi??Aku tak suka Politik tapi mengundi tu tanggungjawab semua rakyat Malaysia..camno ni?Kita yang menentukan masa depan negara kita..so, kita kena buat PILIHAN YANG BIJAK untuk memilih pemimpin yang BIJAK! hehehe berkempen pulok..






 SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR
 Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a)
seorang warganegara Malaysia; (sudah semestinya aku org msia)
(b)
telah mencapai umur 21 tahun; (aku dah 27 tahun pun thn ni)
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan (ni masalahnya skrg..ic aku alamat lain)
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. (x hilang lg)

CARA UNTUK MENDAFTAR



PENGUNDI BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a)
datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b)
serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang
akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c)
semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR 
dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut
sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d)
menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e)
dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai
bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa
tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

p/s: Tengah pikir nak gi daftar ke tak!



6 comments:

  1. na,
    aku pn belum dftar lg...
    arini last ke??
    bkn smp ahd ke???

    ReplyDelete
  2. arini last num..kalo x,xleh mgundi tahun ni..jom wei daftar..

    ReplyDelete
  3. adoi mls lak rse nk g pjbt pos...
    klo bos xde leh ngulor jap...
    hahaha

    ReplyDelete
  4. aku pun tak daftar.. malas... =p

    ReplyDelete
  5. num,dorang ada bukak kaunter kt maeps esok ngn ahad..boleh la ko g daftar..aku dh dftar td..hehe..

    Dayah:kalo mls xyah..aku nk dftar sbb takut nanti Allah tanya kt akhirat kelak..;)

    ReplyDelete
  6. Takut aku dengar statement ko!! huuuu~~Nantila.. aku tak bersedia.. tak tahu nak vote sapa pun.. =)

    ReplyDelete